Thursday, May 27, 2010

GP Turkish : Preview


Memasuki pusingan ke-7 di litar Istanbul Park, Turkey; Red Bull hadir dengan kedudukan dominan pada carta pungutan mata pemandu dan pengeluar. Webber yang unggul di Catalunya dan Monte Carlo kini memburu kemenangan ke-3 jika dia berjaya menamatkan perlumbaan di Istanbul Park ini di podium pertama. Manakala kepantasan RB6 kini mula menghantui lawan apabila begitu konsisten menduduki pole position dalam semua sesi kelayakan masa sejak awal musim 2010 ini.

Mercedes hadir di turkey dengan pakej upgrade terkini dan akan kembali menggunakan chasis long wheel base mereka yang begitu serasi dengan gaya pemanduan Schumacher. McLaren juga akan membawa bersama mereka beberapa lagi update untuk jentera MP4-25 mereka.

2010 adalah tahun ke-5 Istanbul Park menganjurkan Perlumbaan F1 sejak 2005. Massa memenangi 3 dari 5 perlumbaan di Istanbul Park ini pada 2006,2007 dan 2008 manakala Button merupakan pemenang musim lepas bersama BrawnGP.

Johnny Herbert sekali lagi berada dalam barisan steward perlumbaan selepas GP Sepang. Bersama Herbet dalam memantau perlumbaan di Turki ini ialah Radovan Novak (Ahli Jawatan Kuasa sukan permotoran FIA), Dr. Gerd Ennser (Ahli lembaga pengarah kelab permotoran ADAC German) dan Haluk Ünsal (Ahli lembaga pengarah sukan permotoran Turki). 

Okay beberapa photo menarik dari twitter para pelumba dan pasukan F1:

Keadaan sebelah pagi di paddock Istanbul Park

 Motorhome MercedesGP di Istanbul Park

Red Bull ketika sesi promosi dan pertunjukkan F1 di Carribean minggu lepas

Red Bull hanya menggunakan jentera Toro Rosso sepanjang pertunjukan di Carribean

TwitPic Credit:
OfficialMGP
Jaime Alguesuari
Lucas Di Grassi


PaddockBox

No comments: