Litar jalanan Monaco ini adalah antara litar lagenda dalam kalendar F1. Mula menjadi venue perlumbaan F1 sejak 1950 tetapi semenjak 1955 ianya menjadi litar wajib dalam kalendar F1. Litar Monaco juga dianggap antara litar merbahaya bagi pelumba dan ianya juga merupakan satu-satunya litar yang tidak menyediakan podium bagi acara meraikan pelumba yang menang. Sesi membahagikan trofi kemenangan selalunya di adakan di kawasan kotak tempat kerabat Diraja Monaco menyaksikan perlumbaan.
Berselang 3 hari kini perlumbaan F1 memasuki pusingan ke-6 di litar jalanan Monaco. Selepas 5 pusingan, Jenson Button masih mendahului ranking kategori pelumba dengan 70 mata selepas hanya mampu mengutip 10 mata di Barcelona. Mark Webber yang menjuarai perlumbaan di Barcelona kini berada di tangga ke-4 kedudukan kategori pelumba dengan 53 mata.
Vettel juga mengesahkan bahawa sebaik sahaja keluar dari melakukan pit stop semasa GP Spain, beliau telah diarahkan oleh pasukannya supaya masuk semula ke garaj dan berhenti berlumba akibat dari masalah yang dihadapi pada RB6 yang dipandunya; bagaimanapun Vettel tidak mengendahkan arahan tersebut dan memilih untuk terus berlumba dan hasilnya akibat dari kecelakaan yang menimpa Hamilton, Vettel berjaya menduduki podium tempat ke-3 di Barcelona
Vettel juga mengesahkan bahawa sebaik sahaja keluar dari melakukan pit stop semasa GP Spain, beliau telah diarahkan oleh pasukannya supaya masuk semula ke garaj dan berhenti berlumba akibat dari masalah yang dihadapi pada RB6 yang dipandunya; bagaimanapun Vettel tidak mengendahkan arahan tersebut dan memilih untuk terus berlumba dan hasilnya akibat dari kecelakaan yang menimpa Hamilton, Vettel berjaya menduduki podium tempat ke-3 di Barcelona
Dengan kemasukan 3 pasukan baru LotusF1, Hispania HRT Racing dan Virgin Racing; satu isu telah timbul sejak 2 minggu lepas; iaitu pasukan kelompok atasan bimbang pasukan baru berkenaan akan menimbulkan masalah buat pelumba mereka ketika sesi kelayakan. Bagaimana pun kesemua pasukan baru dan beberapa pasukan kelompok pertengahan dengan keras mem-veto cadangan agar sesi Q1 kelayakan masa di Monaco di pecahkan kepada dua sesi.
Tony Fernandes mengesahkan beliau dan beberapa lagi wakil dari pasukan baru adalah antara yang membantah usul memecahkan sesi Q1 kepada 2 sesi. Manakala Charlie Whitting, Race Director pula berkata FIA hanya akan bersetuju dengan usul berkenaan jika ianya mendapat sokongan kesemua pasukan.
Karma is a bitch
Aku ingat lagi masa GP sepanyol ahad lepas, Hamilton dengan mengengadanya merengek melalui radio kepada Charlie Whitting selepas dia memintas pelumba Virgin... antara lain hamilton berkata "this new team is slow and dangerous" Macam jadah merengek macam tu masa tengah race; tapi .. ambil kau Hamilton 2 pusingan sebelum tamat perlumbaan Rim tayar kiri mengalami kegagalan dan sekaligus menghantar Hamilton mencium deretan halangan rempuhan tayar di sisi litar... terus aku kata PADAN MUKA KAU!!
Dan menjelang Sesi latihan bebas pada Khamis ini, aku rasa Hamilton akan terus merengek tak tentu hala mengenai kemungkinan beliau akan melalui saat sukar pada sesi kalayakan masa di Monaco akibat dari 6 buah jentera dari 3 buah pasukan baru.
Kesemua pelumba bagaimanapun sempat meluangkan masa untuk menyertai satu perlawanan bola sepak amal di Monaco. Perlawanan antara Prince Albert's Star Team dan F1 'Nazionale Piloti' drivers' team bertujuan untuk mengisi kantong Association Mondiale des Amis de l'Enfance di Stadium Louis II
Monaco All Star Team Soccer
Massa merai jaringan gol bersama Petrov
Mercedes GP Petronas datang ke Monaco membawa bersama Motorhome baru mereka buat pertama kalinya
Jentera RB6 tiba di Monaco pada hari ini (12/5/2010)
Jentera RB6 tiba di Monaco pada hari ini (12/5/2010)
Sesi latihan bebas untuk GP Monaco akan bermula pada hari Khamis.
PaddockBox
No comments:
Post a Comment