Friday, May 21, 2010

Toyota TF110


Walaupun tidak lagi menyertai perlumbaan F1, Toyota telah mendedahkan Chasis TF110 buat pertama kalinya di Cologne, Jerman dan Kazuki Nakajima diberi peluang memandu uji jentera TF110. Pembangunan jentera lumba toyota untuk musim 2010 telah pun bermula sejak pertengahan 2009; ketika itu mereka tidak menyangka akan menarik diri beberapa jam selepas musim 2009 berakhir; Pada awalnya Toyota merancang untuk keluar dari F1 sekitar 2012 bila perjanjian Concorde sedia ada tamat pada 2012.


Pada saat akhir selepas USF1 mengumumkan bahawa mereka belum bersedia untuk meneruskan langkah mereka dalam perlumbaan F1, Zoran Stefanovich yang juga merupakan pemilik StefanGP dilaporkan telah meminta FIA menimbang semula permintaan mereka agar dibenarkan berlumba untuk musim 2010 ini. Alasan FIA menolak permohonan saat stefanGP ialah mereka kesuntukan masa untuk menyediakan sebuah jentera lumba tetapi ada laporan mengatakan StefanGP telah pun membeli hakcipta rekabentuk Chasis Toyota TF110 ini sebagai sokongan agar FIA meluluskan permohonan saat akhir mereka pada 2009. Sekiranya permohonan StefanGP untuk memasuki perlumbaan musim 2011 diluluskan ada kemungkinan mereka akan menggunakan design Chasis TF110 ini untuk jentera lumba mereka.

Walaubagaimana pun sekiranya StefanGP mahu menggunakan design Chasis TF110 ini; beberapa perubahan perlu dilakukan selaras dengan peraturan bagi rekabentuk Chasis untuk 2011. Antara ciri-ciri TF110 yang perlu dibuang ialah Ride height Control System yang telah pun ditegaskan FIA bahawa active ride height control system tidak boleh digunakan pada Chasis.

Sejauh manakah laporan bahawa StafenGP telah berjaya memperoleh HakCipta bagi Chasis TF110 masih lagi samar-samar.

Nakajima memandu Uji jentera TF110 di ibu pejabat Toyota di Cologne, Jerman

Rekabentuk Diffuser yang extreme dan Ride Height Control System adalah ciri radikal TF110


Jika StefanGP memperoleh permohonan untuk menyertai perlumbaan F1 musim 2010 dengan menggunakan Chasis TF110; ada kemungkinan satu lagi BrawnGP Fairy tale boleh berlaku pada 2010 memandang para pengkritik dalam komuniti F1 berpendapat Chasis TF110 ini berkemungkinan sangat kompetatif berdasar kan kejayaan TF109 yang berjaya menduduki podium dan pole position sepanjang musim 2009.

Walau apa pun kita tunggu dan lihat langkah StefanGP andai mereka dibenarkan memasuki perlumbaan F1 pada 2011. Adakah berita mengatakan Zoran Stefanovich kini merupakan pemegang hakcipta rekabentuk Chasis TF110 adalah benar?

PaddockBox

No comments: