Wednesday, June 9, 2010

GP Canada : Preview


Setelah tidak disenaraikan dalam kalendar perlumbaan musim 2009, kini litar Gilles Villeneuve kembali sebagai litar ke-8 dalam kalendar F1 musim 2010. Micheal Schumacher memenangi sebanyak 7 perlumbaan di litar Gilles Villeneuve ini pada 1994, 1997, 1998, 2000, 2002, 2003 dan 2004.

Robert Kubica muncul juara pada 2008; setahun selepas kemalangan ngeri yang menimpa beliau di litar yang sama pada 2007.

Kemalangan Kubica di GP Canada 2007 ketika bersama pasukan BMW Sauber Petronas

Menjelang perlumbaan Ahad ini; beberapa proses naik taraf terhadap permukaan litar telah dilakukan agar tidak berlaku insiden permukaan litar mengalami keretakan dan rekahan seperti yang berlaku ketika musim 2006 dan 2008.

Webber tidak perlu termenung jauh lagi setelah kontraknya bersama Red Bull Racing kini diikat setahun lagi

Di sebalik insiden ketika GP Turki 2 minggu lepas, Mark Webber yang baru sahaja memperbaharui kontrak bersama Red Bull Racing untuk tempoh setahun lagi hadir di litar Gilles Villeneuve ini sebagai pendahulu pungutan mata kategori pelumba dengan 93 mata.

 Massa sudah boleh tido lena bila kontrak beliau bersama Ferrari disambung selama 2 tahun lagi

Pemandu Ferrari, Felipe Massa juga hadir di Montreal dengan semangat baru apabila Ferrari menyambung kontrak beliau untuk tempoh selama 2 tahun sehingga 2012. Sementara itu ketua pasukan Ferrari Stefano  Domenicali mengakui bahawa pasukannya terlalu menumpukan pembangunan system F-duct sehingga menjejaskan keseluruhan program naik taraf jentera F10; walauapapun pasukan Ferarri mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan pakej F10 yang sama seperti yang digunakan di litar Istanbul Park 2 minggu lepas.

McLaren dilihat mempunyai kelebihan dilitar Gilles Villeneuve ini apabila system F-duct mereka dilihat mampu diguna semaksima mungkin pada laluan lurus Virage Du Casino. Dan disebabkan laluan lurus inilah beberapa pasukan utama begitu giat memperbaiki system F-duct mereka agar setaraf pencapaian system F-duct McLaren.

Sesi latihan bebas 1 dan 2 akan berlangsung pada hari jumaat 11 june. Sesi latihan bebas 3 pula akan dijalankan pada sebelah pagi hari sabtu (waktu kanada) sebelum sesi kelayakan masa pada sebelah petang dan perlumbaan akan berlangsung pada hari Ahad 13 june.

Setelah apa yang berlaku pada lap 40 di litar Istanbul Park 2 minggu lepas, adakah Webber mahupun Vettel benar-benar sudah melupakan insiden berkenaan agar dominasi Red Bull Racing dapat diteruskan ketika sesi kelayakan masa nanti.... itulah yang menjadi tarikan untuk GP Canada ini


PaddockBox

No comments: