Webber sekali lagi mendominasi perlumbaan dari kedudukan pole. Red bull 1-2 di Monte Carlo dengan beberapa insiden dan kontroversi. Alonso yang memulakan perlumbaan di pit lane berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-7. Manakala nasib malang buat pasukan Lotus yang di belengu dengan masalah ketahanan jentera T127 ketika Heiki Kovalainen begitu konsisten mengejar Petrov dan ketika jarak antara Kovalainen hanya dipisahkan 0.500 saat.. masalah mula melanda jentera Lotus. Heiki Kovalainen tidak meneruskan perlumbaan akibat masalah steering wheel manakala, Trulli pula terlibat dengan kemalangan bersama Chandhok. Gascoyne ternyata agak kecewa dengan masalah yang menimpa Kovalainen.
Nasib malang juga terus menghantui pelumba Sauber; Pedro De la Rosa terkeluar akibat masalah enjin tetapi aku kurang pasti sebab apa Kobayashi terkeluar bila dia dilihat berada di kedudukan ke-5 ketika hampir semua pelumba memasuki pit stop.
Hulkenberg, gagal mengawal jentera pada lap 1 hingga memaksa Safety Car keluar selama 6 lap
Button pula terkeluar akibat masalah enjin pada lap ke-2
4 sesi Safety Car di Monte Carlo salah satunya bilamana penutup longkang di selekoh ke-3 tercabut
Rubens Barrichello kelihatan begitu baran bila dia terkeluar dari perlumbaan di lap ke-30; dia dilihat mencampakkan steeringnya ke dalam laluan pelumba HRTdan pelumba HRT berkenaan tiada pilihan selain dari terus memandu melepasi steering wheel Barrichello yang berada di laluannya.
Dalam lap ke-74; Trulli yang dilihat begitu terdesak mahu memintas Chandhok di selekoh Rascasse telah merempuh pemandu India itu hingga menyebabkan tayar T127 berada betul-betul di atas kepala Chandhok dan pemandu India itu sempat menunduk; kedua-dua pelumba tidak mengalami kecederaan; Chandhok kemudian melalui twitter beliau berkata Trulli telah meminta maaf atas insiden itu.
T127 & HRT F1
Dan Kontroversi tercetus ketika race disambung semula ketika safety car memasuki pit selepas insiden membabitkan pemandu Lotus dan HRT terbabit. Schumacher di lihat memintas Alonso sebelum beliau melepasi garisan di mana kedudukan safety car berada.
Secara keseluruhannya; dominasi Red Bull selepas 6 pusingan ini masih sukar digugat. Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Turkey pada 30hb May. Stewards perlumbaan masih lagi menyiasat insiden Schumacher - Alonso; Damon Hill adalah race Steward untuk perlumbaan di Monte Carlo ini
Keputusan Rasmi perlumbaan GP Monaco
Kedudukan pungutan mata kategori pemandu selepas GP Monaco
Kedudukan pungutan mata kategori pengeluar
Webber kini mendahului pungutan mata kategori pemandu
Red Bull 1-2 di Monte Carlo
Red Bull 1-2 di Monte Carlo
Terkini:
Peraturan baru - 40.13 - menyatakan bahawa:
If the race ends whilst the safety car is deployed it will enter the pitlane at the end of the last lap and the cars will take the chequered flag as normal without overtaking
Micheal Schumacher dikenakan denda penalti 12 saat akibat dari tindakannya memintas Alonso sebelum tiba di garisan safety car semasa safety car memasuki pit selepas kemalangan membabitkan Trulli dan Chandhok. Penalti 12 saat ini bermakna Schumacher di clasified menamatkan perlumbaan GP Monaco di tempat ke-12; Alonso di tempat ke-6 dan Beumi dari Torro Roso berjaya mengutip mata di tempat ke-10
PaddockBox
1 comment:
alamak..rugi la schumacher..adoi
Post a Comment