Saturday, June 12, 2010

GP Canada : Sesi Kelayakan Masa


Sesi kelayakan masa untuk perlumbaan GP Canada baru sahaja tamat dengan beberapa kejutan. Antaranya; Schumacher tersingkir awal di Q2 dan dominasi Red Bull pada sesi kelayakan masa kini diranapakan oleh Hamilton dari pasukan McLaren

Catatan masa rasmi sesi kelayakan

Kobayashi menjadi pemandu dikalangan pasukan pertengahan yang terkeluar di Q1. Sesi Q2 berlangsung sengit dengan hampir kesemua pelumba tidak melengahkan masa untuk melakukan catatan masa. McLaren sekali lagi didepan pada Q2. Button dan Schumacher bertarung hingga ke masa tamat untuk mengelakkan dari tersingkir di Q2; Button berjaya mencatatkan masa ke-6 terpantas pada Q2 tetapi Schumacher ditewaskan dengan catatan masa yang dilakukan oleh Luizi dari Force India. Di Akhir Q2, Schumacher hanya sekadar mampu mencatat masa ke-13 terpantas di belakang kedua-dua pelumba Williams dan sekaligus tersingkir awal.

Di Q3, sekali lagi pelumba McLaren sentiasa mendahului disepanjang Q3. Dominasi Red Bull di sesi kelayakan masa akhirnya berakhir dengan penguasaan Hamilton dari McLaren. Webber mencatat masa ke-2 terpantas dan Vettel ke-3. Alonso cemerlang untuk Ferrari berada di petak ke-4 untuk perlumbaan pada hari Ahad; dan Button akan memulakan perlumbaan di petak ke-5. Luizi berjaya mengatasi rakan sepasukan di Force India dan beliau akan memulakan perlumbaan di petak ke-6. Massa, Kubica, Sutil dan Rosberg melengkapkan senarai top 10 pelumba di Q3.


Selepas tamat sesi kelayakan masa ketika menuju ke pit; akibat dari kebimbangan jentera beliau tidak mempunyai minyak yang mencukupi; Hamilton telah mematikan enjin; keluar dari cockpit dan cuba menolak jentera beliau ke pit.

Pole position ke-3 buat Hamilton di Litar Gilles Villeneuve ini

Webber, Hamilton & Vettel

Kedudukan Grid Untuk GP Canada

Paddockbox

No comments: