Sesi latihan bebas 2 baru sahaja berakhir. Walau apa pun aku start dari sesi latihan bebas 1 yang berlangsung pada sebelah pagi.
Sesi Latihan Bebas 1
Alonso yang memandu F10 berjaya mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas 1 di ikuti rapat Vettel dan Kubica. Renault dilihat begitu kompetatif di litar Monaco ini tetapi Alonso berjaya membuktikan F10 Ferrari adalah kuasa di litar Monaco. Ferrari jugak bertindak tidak menggunakan F-duct di litar yang sempit ini; tetapi Massa dilihat masih lagi cuba mencari rentak bila sekadar berada di tempat ke-5 dihadapan Schumacher.
Kesemua pelumba dari ketiga-tiga pasukan baru berjaya melakukan catatan masa mereka tetapi malang bagi Chandhok bila sekadar mampu melakukan 6 pusingan sebelum jentera yang dipandu menyentuh sedikit tembok penghalang yang menyebabkan jentera yang dipandu berpusing.
Sesi latihan bebas 1 berakhir dengan kemalangan yang menimpa Kobayashi hingga menyebabkan kerosakan jentera C29 yang dipandunya; Kobayashi sekadar mampu mencatat masa ke-18 terpantas.
Karun Chandhok sekadar mampu melakukan 6 pusingan pada sesi latihan bebas 1
Kemalangan yang menimpa Kobayashi menutup tirai sesi latihan bebas 1
Alonso terpantas pada Sesi Latihan Bebas 1
Sesi Latihan Bebas 2
Alonso sekali lagi membuktikan dia masih lagi mampu pergi lebih laju di litar Monaco ini. Sesi Latihan Bebas 2, Alonso sekali lagi terpantas dengan catatan masa yang lebih pantas dari sesi 1 iaitu 1 minit 14.904 saat. Rosberg yang banyak menghabiskan masa beliau dalam garaj sepanjang Sesi Latihan Bebas 1, kali ini berjaya mencatatkan masa ke-2 terpantas diikuti rapat oleh Vettel dan Massa.
Hujan renyai pada pertengahan sesi latihan bebas sedikit sebanyak memberi cabaran kepada setiap pelumba yang berada di litar. Alguesuari nyaris terbabas ketika dia melakukan hot lap apabila hujan renyai mula turun. Heiki kovalianen pula menunjukkan prestasi agak memberangsangkan pada sesi latihan bebas 2 walaupun sekadar mampu mencatat masa ke-19 terpantas.
Alonso masih lagi sukar dicabar pada sesi latihan bebas 2
Rosberg dihadapan Massa pada Sesi latihan bebas
Melting in speed??
Latihan Pit Stop bagi Micheal Schumacher
Ruang garaj pasukan LotusF1
Sesi latihan bebas 3 dan sesi kelayakan masa akan berlangsung pada hari Sabtu.
Terkini:
Pelumba McLaren, Jenson Button di denda 800 Euro bila didapati bersalah memecut melebihi had kelajuan semasa di pit lane ketika sesi latihan bebas 1; Kelajuan yang dicatat ketika sesi berbaki 13 minit ialah melebihi 60km/j sedangkan speed limit di laluan pit lane ialah 40km/j
PaddockBox
No comments:
Post a Comment