Wednesday, June 2, 2010

Perkembangan Semasa [8]

Tribute kepada Bruce McLaren


Pasukan McLaren Mercedes semalam (2 june 2010) telah mengadakan sesi 1 minute of Noise sempena memperingati 40 tahun pemergian mendiang Bruce Leslie McLaren. 

McLaren menemui ajal pada usia 32 tahun ketika melakukan sesi ujian jentera M8D di Goodwood, barat Sussex pada 2 june 1970.

Sepanjang 40 tahun selepas pemergian beliau, 3 Individu telah memegang jawatan team principal dalam  pasukan McLaren; mereka ialah mendiang Teddy Mayer, Ron Denis dan team principal terkini, Martin Whitmarsh.

Berikut ialah video sesi 1 minute of noise yang dilakukan di ibupejabat pasukan McLaren di Woking



  3 Kakitangan Force India kini milik Lotus Racing


 Mark Smith; pengarah teknikal pasukan Force India

Disebalik pertikaian bersabit hakcipta rekabentuk jentera T127; Pengarah rekabentuk pasukan Force India kini secara rasmi menjadi milik pasukan Lotus Racing. Mark Smith yang pernah bergandingan seketika bersama Gascoyne ketika di Force India telah memutuskan untuk menyertai pasukan Lotus Racing dan beliau membawa bersamanya 2 lagi kakitangan Force India iaitu Marianne Hinson dan Lewis Butler yang mempunyai kepakaran dalam bidang rekabentuk dan aerodinamik. 3 muka baru ini akan menguatkan lagi aspek teknikal pasukan Lotus Racing.

Sementara itu, pasukan Force India telah mengeluarkan kenyataan rasmi di website pasukan berkenaan berkenaan tindakan menyaman Lotus Racing dan Mike Gascoyne.

Force India believes that Lotus Racing, via its use of Aerolab and Fondtech facilities and data, has utilised and benefited from the use of Force India F1 Team’s intellectual property, including components and tyres exclusively licensed by Bridgestone to the Force India F1 Team, on its wind tunnel model design for the current Lotus T127 chassis without permission from the Force India F1 Team. [statement rasmi pasukan Force India]

Pastikan KERS kembali digunakan pada 2011 - Todt

 I am not happy the teams voted unanimously against using KERS for the 2010 season. I am personally committed to having this position reconsidered for 2011 - Jean Todt [President FIA]

Presiden FIA, Jean Todt menegaskan beliau mahu semua pasukan F1 sepakat untuk menggunakan kembali sistem KERS ( Kinetic Energy Recovery Systems) pada jentera lumba mereka bermula 2011 agar reputasi F1 selaku  sukan lumba yang mesra alam dapat di kuatkan lagi.

Formula One Teams' Association (FOTA), kini sedang dalam peringkat perbincangan mengenai penggunaan KERS untuk musim 2011 dan setakat ini mereka berpendapat untuk menjimatkan bajet dalam penggunaan KERS, satu supplier tunggal dengan unit standard untuk kesemua pasukan adalah satu kemungkinan yang dibincangkan

PaddockBox

No comments: