Monday, June 21, 2010

Button tuntut Chasis BGP001 dari Ross Brawn


Button telah secara rasminya memfailkan satu tuntutan terhadap Ross Brawn agar mengotakan janji beliau untuk memberikan Chasis BGP001 kepada Button jika beliau memenangi kejuaraan dunia pada 2009.

Pada 2009, Button bersetuju menyertai BrawnGP dengan gajinya dipotong tetapi terdapat clause dalam kontrak yang menyatakan bahawa Button berhak menyimpan Chasis BGP001 sekiranya beliau memenangi kejuaraan dunia pada 2009. Kini hampir 8 bulan berlalu, Button masih belum menerima Chasis berkenaan. 

MercedesGP yang mengambil alih BrawnGP di laporkan bersedia membina replika BGP001 tetapi button menolak dan menegaskan beliau mahu Chasis BGP001 yang asal yang beliau pandu sehingga muncul juara dunia pada 2009

Dalam perkembangan terkini berhubung kes ini; jurucakap Button dilaporkan berkata  bahawa Ross Brawn  sudah pun mencapai persetujuan dengan Button dan akan memberi Button Chasis BGP001 seperti yang dijanjikan dalam kontrak sebelum ini

PaddockBox