Wednesday, June 30, 2010

Pirelli mahu menggunakan Raikkonen untuk sesi ujian tayar F1


Pirelli akan cuba mendapat khidmat Kimi Raikkonen untuk satu sesi ujian tayar F1. Adalah difahamkan bahawa Pirelli akan melakukan ujian sebaik sahaja selesai pusingan akhir F1 2010 di Abu Dhabi dengan membekal setiap pasukan 2 set tayar untuk di uji; tetapi Pirelli juga dikatakan mahu melakukan ujian tayar lebih awal dari bulan November.

 Selepas melakukan ujian tayar F1 pada perlumbaan GP2; Pirelli kini akan cuba melakukan ujian tayar F1 nya dengan menggunakan jentera BMW atau Toyota yang digunakan pada musim 2009. Nick Heidfeld pada awalnya di pilih untuk sesi ujian tayar sebelum November tetapi akibat dari kemungkinan ianya akan memberi kelebihan kepada Mercedes maka pilihan Pirelli kini ialah Raikkonen.

I don't know whether Kimi Raikkonen would be interested - Paul Hembery [Boss Pirelli Racing]  

Currently, Kimi is totally focused on what he is doing. But if Pirelli approaches us, of course we will discuss it. Then, it would depend on whether Kimi is interested in this sort of challenge, and how it would fit into his schedule - Steve Robertson [Pengurus Kimi Raikkonen]
 
PaddockBox