Red Bull Racing sekali lagi menunjukkan mereka adalah dominan dan di Litar Istanbu Park, Turki ini menyaksikan Mark Webber berada di pole position buat kali ke-3 berturut-turut selepas Sepanyol dan Monaco.
Ferrari pula akan memulakan perlumbaan ke-800 mereka dalam situasi agak sukar bila pelumba mereka Massa sekadar mencatat masa ke-8 terpantas dan Alonso bakal memulakan perlumbaan di kalangan kelompok pertengahan.
Q1
Luizi sekali lagi tersingkir di Q1 dan ini menjadikan kedudukan beliau sebagai pemandu Force India semakin digugat oleh pemandu simpanan Paul Di Resta.
Tiada apa kejutan di Q1 ini dengan tiga pasukan baru memang dah dijangka akan tersingkir awal.
Q2
Fernando Alonso bakal memulakan perlumbaan di celah-celah pelumba kelompok pertengahan. Sutil pula sekali lagi tewas kepada Kobayashi dalam perebutan tempat ke Q3. Kedua-dua pelumba Renault berjaya melepasi Q2 dan berentap di Q3
Stefano Domenicali ternyata kecewa dengan prestasi pelumba Ferrari dan mengatakan bahawa prestasi Ferrari hari ini bukanlah standard yang sepatutnya ditunjukkan oleh pelumba mereka. Alonso pula berkata bahawa kesilapan yang dia lakukan pada selekoh 12 semasa hot lap Q2 ini bukanlah faktor dia tersingkir ke Q3 dan bertegas Ferrari mampu melakukan sesuatu pada hari perlumbaan nanti
Q3
Sesi Q3 pula menyaksikan Schumacher terbabas di selekoh 8 dan sekaligus menamatkan sesi kelayakan masa beliau dan hasrat untuk memintas Button juga lebur. Walaupun terbabas Schumacher bakal memulakan perlumbaan di tempat ke-5 dihadapan rakan sepasukan Rosberg yang berada di tempat ke-6.
Kobayashi sekali lagi cemerlang buat Sauber dan bakal memulakan perlumbaan di tempat ke-10. Massa satu-satunya pelumba Ferrari yang berada di Q3 akan memulakan perlumbaan di petak ke-8 dan beliau berjaya memisahkan pelumba Renault; Kubica di petak ke-7 manakala Petrov di petak ke-9
Hamilton pula berjaya menidakkan front row lock up buat Red Bull bila beliau bakal memulakan perlumbaan di petak ke-2 dan Vettel di petak ke-3. Mark Webber sekali lagi berjaya berada di pole position dan ini merupaka pole position ke-5 sepanjang karier beliau dan ke-3 berturut-turut pada musim ini sejak GP Spanish dan GP Monaco. Walaubagimanapun jentera RB6 Red Bull Racing sekali lagi dihantui masalah reliability; Mark Webber mengalami masalah hydraulics pada sesi latihan bebas 3 dan semalam beliau mengalami masalah enjin. Webber juga mengesahkan Chasis baru Vettel mengalami beberapa masalah kecil sejak semalam.
Schumacher terbabas di selekoh 8 ketika di pusingan akhir sesi Q3
Pole position ke-3 berturut-turut buat Webber
Kedudukan Grid untuk perlumbaan esok
PaddockBox
No comments:
Post a Comment