Friday, May 28, 2010

GP Turkish : Sesi Latihan bebas 1 & 2


Sesi latihan bebas 1 & 2 baru sahaja tamat beberapa jam lepas. Seperti GP Shanghai, GP Turkish ini berada dalam situasi bakal disingkirkan dari kalendar F1 dan khabar angin kini bertiup kencang bahawa ini adalah tahun terakhir perlumbaan F1 di Turki.

Vettel kini berlumba dengan jentera RB6 dengan chasis baru yang beliau namakan dengan nama "Randy Mandy". Chasis sebelum ini iaitu Luscious Liz telah mengalami kerosakan serius hingga memaksa Red Bull Racing menukar kepada chasis baru untuk Vettel. Luscious Liz dipercayai mula rosak semasa GP Spain dan di Monaco Vettel berlumba dengan keadaan jentera RB6 yang rosak. Randy Mandy adalah Chasis ke-3 buat Vettel selepas Kate's Dirty Sister dan Luscious Liz 

 
Sesi Latihan Bebas 1


McLaren menguasai sesi latihan bebas 1 dengan Hamilton mencata masa terpantas 1 minit 28.653 saat diikuti Button dan Schumacher. Pada sesi latihan bebas 1 ini; Red Bull dan Force India buat pertama kalinya melakukan ujian terhadap system F-Duct mereka. Bagaimana pun untuk sesi latihan bebas 1 Red Bull hanya memasang F-Duct pada jentera Vettel manakal Webber tidak menggunakannya.

Lotus pula sekali lagi melakukan update pada jentera T127 iaitu sayap belakang baru. Lotus Racing kini semakin menghampiri kelompok pertengahan dan semakin jauh meninggalkan 2 lagi pasukan baru iaitu HRT dan Virgin. Karun Chandok mengalami masalah berkaitan elektrik pada jenteranya hingga memaksa beliau bertapa di garaj sehinggalah sesi berbaki 15 minit. Chandhok keluar ke litar dengan tayar baru dan mencatat masa 1 minit 34.876 saat, hampir 1 saat dihadapan Di Grassi yang memandu jentera Virgin.

Ferrari pula telah melakukan ubahsuai pada F-Duct mereka selepas mendapat kritikan akibat dari cara F-duct diaktifkan semasa dilitar semasa GP Spain. Untuk sesi latihan bebas 1 ini, Alonso ditempat ke-9 dan Massa ke-13. Sutil mengakhiri sesi latihan bebas 1 dengan kemalangan di selekoh 8; meranapkan sama sekali sayap depan dan saspension jentera beliau.

 Vettel mengemudi Randy Mandy

Ahad ini adalah perlumbaan ke 800 buat pasukan Ferrari sepanjang pembabitan dalam F1

 Rekabentuk baru sayap belakang T127 Lotus Racing

 Sakon Yamamoto mengantikan tempat Bruno Senna pada sesi latihan bebas 1

 Sutil terbabas di penghujung sesi latihan bebas 1

Sesi Latihan Bebas 2 


Giliran Button mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas 2. Mark Webber ditempat ke-2 terpantas tetapi jentera RB6 Webber mengalami masalah enjin ketika sesi berbaki 4 minit dan sekaligus menamatkan sesi latihan bebas Webber.  Hamilton di tempat ke-4 dibelakang vettel; Manakala Rosberg dan Schumacher berada ditempat ke-6 dan ke-7. Di sebalik mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas 1 pada sebelah pagi, Sutil berjaya mncatat masa ke-11 terpantas pada sesi latihan bebas 2 disebelah petang.

Kovalainen terus menghampiri pelumba Toro Rosso tetapi Trulli kelihatan agak tertinggal jauh dibelakang Kovalainen; Gascoyne melalui Twitter beliau pada sesi latihan bebas 1 memberitahu bahawa enjin cosworth pada jentera Trulli telah pun hampir sampai ke maksimum mileage dan beliau terpaksa berhati-hati agar tidak merosakkan enjin terbabit.

Button terpantas pada sesi latihan bebas 2

Force India mengunakan F-Duct buat pertama kali. Lohong udara F-duct terletak pada sharkfin menyerupai F-duct Ferrari

F-duct Red Bull Racing. Lohong udara terletak di bahagian main air duct yang menyalurkan udara ke enjin

Kovalainen semakin menghampiri Alguersuari


beberapa pelumba melakukan latihan start race ketika sesi latihan bebas

Sesi latihan bebas 3 akan berlangsung pada sebelah padi sabtu dan sesi kelayakan masa akan berlangsung pada sebelah petang.

PaddockBox

No comments: