Friday, May 21, 2010

Perkembangan Semasa [7]

Lotus bakal menggunakan engine Renault?


Menurut laporan sebuah majalah permotoran Itali Autosprint; Renault mengesahkan mereka kini dalam proses perbincangan dengan Lotus mengenai kemungkinan membekalkan Costumer Engine Renault kepada pasukan LotusF1 untuk musim 2011. Renault merupakan pembekal costumer engine kepada pasukan Red Bull Racing yang digunakan pada jentera RB6. Selain Lotus, WilliamsF1 juga merupakan antara pasukan yang kini berkemungkinan dibekalkan enjin Renault bermula musim 2011.

Renault Head of Engine Operation, Remi Taffin mengesahkan bahawa Renault berkeupayaan untuk membekalkan enjin kepada lebih dari satu pasukan tetapi buat masa ini beliau tidak pasti pasukan mana yang akan menerima bekalan costumer engine Renault untuk musim 2011.

Pasukan LotusF1 dan Williams dikhabarkan kurang gembira dengan prestasi enjin Cosworth setakat ini.


Hanya Pirelli dan Michelin


Stefano Domenicali ketua pasukan Ferrari mengesahkan bahawa selepas perjumpaan FOTA di Monaco, kini hanya 2 pembekal tayar bakal di pertimbangkan sebagai pembekal tayar F1 bermula musim 2011.

There are now only two possibilities, though - Michelin and Pirelli. I don't see any other option - Stefano Domenicali  

Ianya kemalangan semasa berlumba - Trulli


Trulli menyifatkan bahawa kemalangan antara dia dan Chandhok di Monaco tidak lebih dari sekadar kemalangan semasa berlumba dan beliau kini mahu fokus kepada perlumbaan di Istanbul

 It was one of those things, a racing incident, but I still feel like we're going in the right direction as a team and I want to put the bad luck behind me when we get back on-track in Turkey - Jarno Trulli

Dalam perkembangan lain, Mike Gascoyne mengesahkan bahawa Lotus kini menumpukan kepada pembangunan jentera untuk musim 2011 dan satu lagi pakej upgrade untuk jentera T127 akan dipasang pada GP Britain di Silverstone

This year we were always going to play catch up. Next year, with the big rule changes, it levels the playing field and we need to put our resources into that. So we want to keep pushing, but we want to look at next year as well. -  Mike Gascoyne

Stewards terlepas pandang insiden membabitkan Barrichello

Akibat terlalu menumpukan kepada insiden Schumacher memintas Alonso di selekoh akhir lap terakhir di Monaco; dan Shumacher dikenakan penalti 12 saat... seorang stewards perlumbaan GP Monaco mengesahkan mereka terlepas pandang insiden membaling steering ke litar yang dilakukan oleh pemandu Williams, Rubens Barrichello..


Barrichello telah memberi alasan bahawa beliau mahu segera keluar dari jentera lumbanya apabila menyedari enjin jentera beliau sedang terbakar akibat hentaman dan rempuhan ke dinding di sisi litar. Paul Gutjahr yang merupakan salah seorang dari 4 stewards untuk GP Monaco berkata ada kemungkinan satu bentuk hukuman mungkin dikenakan kepada Barrichello sebelum GP Turkey bermula.

Aku tutup entri ini dengan sekeping gambar persiapan pasukan Renault untuk ke litar Istanbul Turki


PaddockBox

No comments: