Saturday, July 31, 2010

GP Hungary : Sesi Kelayakan Masa

Red Bull domination pada sesi kelayakan masa

Red Bull menepati ramalan untuk sekali lagi menguasai sesi kelayakan masa. Vettel sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan masa untuk pole position dengan catatan 1minit 18.773saat. Webber petak ke-2 dengan catatan masa 1minit 19.184saat. Ferrari pula menguasai baris ke-2 pada grid dengan Alonso di petak ke-3 dan Massa ke-4. Hamilton, Rosberg, Petrov, Kubica, De La Rosa dan Hulkenberg melengkap senarai 10 pelumba yang berjaya ke kedudukan top 10 di grid.

 Vettel pole position di GP Hungary

Jenson Button terkeluar di Q2 dan beliau mengadu mengenai kurangnya cengkaman dilitar hingga menjejaskan sesi kelayakan beliau , begitu juga Schumacher yang sekali lagi mempamerkan aksi hambar dengan hanya berjaya menduduki petak ke-14 di grid perlumbaan esok.

Kobayashi menjadi mangsa dikalangan pelumba kelompok pertengahan yang terkeluar di Q1 bersama 6 lagi pelumba dari pasukan baru. Timo Glock menceriakan sedikit pasukan Virgin apabila berada dihadapan kedua-dua pelumba Lotus untuk perlumbaan esok.

 Catatan masa rasmi sesi kelayakan masa GP Hungary

Kedudukan grid untuk GP Hungary 2010

Alonso, Vettel & Webber

Vettel hanya memenangi satu perlumbaan dari kedudukan pole position iaitu di GP Europe; GP Hungary ini adalah pole position ke-4 berturut turut Vettel  sejak GP Europe dan ke-7 untuk musim 2010. Rivalry antara Vettel dan Webber mungkin akan memuncak kembali di Hungaroring dan mereka juga perlu berwaspada dengan kebangkitan Ferrari dan juga walaupun agak hambar di sesi kelayakan masa; McLaren adalah pasukan yang mempunyai race pace yang konsisten setakat ini.

Perlumbaan GP Hungary akan bermula pada pukul 8 malam waktu malaysia; hari Ahad 1 August; selepas GP Hungary F1 akan berehat seketika selama 3 minggu sebelum ke Belgium pada 29 August.

PaddockBox

Friday, July 30, 2010

GP Hungary : Sesi Latihan Bebas 2


Red Bull vs. Ferrari. Itulah yang boleh diramalkan setakat ini berdasarkan sesi latihan bebas 2. Vettel sekali lagi menguasai sesi latihan bebas 2 dengan mencatatkan masa terpantas 1minit 20.087 saat. Alonso mengekori rapat dengan catatan masa ke-2 terpantas manakala Webber ke-3 terpantas. Massa yang sebelum ini tegas mengatakan beliau bukan pemandu no.2 dalam Ferrari sekadar ke-4 terpantas. Petrov, Hamilton, Kubica, Hulkenberg, Button dan Schumacher melengkapkan senarai top-10 pelumba terpantas pada sesi latihan bebas 2 ini.

Tiada insiden yang mampu menjejaskan kelancaran sesi latihan bebas 2. Malang buat pemandu Lotus Racing, Heiki Kovalainen apabila masalah Hydrolic telah menyebabkan beliau sekadar mampu melakukan 5 pusingan pada sesi latihan bebas 2.

Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 2

Alonso ke-2 terpantas pada sesi FP2

Konsep Flexi-Wing sayap depan Red Bull kini menjadi ikutan para pesaing

Final Practice dan sesi kelayakan masa akan berlangsung esok (sabtu). Pastinya pertarungan Red Bull dan Ferrari kini menjadi perhatian tetapi McLaren yang setakat ini selepas sesi latihan bebas 2 kelihatan agak low-profile pastinya tidak akan membiarkan Red Bull dan Ferrari menguasai Hungaroring; Seperti kata bekas team principal McLaren yang mengatakan prestasi McLaren ketika sesi kalayakan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.

The fact is we aren't the fastest car in qualifying, but our development of our racing cars is relentless, We never give up - Ron Dennis 

Selepas sesi latihan bebas 2 berakhir, Vettel mengakui prestasi Ferrari kini boleh menggugat Red Bull dan beliau merasakan saingan untuk sesi kelayakan masa esok untuk pole position ialah antara Red Bull, Ferrari dan McLaren

I think the Ferraris will be very close and I think in the long run if you look at the pace was very similar so again it looks tight, and McLaren are going at coming back for Saturday so you never know  - Sebastian Vettel
 
Kembali bersama. Button dan Jessica Michibata kini kembali bersama setelah membuat keputusan berpisah selepas GP China akibat dari masalah logistik.

