Friday, May 7, 2010

GP Spanish : Sesi Latihan bebas 1&2


Sesi latihan bebas 1 berlangsung pada sebelah pagi. Beberapa pasukan keluar dengan jentera yang diupgrade secara besar-besaran.

Sesi Latihan Bebas 1


McLaren cemerlang pada sesi latihan bebas 1 dengan kedua-dua pelumba mereka mencatat masa pertama dan kedua terpantas. Hamilton berada didepan Button dengan catatan 1 minit 21.134 saat. Micheal Schumacher yang memandu jentera W01 yang diubahsuai sepenuhnya berada ditempat ke-3 dengan catatan masa 1 minit 21.716saat.

Pasukan LotusF1 yang hadir dengan pakej upgrade menyeluruh untuk jentera T127 mereka berjaya merapatkan jurang dengan pasukan kelompok pertengahan sebanyak 2 saat tetapi masih ketinggalan dalam 4 saat dibelakang pasukan kelompok hadapan

Ferrari dilaporkan terus secara agresif melakukan ujian terhadap sistem F-duct mereka. Alonso mencatat masa ke-8 terpantas; manakala Massa berada di tempat ke-12.

Sauber hadir dengan tajaan dari Burger King. Tajaan dari Burger King berkenaan difahamkan hanya untuk perlumbaan di Sepanyol dan European GP sahaja. Sauber juga dibekalkan dengan enjin Ferrari yang dinaik taraf dan Kobayashi cemerlang dengan catatan masa ke-10 terpantas tetapi malang buat Pedro De La Rosa apabila mengalami masalah gearbox dan sekaligus menyebabkan beliau terpaksa melupakan hajat untuk keluar pada sesi latihan bebas 1.

Kobayashi ceria sebab dapat melantak Burger King

rekabentuk terbaru sayap depan LotusF1

Schumacher memandu jentera W01 yang diubahsuai khusus dengan gaya pemanduan beliau

Sesi Latihan Bebas 2


Pelumba Red Bull pula mendominasi sesi latihan bebas 2. Vettel unggul dengan catatan masa 1 minit 19.965saat manakala Webber ditempat ke-2 dengan catatan masa 1 minit 20.175 saat. Schumacher pula sekali lagi terus mengekori rapat dengan catatan masa ke-3 terpantas.

Sesi latihan bebas 2 tergendala seketika hampir 20 minit selepas Nico Hulkenberg gagal mengawal jentera FW32 yang dipandu dan merempuh penghadang rempuhan disisi litar. Bagaimanapun tiada kerosakan serius pada jentera FW32 Hulkenberg walaupun sayap depan ranap akibat rempuhan.

Sayap depan jentera FW32 Hulkenberg ranap 

Mike Gascoyne melalui saluran twitter beliau berkata, beliau berpuas hati dengan segala program LotusF1 pada hari ni dan beliau juga mengesahkan lebih banyak update pada jentera T127 Lotus akan dipasang menjelang sesi kelayakan masa esok.

Vettel mengungguli sesi latihan bebas 2

beberapa lagi update untuk jentera T127 Lotus akan dipasang esok

Schumacher cemerlang pada kedua-dua sesi latihan bebas.

Sesi kelayakan masa akan berlangsung esok pukul 12 tengah hari waktu sepanyol; kira-kira lepas maghrib lah kalau ikut waktu Malaysia. Twitter box kat sidebar tu, aku sentiasa update setiap minit. Semua tu twitter rasmi setiap pelumba dan pasukan ye; yang tipu punya aku tak layan beb.

Okay; cuci mata sket sebelum aku katop entri untuk sesi latihan bebas 1 dan 2 ni.....



PaddockBox

No comments: