Friday, June 25, 2010

GP Europe : Sesi Latihan Bebas 1


Sesi Latihan bebas 1 untuk GP Europe di litar Valencia baru sahaja berakhir. Rosberg mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan bebas 1 ini dengan catatan  1minit 41.175 saat; diikuti oleh Hamilton di tempat ke-2 dan Button ke-3

Bendera merah dikibar pada permulaan sesi setelah serpihan side mirror jentera HRT yang dipandu Senna bertaburan di litar; side mirror terbabit tertanggal lalu di langgar oleh Beumi hingga memaksa bendera merah dikibarkan dan sesi dihentikan seketika bagi membolehkan marshal perlumbaan membersihkan serpihan terbabit.

Masalah tyre graining terus menghantui para pelumba pada sesi latihan bebas 1 ini. Beberapa pelumba seperti Schumacher, Kobayashi, Alonso, Massa dan De La Rosa nyaris melanggar tembok penghadang akibat dari kurangnya cengkaman di bahagian tayar belakang seperti yang di laporkan oleh Mike Gascoyne melalui twitter beliau. Trulli di lihat masih tercari-cari rentak meskipun telah dibekalkan dengan Chasis baru (T127-04)

Paul Di Resta diberi peluang mengantikan Sutil untuk melakukan catatan masa pada sesi latihan bebas 1 ini untuk pasukan Force India, manakala Christian Klien pula menggantikan Chandhock untuk sesi latihan bebas 1 buat pasukan HRT Hispania Racing. Kedua-dua Sutil dan Chandock akan kembali pada sesi latihan bebas 2

 Paul Di Resta yang disebut-sebut bakal menggantikan Luizi musim depan
 
Jentera F10 Ferrari menjadi tumpuan para pesaing yang mahu melihat sejauh mana low mounted exhaust system yang di tiru dari Red Bull Racing mampu menaikkan semula posisi Ferrari yang kini agak tercicir di belakang Red Bull Racing, McLaren dan Mercedes. Kedua-dua pelumba ferrari memanfaatkan sesi latihan bebas 1 ini untuk menguji upgrade yang dilakukan ke atas F10. Selain Ferrari, Mercedes dan Renault juga dilaporkan menggunakan low mounted exhaust system yang menyalurkan udara panas ke diffuser dan sekaligus menghasilkan downforce dan lebih dikenali sebagai blown diffuser dan system ini dipelopori oleh Red Bull Racing

Low mounted exhaust system F10 Ferrari

Keputusan catatan masa sesi latihan bebas 1

 Nico Rosberg terpantas pada sesi latihan bebas 1

GP ke 500 buat Lotus Racing di Valencia

Sesi latihan bebas 2 akan berlangsung sejam lebih sahaja dari sekarang.

PaddockBox