Setelah berehat selama 3 minggu dan selepas redanya kecelaruan debu gunung berapi iceland; kini perlumbaan F1 memasuki pusingan ke-5 di litar Catalunya, Barcelona Sepanyol.
Perlumbaan di Barcelona ini merupakan pembuka tirai bagi perlumbaan di Eropah. Selepas 4 pusingan flyaway race kini perlumbaan kembali ke Eropah dan disinilah segala major upgrade dilakukan. Ferrari begitu unggul di Litar Catalunya ini dengan 6 kemenangan dan kemenangan pertama Ferrari di litar ini adalah hasil kejayaan podium tempat pertama yang dilakukan oleh Micheal Schumacher pada 1996.
Litar Catalunya jugak merupakan litar yang diiktiraf oleh FIA untuk setiap pasukan melakukan winter testing. Jadi litar ini tidak asing lagi buat semua pasukan dan kesemua pasukan jugak sudah mempunyai data terkini litar Catalunya sejak awal tahun ini.
Satu perkara yang dinantikan setiap kali perlumbaan jejak di Barcelona ialah sejauh mana dan sebanyak mana setiap pasukan bakal melakukan upgrade kepada jentera lumba mereka.
Pasukan Mercedes bakal memperkenalkan wajah baru jentera W01 mereka. Bermula di Barcelona pasukan Mercedes akan menggunakan jentera W01 yang lebih panjang; hampir menyamai panjang jentera F10 Ferrari. Lebih penting lagi; upgrade ketara jentera W01 mercedes dilakukan khusus untuk disesuaikan dengan gaya pemanduan Schumacher disamping bagi mengatasi masalah weight distribution yang mereka alami sepanjang 4 perlumbaan yang lepas.
penutup enjin jentera W01 dengan lohong udara yang diubahsuai sepenuhnya
Schumacher memeriksa lebih dekat dan teliti konfigurasi jentera W01 yang dinaik taraf
Buat pasukan Ferrai pula, mereka lebih menumpukan kepada permasaalahan enjin yang hadapi sejak di Bahrain. Ferrari dan Sauber setakat ini telah menggunakan 3 enjin dari kouta 8 enjin yang dibenarkan untuk musim 2010. Masalah enjin Ferrari jugak terdapat pada enjin yang dibekalkan kepada Sauber. Selain melakukan pengubahsuaian pada enjin seperti yang telah dibenarkan oleh FIA; Ferrari jugak akan terus melakukan ujian terhadap sistem F-duct mereka pada sesi latihan bebas hari Jumaat tetapi tidak menyatakan sama ada mereka akan menggunakannya pada sesi kelayakan. Satu lagi isu yang melanda Ferrari sepanjang minggu lepas ialah isu barcode yang terdapat pada penutup enjin dan juga pakaian Ferrari yang dianggap merupakan barcode untuk produk Marlboro. Semua sedia maklum bahawa Ferrari menerima tajaan bernilai mencecah angka Billion USD dari Marlboro untuk jangka masa panjang dan barcode itu telah dianggap merujuk kepada Marlboro oleh sekumpulan doktor yang membidas Ferrari melanggar peraturan yang mengharamkan sebarang bentuk tajaan dari syarikat tembakau dipaparkan kepada umum. Dan untuk meredakan keadaan; Ferrari telah membuang barcode berkenaan dari penutup enjin jentera F10 mereka
tiada lagi barcode pada penutup enjin F10
3 buah pasukan baru jugak tidak ketinggalan bakal beraksi di Barcelona dengan jentera lumba yang dinaik taraf. LotusF1 dilihat paling agresif dengan jentera T127 yang dinaik taraf sepenuhnya; dari sayap depan, sidepods, sayap belakang, diffuser dan beberapa lagi komponen aerodinamik terbaru yang bakal diperkenal buat pertama kalinya di Barcelona. Virgin Racing pula bakal menggunakan satu jentera yang diubahsuai bagi memuatkan tangki minyak yang lebih besar. Timo Glock bakal mengendalikan jentera VR01 yang dinaik taraf, manakal lucas Di Grassi akan terus menggunakan jentera VR01 yang diguna sejak 4 perlumbaan lepas. HRT Racing juga bakal keluar berlumba dengan beberapa bodywork baru untuk jentera HRTF1 dan awal minggu ini HRT telah mengambil Christian Klien selaku pemandu uji mereka; Klien sebelum ini pernah memandu untuk pasukan Jaguar pada 2004 dan Red Bull untuk musim 2006 dan 2007 sebelum menjadi pemandu uji untuk pasukan Honda dan BMW
Pemandu uji dan simpanan HRT racing, Christian Klien
para mekanik LotusF1 melakukan persiapan pada jentera T127 menjelang sesi latihan bebas pada jumaat
pemandangan dalam pit pasukan Virgin Racing
Sesi latihan bebas 1 dan 2 akan berlangsung pada hari Jumaat manakala sesi latihan bebas 3 akan berlangsung pada sebelah pagi hari sabtu sebelum sesi kelayakan masa. Beberapa perkembangan menarik dijangka akan berlaku sepanjang minggu perlumbaan di Barcelona. Antaranya pencapaian Schumacher sudah pasti akan terus dinilai. Suasana tegang antara Alonso dan Massa semasa di GP China 3 minggu lepas jugak menarik perhatian ramai komuniti F1 dan adakah hubungan yang semakin tegang itu mampu terus disembunyikan oleh pasukan Ferrari. Persaingan antara Hamilton dan Button jugak tidak kurang menariknya; di GP Australia amat jelas McLaren "memanjakan" Button hingga membuatkan Hamilton hangin satu badan.
Cuaca? dijangka hujan pada hari Ahad dan Cerah pada hari sabtu seperti yang bagitau oleh Mike Gascoyne melalui twitter beliau.
Hujan sekali lagi bakal memainkan peranan penting?
Nota : semua gambar dalam blog ini adalah ehsan Sutton Images kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
PaddockBox
No comments:
Post a Comment