Sesi latihan bebas 3 baru sahaja berakhir hampir 45 minit yang lepas. Biasanya aku tak buat entri pasal sesi latihan bebas 3 tapi memandangkan aku tengah ada masa sikit so, aku ringkaskan aje apa yang berlaku sepanjang sesi latihan bebas 3.
Red Bull sekali lagi menguasai sesi latihan bebas. Vettel terpantas dengan catatan masa 1 minit 20.528saat diikuti Webber di tempat ke-2. Pelumba McLaren menguasai tempat ke-3 menerusi Hamilton dan Button ke-4.
Sesi terhenti seketika bila Kobayashi dan Petrov terbabas di satu selekoh yang digenangi air akibat dari hujan lebat malam semalam; tetapi malang bagi Petrov bila jentera beliau mengalami kerosakan akibat insident terbabit.
Kedua-dua pelumba LotusF1 memandu jentera T127 yang siap diupgrade sepenuhnya; tidak seperti semalam hanya beberapa part upgrade dipasang pada jentera T127.
Christian Klien pula berkata jentera HRT Racing tidak menepati standard F1. beliau yang memandu uji pada sesi latihan bebas 1 semalam berkata;
The car is obviously not up to Formula One-standard. It has much too little downforce and the details are not as good as with the other cars. - Christian Klien (Hispania HRT Test & Reserve Driver)
Okay, sesi kelayakan masa akan berlangsung dalam 10 minit lagi. Dalam pukul 9 malam waktu malaysia aku update untuk sesi kelayakan masa pulak. Sebagai penutup aku tempek 2 biji gambar untuk korang
Heiki Kovalainen memandu T127
Motorhome Ferrari atau McLaren yang perlu aku terjah?.... acah aje.. thehe
Ralat:
Sesi kelayakan masa akan berlangsung dalam pukul 8 malam waktu malaysia; dan bukannya seperti yang aku taip awal tadi. Maaf.
PaddockBox
No comments:
Post a Comment