Wednesday, June 23, 2010

GP Europe : Preview


Tahun in merupakan tahun ke-3 Litar jalanan Valencia menjadi tuan rumah kepada European GP. European GP pertama kali berlangsung pada 1923 di litar Monza dan sebelum ini Litar Nürburgring adalah venue lazim buat GP Europe. Pada 2008 Valencia mendapat hak untuk menganjurkan European GP dan pada 2009 pihak berkuasa litar Valencia telah menandatangani perjanjia dengan FIA untuk hak penganjuran European GP sehingga 2014.

Untuk mengetahui serba sedikit sejarah European GP, sila baca di sini

Felipe Massa merupakan juara pertama di litar Valencia ini pada 2008 manakala Barrichello yang memandu untuk BrawnGP telah muncul juara pada 2009. Bagaimanapun litar Valencia ini bukanlah litar yang menjadi pilihan dan kegemaran para pelumba disebabkan karekter litar Valencia yang disifatkan terlalu mudah untuk dikuasai dan kurangnya cabaran.

Pemenang musim 2009

Beberapa lagi upgrade akan dilakukan oleh setiap pasukan tetapi ramai begitu teruja mahu melihat upgrade terbaru F10 Ferrari dengan low mounted exhaust system yang di tiru dari Red Bull Racing dan Alonso telah melakukan pandu uji untuk beberapa pusingan di litar Fiorano beberapa hari lepas semasa pengambaran promosi pasukan Ferrari.

 Pirelli dipilih sebagai pembekal tayar tunggal buat F1 bermula 2011

Badan sukan permotoran FIA hari ini telah mengesahkan bahawa Pirelli telah dipilih sebagai pembekal tayar tunggal bermula musim 2011 untuk tempoh 3 tahun mengantikan Bridgestone yang bakal menarik diri dari kancah F1 pada akhir musim 2010 ini. Michelin yang dilihat menjadi pilihan beberapa pasukan utama mengatakan bahawa mereka hanya bersedia menjadi pembekal jika FIA membenarkan tyre war dengan 2 syarikat pembekal. Kali terakhir Pirelli membekalkan tayar dalam perlumbaan F1 ialah pada 1991

Untuk perlumbaan European GP di litar Valencia ini, Heinz-Harald Frentzen telah di pilih untuk membantu 3 lagi stewards perlumbaan memantau perjalanan perlumbaan di Valencia ini. Frentzen yang bersara pada 2003 pernah berlumba untuk pasukan sauber, Williams, Prost, Jordan dan Arrows. 3 lagi steward perlumbaan ialah Gerd Enser (Ahli lembaga kelab sukan bermotor German; ADAC), Radovan Novak ( Ahli FIA World Motor Sports Council) dan Vidal Perucho (Pengarah Jarama circuit dan ahli FIA commissions for cross country rallying and truck racing).  

Sesi latihan bebas 1 & 2 akan berlangsung pada Jumaat ini.

PaddockBox