Wednesday, May 12, 2010

Perkembangan Semasa [6]

Berlian Steinmetz 

Button dan Hamilton akan melaram dengan berlian yang dipasang khas pada helmet dan steering wheel mereka. Steinmetz sekali lagi hadir mempromosikan berlian mereka menerusi perlumbaan F1. Ini bukan lah kali pertama mereka melakukannya. Pada tahun 2004, Steinmetz muncul buat kali pertama dalam perlumbaan F1 di Monaco menerusi pasukan Jaguar. Berlian Pink berbentuk oval 60 carat di pasang pada nose cone jentera lumba F1 Jaguar. Tetapi malang apabila Jentera Jaguar yang dipandu Christian Klien terbabas dan melanggar tembok; perlanggaran tersebut meranapkan sma sekali nose cone merah bertahtah berlian.

Christian Klien memandu jentera Jaguar bertahtah berlian di bahagian nose cone berwarna merah

berlian pink oval 60 carat ini dilaporkan hilang selepas jentera jaguar yang dipandu Christian Klien terbabas pada lap pertama semasa perlumbaan dilitar Monaco 2004

Lain - lain pelumba yang pernah memakai berlian Steinmetz semasa berlumba di Monaco ialah Kimi Raikonnen pada 2005 dan Heiki Kovalainen pada 2008; bagi Hamilton pula ini adalah kali kedua beliau akan berlumba bersama berlian Steinmetz selepas kali pertama melakukannya pada 2008

Button dan Hamilton bersama steering bertahta berlian Steinmetz yang akan digunakan pada perlumbaan di Monaco ahad ini.

Pengeluar tayar ke-4 memasuki saingan sebagai pembekal tayar F1 2011

KUMHO menjadi pengeluar tayar ke-4 yang secara rasmi telah menghantar surat menyatakan minat mereka mahu menjadi pembekal tayar F1 bermula musim 2011. Walaupun tiada pengalaman dalam pengeluaran tayar F1, syarikat pengeluar tayar dari Korea Selatan tersebut menegaskan mereka mampu melakukannya.

Tetapi, FOTA mengesahkan mereka telah pun menghantar surat merayu agar Bridgestone kekal sebagai pembekal tayar. Surat rayuan itu dihantar melalui Bridgestone Eropah yang kemudian dimajukan kepada CEO Bridgestone Shosi Arakawa. Pengerusi FOTA, Martin Whitmarsh berkata, jika Pirelli atau Avon Cooper dipilih ada kemungkinan kos operasi setiap pasukan F1 akan meningkat disebabkan kedua-dua pengeluar tayar berkenaan tiada data aspek teknikal pembuatan tayar F1; manakala jika persaingan tayar (tyre war) dibenarkan sepertimana yang diminta Michellin, perkara sama akan berlaku.. kos akan meningkat.

FOTA merayu agar Bridgestone kekal dalam F1 sebagai langkah penjimatan kos

Salah satu cara yang ada sekarang ialah menggesa Bridgestone untuk terus kekal bersama F1 sebagai pembekal tayar tunggal F1 berdasarkan pengalaman mereka selama ini.

Bridgestone have done a great job in F1 and if we can persuade them to stay in the sport that would be very strong -  Martin Whitmarsh (FOTA Chairman & Vodafone McLaren Mercedes Team Principal)

KERS & F-duct

FOTA telah sebulat suara untuk mengharamkan penggunaan F-duct bermula pada musim 2011. Red Bull team principal Christian Horner berkata cara F-duct pada F10 Ferrari beroperasi adalah sangat merbahaya bilamana pelumba akan menutup lohong udara menggunakan tangan kiri dan dalam masa yang melakukan adjusment pada break balance menggunakan tangan kanan dan sekaligus menyebabkan pelumba terbabit tidak memegang steering pada kelajuan 300 km/j di laluan lurus.

cara F-duct pada jentera F10 ini beroperasi dianggap merbahaya kepada pelumba

Jika teknologi F-duct hanya mampu bertahan selama semusim; satu lagi teknologi yang dipelopori F1 iaitu KERS (Kinetic Energy Recycling System) yang tidak digunakan pada tahun ini berdasarkan gentlemen 's agreement yang dimeterai lewat tahun lepas; KERS dijangka akan digunakan semula bermula musim 2011. FIA dilihat lebih berminat agar teknologi KERS dimajukan lagi berbanding F-duct.

40%

Christian Horner, Jack humpfrey dan Eddie Jordan

Semasa temubual sebelum GP Spanish bermula, Christian Horner berkata, pasukannya hanya melakukan 40% update pada jentera RB6 Red Bull Racing. Antara yang di upgrade ialah lantai chasis, sidepod, sayap depan dan terutamanya sayap belakang.

Walaupun sekadar melakukan upgrade cuma 40% RB6 berjaya meninggalkan cabaran terdekat dari McLaren semasa sesi kelayakan GP Spanish sebanyak hampir 2 saat!

PaddockBox

No comments: