Bekas juara dunia 2 kali, Emerson Fittipaldi telah dipilih oleh FIA sebagai salah seorang Steward untuk perlumbaan di Litar Gilles Villeneuve. Cuaca ketika sesi latihan bebas 1 bermula agak mendung tapi keadaan litar dilaporkan kering walaupun terdapat takungan air di beberapa bahagian litar. Pasukan Red Bull Racing memilih untuk tidak menggunakan F-duct di litar Giles Villeneuve manakala Ferrari dan Mercedes menggunakan sepenuhnya system F-duct mereka memandang laluan lurus Virage Du Casino yang menuju ke laluan pit stop adalah antara laluan lurus terpanjang dalam kalendar F1 dan semestinya mereka tidak mahu melihat McLaren menguasai Virage Du Casino. Lain-lain pasukan yang menggunakan F-duct setakat ini ialah Sauber dan Force India
Q1
Jenson Button mencatat masa terpantas dengan catatan 1 minit 18.127 saat dan diikuti rapat oleh Schumacher di tempat kedua; manakala Hamilton ke-3 dan Rosberg melengkap dominasi enjin Mercedes pada sesi latihan bebas 1 dengan catatan masa ke-4 terpantas.
Ianya mengambil masa hampir 30 minit sebelum ada pelumba yang benar-benar melakukan catatan masa pada sesi latihan bebas 1 ini disebabkan kesemua pelumba melaporkan bahawa keadaan litar agak licin semasa melakukan installation lap.
Schumacher ke-2 terpantas pada sesi latihan bebas 1
Catatan masa Heiki Kovalainen hampir menyamai catatan masa Alguesuari
Button terpantas ketika sesi latihan bebas 1
Q2
Jika ketika sesi latihan bebas 1 para pelumba mengadu mengenai keadaan litar yang agak licin; di sesi latihan bebas 2 pula masalah graining pada tayar option super soft pula menjadi masalah kepada hampir kesemua pelumba pada pertengahan sesi latihan bebas 2 ini; hanya dalam 3 lap sahaja taya option super soft mengalami maslah graining dan Heiki pada pertengahan sesi melaporkan kepada pitwall Lotus Racing bahawa masalah graining menyebab jentera sangat sukar dikawal dan masalah serupa dialami Button, Vettel dan beberapa lagi pelumba.
Walaupun masalah tayar menjadi begitu pudar (graining) menghantui kesemua pelumba; Vettel muncul sebagai pelumba yang mencatattkan masa terpantas dengan catatan masa 1 minit 16.877 saat, diikuti pelumba Ferrari, Alonso dan Webber ke-3 terpantas.
Masalah Mekanikal sekali lagi menghantui Trulli dan beliau dilihat berada di dalam pit hampir di sepanjang sesi sebelum berjaya keluar pada penghujung sesi latihan bebas 2. Kovalainen sekali lagi terus mengekori rapat Alguesuari.
Vettel terpantas pada sesi latihan bebas 2
Masalah mekanikal pada jentera T127 terus membelengu Trulli
Demam Piala Dunia juga dirasai oleh pelumba F1
Photos Credit:
Semua gambar pasukan Lotus diambil dari laman facebook MyLotusRacing; manakala lain-lain photo diambil dari laman F1.com
PaddockBox
No comments:
Post a Comment