Saturday, May 8, 2010

Tayar dan Enjin

Sedikit update sebelum sesi kelayaan masa bermula.

Semua sedia maklum bahawa musim 2010 adalah musim terakhir pembekal Tayar Bridgestone akan membekalkan tayar kepada pasukan F1. Memasuki pertengahan tahun 2010 ni, pelbagai usaha dibuat oleh Bernie bagi memastikan tiada masalah mengenai pembekal tayar untuk musim 2011.

Michelin dan Avon Cooper telah pun menghantar permohonan mereka untuk menjadi pembekal tayar bagi musim 2010. Michelin menjadi pilihan beberapa pasukan utama F1 manakala Avon Cooper pula lebih mendapat sokongan pasukan berbajet rendah dan Bernie sendiri dilihat lebih memihak kepada Avon Cooper; dan jika Avon Cooper dipilih sebagai pembekal tayar untuk musim 2011; Bridgestone bersedia membekalkan Avon Cooper dengan segala maklumat teknikal pembuatan tayar F1.

Antara Syarat yang diletakan Michelin ialah, mereka mahu low profile tyre dibenarkan pengunaannya. Buat masa sekarang tayar berukuran 13' inci digunakan tetapi Michelin mahu tayar berukuran 18' inci. Martin Whitmarsh, ketua pasukan McLaren berkata, beliau amat tertarik dengan tayar 18' inci tetapi ianya tidak sesuai dengan keadaan di mana FIA mahu setiap pasukan F1 mengurangkan kos operasi mereka.

Michelin pernah memberi saingan kepada Bridgestone sebelum menarik diri pada 2006

Khabar terbaru dari Michelin sejak beberapa hari lepas mengatakan Michelin bersedia untuk mengetepikan hasrat untuk melihat tayar berprofile rendah digunakan tetapi tetap mahu setiap pasukan membayar untuk semua tayar yang dibekalkan kepada mereka. Dan yang penting lagi, Michelin mendesak supaya persaingan pembekal tayar (tyre war) yang membawa maksud Michelin tidak mahu menjadi pembekal tunggal tayar F1.

Kini Pirelli; menjadi syarikat pembekal tayar ke-3 yang telah secara rasmi menghantar permohonan mereka kepada FIA; tetapi mereka lebih berminat buat masa menjadi pembekal tunggal tayar F1. Pirelli hanya bersedia untuk tyre war bagi musim 2013 bilamana kemungkinan tayar 18' inci dilihat akan digunakan secara meluas dalam perlumbaan F1 pada 2013.

 We prefer to be a sole supplier. The time is very short and so we prefer to be in the same situation that they are now - Mario Isola (Pirelli Racing Manager)

Pirelli mempunyai pengalaman luas dalam WRC dan perlumbaan GT

Setakat ini 3 pembekal tayar telah mengesahkan minat mereka untuk menjadi pembekal tayar F1 menggantikan Bridgestone bermula pada 2011. Jawapan kepada syarikat mana yang bakal dipilih akan diketahui menjelang penghujung musim 2010.

Dalam perkembangan lain pula, Volkswagen menyatakan hasrat mahu menjadi pembekal enjin kepada pasukan F1 berasaskan kepada konsep world-engine yang mahu diperkenalkan oleh FIA; bagaimanapun konsep world-engine tersebut tidak berapa disenangi oleh beberapa pasukan pengeluar dalam F1. Difahamkan bahawa para pengeluar dalam F1 mahu FIA terus dengan perancangan formula baru bagi enjin yang bakal dikuatkuasakan pada 2013; Formula baru enjin yang dalam perbincangan setakat ini ialah enjin berkapasiti 4 silinder 1.5 lliter turbocharge dan KERS berkuasa tinggi tanpa had; tidak seperti penggunaan KERS pada musim 2009 yang dihadkan hanya kepada 9 saat sahaja. Walaupun KERS tidak dihalang pengunaan oleh FIA untuk musim 2010; tetapi semua pasukan memilih untuk tidak menggunakan KERS sehingga formula baru enjin dikuatkuasakan pada 2013.

Volskwagen menegaskan mereka hanya mahu terlibat sebagai pembekal enjin dan tidak merancang untuk mempunyai pasukan F1 mereka sendiri.

Pasukan WilliamsF1 dilihat begitu agresif membangunkan sistem KERS. Baru-baru ini, WilliamsF1 menerusi anak syarikatnya Williams Hybrid Power telah membekalkan teknologi KERS kepada Porche yang bakal digunakan pada Porche 911 GTR3 R Hybrid yang bakal menyertai perlumbaan endurance 24 hours Nürburgring pada 15 dan 16 May nanti. Nico Hulkenberg berpeluang memandu uji Porche 911 GTR3 R Hybrid di litar Nürburgring Nordschleife , 2 minggu lepas.

Nico Hulkenberg bersama Porche 911 GTR3 R Hybrid

911 GTR3 R Hybrid yang dikuasakan dengan teknologi KERS Williams Hybrid Power

Laporan sesi kelayakan akan dipublish sekitar pukul 9 malam nanti.

PaddockBox

No comments: