Stewards perlumbaan telah memutuskan untuk mengenakan penalti 5 saat ke atas 9 pelumba yang melakukan pecutan semasa berada di belakang safety Car. Bagaimanapun denda penalti 5 saat itu tidak mengubah secara drastik keputusan rasmi GP Europe. 2 Pelumba yang mampu tersenyum ekoran keputusan Steward perlumbaan itu ialah Alonso dan Rosberg. Alonso berada di tempat ke-8 dan Buemi diturunkan ke tempat ke-9. Manakala Pedro De La Rosa di turunkan ke tempat ke-12 dan Nico Rosberg berjaya mengutip 1 mata untuk Mercedes selepas dinaikkan ke tempat ke-10 dan Massa pula di tempat ke-11
Keputusan Rasmi GP Europe
Ramai pengkritik telah mengkritik keputusan Steward perlumbaan yang hanya mengenakan penalti 5 saat berbanding 20 hingga 30 saat yang sepatutnya di kenakan seperti yang termaktub dalam peraturan FIA bersabit Perlumbaan Formula 1
Timo Glock dari Virgin Racing dikenakan penalti 20 saat ekoran tindakan beliau tidak mempedulikan bendera biru yang dikibarkan semasa perlumbaan
Timo Glock dari Virgin Racing dikenakan penalti 20 saat ekoran tindakan beliau tidak mempedulikan bendera biru yang dikibarkan semasa perlumbaan
PaddockBox