 2010 merupakan ulangtahun ke-25 Litar Hungaroring [Photo Credit : VirginRacing Twitpic]

PaddockBox

GP Hungary : Sesi Latihan Bebas 1


Red Bull Racing menunjukkan niat mereka untuk bangkit selepas perlumbaan yang agak sederhana di Hockenheim minggu lepas. Vettel dan Webber menguasai sesi latihan bebas 1 ini dengan kedudukan 1 dan 2. Sementara Kubica pula ke-3 terpantas untuk Renault. Jenson Button ke-4 terpantas manakala Hamilton mengalami sedikit masalah balance pada jentera MP4-25 dan sekadar mencatat masa ke-18 terpantas

Beberapa pasukan melakukan ujian terhadap pakej aerodinamik yang mereka bawa ke Budapest ini. Ferrari terus melakukan ujian intensif terhadap F-Duct mereka tetapi masih belum memutuskan sama ada akan menggunakan flexi-wing mereka untuk perlumbaan di Hungry ini., Force India pula melakukan ujian terhadap blown Diffuser yang di pasang pada jentera Luizi manakala Di Resta hanya menggunakan jentera asal tanpa konfigurasi Blown Diffuser. Pasukan William pula melakukan ujian sensor kelajuan angin pada jentera FW32 yang dipandu Hulkernberg.

Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 1

Hujan diramal turun dalam sesi latihan bebas 2

Alonso menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 di Budapest

Sesi latihan bebas 2 akan berlangsung sekitar pukul 8 malam waktu malaysia

UPDATE : Force India sekali lagi melakukan kesilapan tayar


Selepas diberi amaran keras ketika perlumbaan di Hockenheim minggu lepas ekoran dari kecelaruan tayar semasa pit stop; pasukan Force India kali ini didenda 5000 euros selepas sesi latihan bebas 1 GP Hungary; puncanya? sekali lagi mekanik Force India melakukan kesilapan berkaitan tayar.

 Stewards perlumbaan mendapati Mekanik Force India telah menggunakan set tayar yang hanya dibenarkan digunakan selepas sesi latihan bebas 1 dan 2; kesilapan mekanik Force India ini telah melanggar peraturan dalam artikel 25.4 dimana mereka telah memasang set tayar untuk sesi latihan bebas 3 pada hari sabtu di jentera yang dipandu Paul Di Resta.

Article 25.4 states: "Each nominated driver will be allocated three sets of dry-weather tyres for use during P1 and P2, two of "prime" specification and one of "option" specification. These are the only dry-weather tyres which may be used during these sessions."

PaddockBox

Wednesday, July 28, 2010

GP Hungary : Preview



Selepas perlumbaan kontroversi di Hockenheim minggu lepas, kini pusingan ke-12 dalam kalender F1 bakal berlangsung hujung minggu ini di Litar Hungaroring yang terletak di Budapest Hungary. Kali pertama perlumbaan F1 di adakan di Budapest ialah pada 1986. Hungaroring di anggap sebagai litar yang sempit dan terdapat begitu banyak selekoh perlahan dan ianya juga merupakan antara litar yang dianggap sebagai amat sukar untuk memintas jentera lain tanpa melakukan kesilapan.

Disebalik segala kontroversi yang tercetus di Hockenheim, Felipe Massa hadir di Hungaroring dengan tenang dan bertekad mahu meneruskan rentak kemenangan Ferrari. Di litar ini juga setahun yang lepas ketika sesi kelayakan masa; Felipe Massa nyaris maut akibat dari hentakan spring yang melayang dari jentera GP Brawn yang dipandu Barrichello.

25th July 2009, Kemalangan yang menimpa Massa ini merupakan antara pencetus kepada keinginan Schumacher untuk kembali berlumba. Schumacher adalah pilihan pertama Ferrari ketika itu tetapi beliau gagal dalam ujian kecergasan yang dijalankan; puncanya,  terdapat kesan kecederaan yang belum pulih sepenuhnya akibat  dari kemalangan kecil yang beliau alami semasa menunggang motorsikal pada awal tahun 2009 berkenaan

Selepas Flexi-wing jentera F10 dan RB6 mendapat kelulusan FIA, McLaren dilaporkan akan meniru design sayap depan berkenaan dan akan diguna pakai pada jentera MP4-25 tidak berapa lama lagi  selepas para engineer McLaren menilai beberapa aspek flexi-wing yang masih lagi sukar untuk difahami cara ianya berfungsi.

