Sunday, July 25, 2010

Ferrari di denda $100,000


Semuanya berpunca dari mesej radio Rob Smedley kepada Massa di lap ke 47 yang berbunyi "Fernando is faster than you. Can you confirm you understood that message?" dan pada lap ke 48 Massa dilihat memperlahankan jentera F10 beliau ketika menghampiri selekoh di hairpin dan Alonso terus memintas beliau. Kini semua boss Ferrari termasuk team principal Stefano Domenicali diarah mengadap para Stewards perlumbaan GP German bagi menjelaskan tentang situasi berkenaan.

Team order dalam F1 telah diharamkan selepas keputusan paling kontroversi membabit team order ketika perlumbaan di litar A1 Ring, Austria pada 2001 dimana Jean Todt yang merupakan team principal Ferrari ketika itu mengarahkan Barrichello supaya memberi laluan kepada Schumacher di lap akhir.

Team order dari Jean Todt kepada Barrichello di litar A1 Ring Austria, 2001 yang menjurus kepada tindakan FIA mengharamkan team order semasa perlumbaan

Selepas tamat perlumbaan, Massa dilaporkan berkata bahawa beliau selayaknya menang perlumbaan di Hockenheim ini bagaimanapun semuanya adalah tertakluk kepada kehendak pasukan.

Well, I don't think I need to say anything about that; The only thing I feel is that we work for the team and doing a great job for the team and that is the most important thing - Felipe Massa 

Fernando Alonso pula menyifatkan keputusan perlumbaan di Hockenheim ini adalah satu keputusan terbaik buat Ferrari dan enggan mengulas lanjut mengenai team order yang membolehkan beliau memenangi perlumbaan kontroversi ini.

We tried to do our race, we tried to do as good as we can, We are professional drivers and we try to work as a team and we try to do the best we can every day - Fernando Alonso

Stewards perlumbaan telah pun membuat keputusan untuk mendenda pasukan Ferrari sebanyak $100,000 dan akan dirujuk ke Motorsport Council FIA; hukuman lebih berat kini menanti buat Ferrari. FIA menjelaskan bahawa Ferrari telah melanggar peraturan dalam Article 39.1 dan  151c.

Article 39.1, which bans team orders, and 151c, which relates to bringing the sport into disrepute, had been committed.


UPDATE : Ferrari Tidak akan membuat rayuan
Stefano Domenicali telah mengesahkan Ferrari tidak akan membuat rayuan ke atas denda $100,000 yang dikenakan atas tuduhan melanggar Article 39.1 dan 151c semasa perlumbaan di Litar Hockenheim

As for the Stewards' decision, given after the race, in the interests of the sport, we have decided not to go through a procedure of appealing against it, confident that the World Council will know how to evaluate the overall facts correctly - Stefano Domenicali [Ferrari Team Principal]



PaddockBox

2 comments:

pilotHans said...

fuh, that's quite sad.......but if nothing's done everyone would shout...i bet if it's mcLaren nothing will happen...Look to how many times hami craneboy manege to escape from penalties....hmmm...sad. just sad..

PaddockBox said...

I guess jean todt will be on frying pan if he didn't do something about what has happened in hockenheim today.

let's hope Ferrari won't get much harder punishment by motorsport council