Saturday, May 1, 2010

Semua sudah bersedia buat pasukan LotusF1

Kesemua pasukan F1 dijangka akan bergerak ke Barcelona pada Isnin; tidak terkecuali pasukan LotusF1.

Salah sebuah truck pasukan LotusF1

Jentera T127 LotusF1 sedang disiapkan untuk perlumbaan di Barcelona.

Mike Gascoyne dan Tony Fernandes berkata; kini mereka bersedia untuk memberikan cabaran kepada Toro Rosso, Sauber dan Williams. Upgrade yang dilakukan keatas jentera T127 termasuklah melakukan wind tunnel testing; Jentera T127 yang digunakan untuk 4 perlumbaan lepas tidak melalui wind Tunnel testing memandangkan masa mereka terhad sebaik sahaja FIA meluluskan penyertaan LotusF1 untuk musim 2010 mereka hanya mempunyai masa kurang 6 bulan. Dan kini Gascoyne berkata beliau yakin upgrade package untuk T127 di Barcelona mampu memberikan saingan kepada kelompok pertengahan.

Adakah jentera T127 yang diupgrade ini mampu memberikan saingan bila mana kesemua pasukan dilaporkan melakukan major upgrade untuk jentera lumba mereka? Adakah masalah ketahanan jentera yang dialami oleh Trulli sepanjang 4 perlumbaan lepas bakal berakhir? semuanya akan terjawap pada perlumbaan di Litar Catalunya Barcelona minggu depan.

Kredit gambar : MyLotusRacing Twitpic

PaddockBox

No comments: