Saturday, May 8, 2010

GP Spanish : Sesi Kelayakan Masa


Sesi kelayakan masa baru sahaja tamat. Red bull sekali lagi mendominasi baris pertama grid perlumbaan. Ferrari pula buat pertama kalinya menggunakan sistem F-duct mereka dan Schumacher buat pertama kalinya berjaya mengatasi rakan sepasukan dalam sesi kelayakan.

 Ferrari buat pertama kalinya menggunakan sepenuhnya sistem F-duct pada sesi kelayakan masa

Q1



Kali ini giliran Rubens Barrichello menjadi mangsa gagal ke Q2. Rakan sepasukan Nico Hulkenberg yang menggunakan FW32 specs tidak upgrade berjaya mengatasi Barrichello yang menggunakan updated FW32. Barrichello kemudiannya menyalahkan kesesakan di litar semasa hot lap sebagai punca kegagalan beliau.

Gascoyne berpuas hati dengan pencapaian updated T127 yang berjaya berada 1.5 saat di hadapan Virgin Racing dan semakin merapatkan diri ke kelompok pertengahan.

Kovalainen semakin selesa memandu T127

 Trulli dan Kovalainen melayan karenah wartawan di ruang bullpen (gambar ehsan MyLotusRacing Facebook)

Q2


Sesi Q2 semakin menarik dengan kebangkitan pelumba Sauber. Sauber yang menerima tajaan dari Burger King Sepanyol dan kemungkinan menggunakan updated Ferrari Engine dilihat begitu konsisten untuk melepasi Q2. Kobayashi yang melakukan hot lap pada penghujung sesi Q2 berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-8 dan sekaligus menendang keluar Sutil dan De La Rosa untuk perebutan ke Q3. Pelumba Force India, sutil yang tak asing lagi dalam Q3 kini terpaksa menerima hakikat kebangkitan Sauber terutamanya Kobayashi.

 Force India menerima cabaran hebat dari Sauber

Kamui Kobayashi berpuas hati berjaya ke Q3

Q3


RB6 sekali lagi sukar digugat dalam sesi kelayakan. Kali ini giliran Webber berada di pole position untuk kali ke-2 selepas berjaya melakukannya di GP Sepang. Webber melakukan catatan masa 1 minit 19.995 saat mengatasi rakan sepasukan Vettel di tempat ke-2. Lewis Hamilton dan Alonso akan berada di baris ke-2 grid. Manakala Schumacher setelah cemerlang pada sesi latihan bebas 1 dan 2, sekadar berada di petak ke-6 dan baris ke-3 grid bersama Button. Kobayashi pula akan memulakan perlumbaan di petak ke-10 dibelakang Massa.

Kedudukan grid untuk perlumbaan esok

Mark Webber (pole sitter), Vettel dan Hamilton

UPDATE :
Pasukan Ferrari di denda $20,000 akibat dari kesilapan mereka membenarkan Alonso keluar ketika Rosberg sedang bergerak dilaluan Pit Lane dihadapan garage Ferrari yang nyaris menyebab perlanggaran.

PaddockBox

No comments: