Sunday, June 27, 2010

GP Europe : Raceday


Satu perlumbaan yang agak sederhana sahaja dan mungkin bosan jika tidak kerana kemalangan membabitkan Mark Webber dan Heiki Kovalainen di samping aksi mantap pelumba Sauber Kamui Kobayashi di penghujung perlumbaan.

Upgrade pada jentera Ferrari, Mercedes dan Renault nampaknya kurang memberi impak terhadap pelumba mereka. Alonso merungut mengenai tindakan Hamilton memintas safety car white line berhampiran pit lane exit. Dan tindakan Race Control dan Steward perlumbaan yang mengambil masa hampir 30 minit untuk memutuskan hukuman drive thru kepada Hamilton telah menyebabkan rasa kurang senang dari pasukan Ferrari dan lebih menambah rasa bengang Alonso ialah bila Hamilton keluar dari drive thru penalty, hamilton masih mengekalkan posisi ke-2 di belakang Vettel dan kedudukan itu kekal hingga tamat perlumbaan.

Alonso yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 ternyata kecewa dan menyifatkan perlumbaan di Valencia ini telah dimanipulasi dan kesemuanya berpihak pada pasukan McLaren ekoran tindakan lambat Steward perlumbaan memutuskan bentuk hukuman terhadapat Hamilton semasa perlumbaan

It's a shame, not for us because this is racing, but for all the fans who came here to watch a manipulated race - Fernando Alonso

Walau apa pun, hampir 10 jentera terbabit dalam siasatan steward perlumbaan selepas perlumbaan ini akibat dari memandu terlalu laju di belakang safety car; mereka ialah Button, kedua dua pelumba Williams, Renaults, Force Indias, Buemi dan Pedro de la Rosa. Jika mereka didapati melakukan kesalahan maka mandatori penalty 30 saat atau penalty kedudukan grid pada perlumbaan di Silverstone 2 minggu lagi.


Webber kini berada di kedudukan ke-4 kategori pemandu selepas gagal menamtkan perlumbaan akibat kemalangan beliau dan Kovalainen. Eddie Jordan yang mengulas untuk BBC Sport, menyifatkan Webber bertindak agak gopoh ketika cuba memintas kovalainen dan Coulthard pula menyalahkan Kovalainen yang sepatutnya memberi ruang untuk Webber memintas mestipun ketika itu Kovalainen dan Webber sedang berlumba untuk kedudukan posisi perlumbaan dan bukannya situasi di mana Webber akan lapped Kovalainen.

Kobayashi (helmet merah)

Kobayashi yang memilih untuk tidak memasuki pit ketika safety car period dan yellow flag, telah berjaya berada di tempat ke-3 di sepanjang perlumbaan sebelum memilih untuk memasuki pit ketika perlumbaan berbaki 4 pusingan. Di penghujung perlumbaan, Kobayashi memintas Alonso dan pada selekoh akhir sebelum garisan tamat Kobayashi berjaya memintas Beumi untuk kedudukan ke-7 dan Pedro De La Rosa pula di tempat ke-10

3 jentera gagal menamatkan perlumbaan. Webber dan Kovalainen serta Hulkenberg yang mengalami masalah enjin pada jentera Wlliams beliau

 Hamilton, Vettel & Button

Kedudukan tak rasmi GP Europe. Tak rasmi sebab 10 pelumba bakal disiasat selepas ini

Kedudukan tak rasmi pungutan mata kategori pelumba

Kedudukan tak rasmi pungutan mata kategori pengeluar

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar Silverstone yang sudah diubahsuai. Perlumbaan akan berlangsung dari 9 hingga 11 Julai.

PaddockBox