At the minute we are working really hard to understand it, and if it is worth performance to us, to deliver that. - Paddy lowe [McLaren Engineering Director]

Hamilton dan Button menduduki tangga teratas pungutan mata kategori pelumba dan McLaren pula menguasai kedudukan kategori pengeluar. Bagaimanapun kedudukan itu mungkin akan dicabar oleh Red Bull Racing di Litar Hungaroring hujung minggu ini. Ferrari yang akan berhadapan dengan panel WMC pada september ini ekoran kontroversi di Hockenheim, tetap bertekad mahu meneruskan rentak kemenangan mereka di Hungry sebelum F1 berehat 3 minggu sepanjang August nanti.

We knew full before Hockenheim that our car was much more competitive and that was what made me so confident. Now we must continue in this direction, starting this coming weekend in Budapest - Fernando Alonso
Karun Chandhok sekali lagi akan diketepikan oleh HRT Hispania Racing untuk perlumbaan di Budapest. Yamamoto tetap diberi peluang untuk terus bergandingan bersama Bruno Senna di sebalik beberapa kesilapan yang dilakukan semasa perlumbaan di Hockenheim. Ini adalah peluang ke-3 berturut -turut yang diberi kepada Yamamoto. Pasukan HRT Hispania dipercayai sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan wang tajaan yang dibawa masuk oleh Yamamoto membolehkan pelumba Jepun itu terus memandu untuk HRT Hispania.

Bernie Ecclestone telah menyuarakan kebimbangan beliau bahawa satu atau dua pasukan tidak akan dapat menghabiskan musim 2010 ekoran dari masalah kewangan yang mereka hadapi disamping gagal memenuhi standard perlumbaan yang sepatutnya dalam F1.

I wouldn't want to lose them but in general this year has been a bit of a nuisance because it has cost money to keep these teams in. It has cost a lot of money to pay for them to compete. The bottom line is they haven't really and truly given us value for being there.- Bernie Ecclestone [F1 Supremo]

Derek Warwick pula telah dipilih sebagai penasihat panel Stewards perlumbaan untuk GP di Hungary. Warwick yang pernah berlumba dalam F1 sekitar 1981 hingga 1993 merupakan bekas pelumba Toleman, Brabham, Lotus, Arrows dan Renault.

PaddockBox

Monday, July 26, 2010

Hockenheim 2010 : Selepas chequered flag


Selain dari denda $100,000 yang dikenakan keatas Ferrari; 2 lagi pasukan telah dikenakan amaran keras oleh Steward perlumbaan GP German atas kesalahan yang mereka lakukan semasa perlumbaan semalam

Pasukan Force India telah diberi amaran keras oleh Stewards perlumbaan ekoran dari kecelaruan semasa pelumba mereka melakukan pit stop. Para pit krew pasukan Force India telah memasang tayar Luizi pada jentera Sutil dan tayar Sutil pada jentera Luizi. 

Peraturan telah jelas mengatakan bahawa setiap pelumba mesti dilengkapi set tayar yang di ID kan hanya untuk pelumba itu sahaja dan tidak boleh digunakan keatas jentera rakan sepasukan. Pasukan Force India bernasib baik hanya dikenakan amaran keras sedangkan kesalahan terbabit memungkinkan mereka dikenakan penalti kedudukan di grid ataupun disingkirkan dari perlumbaan

Kecelaruan yang berlaku di pit stop Force India hampir menyebabkan mereka dikenakan hukuman lebih berat selain dari amaran keras Steward perlumbaan

Pemandu Lotus Racing, Heiki Kovalainen juga telah dikenakan amaran keras ekoran dari perlanggaran beliau dengan jentera C29 Sauber yang dipandu Pedro De La Rosa. Kovalainen dilihat gagal memberi ruang kepada De La Rosa untuk lapping beliau hingga mengakibatkan kedua-dua jentera berlanggar; Kovalainen terkeluar dari perlumbaan sementara De La Rosa terpaksa kembali memasuki pit bagaimanapun De La Rosa berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14

