Monday, June 28, 2010

Renault, Ferrari dan Mercedes sudah mendekati Pasukan Lotus Racing - Cosworth


Pengarah perniagaan Cosworth, Mark Gallagher  berkata bahawa Pasukan Lotus Racing merancang untuk kekal bersama  enjin Coswoth mestipun pasukan terbabit telah di dekati oleh 3 pengeluar enjin utama  yang lain iaitu Renault, Mercedes dan Ferrari berkaitan dengan membekalkan enjin untuk pasukan Lotus Racing bagi musim 2011

That is the reward for being the best of the new teams. Tony Fernandes  told us that for next season, they are planning to be with us. - Mark Gallagher [Cosworth's business director]
 
Sebelum ini, sebuah majalah permotoran German Auto Motor und Sport melaporkan bahawa pasukan Lotus dan Williams bakal menamatkan kontrak bersama Cosworth di penghujung musim 2010 ekoran tidak berpuas hati dengan prestasi enjin Cosworth.

Mark Gallagher menegaskan bahawa kesemua pasukan baru yang menggunakan enjin Cosworth mempunyai kontrak 3 tahun bersama Cosworth dan beliau berkata mereka semua akan kekal bersama Cosworth begitu juga pasukan Williams.

Photo Credit:

PaddockBox