Thursday, June 10, 2010

Pergeseran Button dan Hamilton?


 Apa yang berlaku pada lap 40 di Istanbul Park 2 minggu lepas antara Webber dan Vettel sedikit sebanyak telah mengaburi pergeseran antara Button dan Hamilton akibat dari tindakan Button memintas Hamilton pada lap 48 selepas insiden pelumba Red Bull dan juga mesej radio dari pitwall pasukan McLaren yang dilihat sebagai mengelirukan.

Mesej Radio berkenaan telah disebarkan di laman F1.COM beberapa hari selepas tamatnya perlumbaan di Turki. Antara transkrip mesej radio berkenaan ialah

McLaren: Lewis, we need you to save fuel. Both cars are doing the same
Hamilton: Jenson's closing in on me, you guys
McLaren: Understood, Lewis
Hamilton: If I back off, is Jenson going to pass me or not?
McLaren: No, Lewis…no

dan beberapa saat selepas menerima mesej berkenaan; perkara ini berlaku... Button memintas Hamilton di selekoh 12


dan di laluan pit straight menuju ke selekoh pertama; Hamilton memberi respon terhadap tindakan Button berkenaan ...

 
kedua-dua jentera berlaga tayar di selekoh pertama

Button cuba slowtalk dengan Hamilton sebelum ke pentas Podium tetapi Hamilton menegaskan... "no not not here.. not now with all these..."bila menyedari kamera krew berada berhampiran

Tetapi Button tetap cuba menerangkan tindakan beliau memintas pada lap 48; sambil diperhatikan Mark Webber dan Paddy Lowe (Engineering Director pasukan McLaren)

Insiden Webber dan Vettel mendapat liputan meluas sehingga berjaya mengaburi keadaan yang berlaku sebelum para pelumba ke pentas Podium.

Hari ini; Button menegaskan bahawa persaingan yang berlaku dalam pasukan McLaren adalah sihat dan tiada pelumba dalam pasukan McLaren yang boleh di anggap sebagai anak emas dan tiada perasaan tak puas hati antara beliau dan Hamilton

 I know 100% we get treated in the same way. I don't mean with regards to equipment, I mean the way the people are around us. My mechanics probably want me to win and his want him to win. It's that in-fighting which is exciting, but is not over the top. It's the way it should be, and it's working very well for us - Jenson Button

PaddockBox

No comments: