Saturday, May 15, 2010

GP Monaco : Sesi Kelayakan Masa


Sesi kelayakan masa untuk GP Monaco baru sahaja selesai. Hilang sudah semua suara-suara sumbang dari pelumba dari team kelompok atas mengenai masalah kesesakan ketika sesi kelayakan yang sibuk direngekan sejak 2 minggu lepas

Malang buat Alonso yang tidak dapat keluar untuk sesi kelayakan disebab beliau mengalami kemalangan ketika sesi latihan bebas 3 dan sekaligus meyebabkan F10 beliau rosak teruk. Malam yang sibuk buat para mekanik Ferrari disebabkan perlu membaiki F10 Alonso menjelang perlumban esok. Alonso akan bermula di pit lane untuk perlumbaan esok. Adakah ianya akan membawa tuah buat Alonso?

 F10 Alonso mengalami kerosakan agak teruk akibat kemalangan ketika Latihan bebas 3
 Q1


Dengan ketiadaan Alonso, sesi Q1 ini boleh dianggap sudah diketahui 7 pelumba awal yang  bakal terkeluar sebelum sesi Q1 bermula lagi. Walaubagaimana pun Heiki Kovalainen begitu konsisten dan dilihat berpontensi melakukan kejutan. Kovalainen mencatat masa ke-18 terpantas hanya 0.9 saat dibelakang Kobayashi pada sesi Q1. Kovalainen juga berjaya mengawal T127 dari 2 insiden yang mampu menjejaskan kedudukan beliau pada hari perlumbaan.

 Berita mengenai komitmen Sir Richard Branson untuk terus kekal dalam F1, tidak mampu membakar semangat Glock ketika sesi Q1

Q2


Sutil buat pertama kalinya ditewaskan rakan sepasukannya Luizi pada sesi kelayakan masa. Stutil hanya mampu mencatat masa ke-12 terpantas. Petrov pula terkeluar dari persaiangan kelayakan masa akibat dari kemalangan di Sainte Devote. Tiada aksi banzai dari pelumba Sauber, Kobayashi. Sauber walaubagaimana pun telah berjaya mendapat tajaan dan kerjasama dari syarikat pengeluar kereta Swiss Emil Frey. Emil Frey dan Sauber telahpun menjalin kerjasama sejak 9 tahun lepas. 


3 enjin jentera yang dikuasakan dengan enjin Renault menguasai 3 kedudukan teratas. Webber sekali lagi berjaya menduduki pole position buat kali 3 selepas Sepang bulan lepas dan Catalunya minggu lepas. Webber mencatatkan masa 1 minit 13.826 saat. Kubica dari Renault berada dipetak ke-2 dan Vettel dipetak ke-3. Felipe Massa, pelumba tunggal Ferrari untuk sesi kelayakan berjaya berada di baris ke-2 grid dengan catatan masa 1 minit 14.283 saat untuk bermula di petak ke-4. Kedua-dua pelumba Mercedes pula akan bermula di petak ke-6 untuk Rosberg dan petak ke-7 untuk Schumacher. Luizi dari Force India pula akan bermula di petak ke-10 dan Barrichello yang cemerlang bersama Williams di petak ke-9.
Kedudukan grid untuk GP Monaco

Berlian yang dipasang pada helmet dan steering wheel Hamilton tidak mampu membawa tuah pada sesi kelayakan masa

Vettel, Webber & Kubica

Perlumbaan GP Monaco akan berlangsung pada esok (ahad) pukul 8 malam waktu malaysia.

 Semalam punya cerita ketika majlis Amber Lounge Fashion Show. Mereka aku rasa antara terawal yang bakal terkeluar dari perlumbaan esok.

PaddockBox

1 comment:

Hasrol Nizam said...

alonso excident? fuh..rugi2..hehe