Saturday, June 26, 2010

GP Europe : Sesi Kelayakan Masa

Pole position di Valencia buat Vettel

Vettel berjaya menduduki pole position untuk perlumbaan GP Europe di Litar Valencia. Kali terakhir Vettel menduduki pole position ialah di GP China. Mark Webber melengkapkan kedudukan Red Bull di petak 2 untuk perlumbaan esok dan Hamilton di petak ke-3. Alonso terpaksa berpuas hati dengan petak ke-4 dan Massa pula akan berada di petak ke-5

Pasukan Williams membuktikan enjin Cosworth mampu memberi cabaran hingga ke Q3 bila mana kedua-dua pelumba mereka berjaya menempatkan diri ke Q3 untuk top 10 shootout dan di akhir sesi Hulkenberg berada di petak ke-8 dan Barrichello yang juga merupakan pemenang di litar Valencia ini musim lalu akan memulakan perlumbaan di petak ke-9.

Semua serba tak kena buat Mercedes dan Force India. Kedua-dua pasukan ini terkeluar di Q2 dan gagal ke Q3. Schumacher akan memulakan perlumbaan di petak ke-15; catatan masa sesi kelayakan paling buruk buat Schumacher sejak kembali berlumba. Rosberg pula di petak ke-12. Manakala Sutil dan Luizi akan memulakan perlumbaan di petak ke 13 dan 14

 Sesi kelayakan masa terburuk buat Schumacher sejak kembali berlumba

Kobayashi sekali lagi terkeluar di Q1 bersama kesemua pelumba dari pasukan baru dan Burger King melengkapkan kontrak penajaan mereka bersama pasukan Sauber di Valencia.; Burger King hanya menaja pasukan Sauber untuk perlumbaan di Sepanyol iaitu di Litar Catalunya dan Litar Valencia. Lotus yang bakal memulakan perlumbaan ke-500 sepanjang terbabit dalam kancah F1 akan bermula di petak ke-19 buat Trulli dan petak ke-20 buat Kovalainen

 Perlumbaan terakhir buat Burger King bersama pasukan Sauber

Catatan masa rasmi setiap pelumba dalam sesi kelayakan GP Europe

Kedudukan grid untuk perlumbaan GP Europe

Webber, Vettel & Hamilton

PaddockBox