 It was my mistake but I didn't see the Sauber coming. I thought I was letting the Williams past, and didn't see the Sauber so I closed the door and that was the end of the race. - Heiki Kovalainen [ Lotus Racing]

Pasukan Ferrari dan Red Bull Racing kini  mendapat pelepasan dari FIA berkaitan aduan dari pesaing mereka yang mengatakan sayap depan jentera RB6 dan F10 dilihat berada begitu hampir dengan permukaan litar dna sekaligus memberikan lebih downforce ketika melalui selekoh laju di litar. Hasil pemerhatian dan siasatan FIA mendapati rekebentuk sayap depan jentera Ferrari dan Red Bull adalah sah dan tidak melanggar mana-mana peraturan FIA.

Rekabentuk dan posisi sayap depan F10 dan RB6 yang dilihat hampir jejak ke permukaan litar telah menjadi pertikaian pesaing mereka



PaddockBox

Sunday, July 25, 2010

Ferrari di denda $100,000


Semuanya berpunca dari mesej radio Rob Smedley kepada Massa di lap ke 47 yang berbunyi "Fernando is faster than you. Can you confirm you understood that message?" dan pada lap ke 48 Massa dilihat memperlahankan jentera F10 beliau ketika menghampiri selekoh di hairpin dan Alonso terus memintas beliau. Kini semua boss Ferrari termasuk team principal Stefano Domenicali diarah mengadap para Stewards perlumbaan GP German bagi menjelaskan tentang situasi berkenaan.

Team order dalam F1 telah diharamkan selepas keputusan paling kontroversi membabit team order ketika perlumbaan di litar A1 Ring, Austria pada 2001 dimana Jean Todt yang merupakan team principal Ferrari ketika itu mengarahkan Barrichello supaya memberi laluan kepada Schumacher di lap akhir.

Team order dari Jean Todt kepada Barrichello di litar A1 Ring Austria, 2001 yang menjurus kepada tindakan FIA mengharamkan team order semasa perlumbaan

Selepas tamat perlumbaan, Massa dilaporkan berkata bahawa beliau selayaknya menang perlumbaan di Hockenheim ini bagaimanapun semuanya adalah tertakluk kepada kehendak pasukan.

Well, I don't think I need to say anything about that; The only thing I feel is that we work for the team and doing a great job for the team and that is the most important thing - Felipe Massa 

Fernando Alonso pula menyifatkan keputusan perlumbaan di Hockenheim ini adalah satu keputusan terbaik buat Ferrari dan enggan mengulas lanjut mengenai team order yang membolehkan beliau memenangi perlumbaan kontroversi ini.

We tried to do our race, we tried to do as good as we can, We are professional drivers and we try to work as a team and we try to do the best we can every day - Fernando Alonso

Stewards perlumbaan telah pun membuat keputusan untuk mendenda pasukan Ferrari sebanyak $100,000 dan akan dirujuk ke Motorsport Council FIA; hukuman lebih berat kini menanti buat Ferrari. FIA menjelaskan bahawa Ferrari telah melanggar peraturan dalam Article 39.1 dan  151c.

Article 39.1, which bans team orders, and 151c, which relates to bringing the sport into disrepute, had been committed.


UPDATE : Ferrari Tidak akan membuat rayuan
Stefano Domenicali telah mengesahkan Ferrari tidak akan membuat rayuan ke atas denda $100,000 yang dikenakan atas tuduhan melanggar Article 39.1 dan 151c semasa perlumbaan di Litar Hockenheim

As for the Stewards' decision, given after the race, in the interests of the sport, we have decided not to go through a procedure of appealing against it, confident that the World Council will know how to evaluate the overall facts correctly - Stefano Domenicali [Ferrari Team Principal]



PaddockBox

GP German : Raceday


Kebangkitan Ferrari di Hockenheim dengan kemenangan kontroversi pelumba Ferrari. Alonso menamatkan perlumbaan di tempat pertama diikuti rakan sepasukan Massa dan Vettel terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-3. Walaubagaimanapun kemenangan Alonso dilihat begitu kontroversi bilamana Massa memberi laluan untuk beliau memintas setelah menerima komunikasi radio dari race engineer beliau yang antara lain menyebut "Fernando is faster than you" pada lap ke-47 dan Rob Smedley  juga bertanya sama ada Massa "faham" mesej terbabit; dan pada lap seterusnya Massa dilihat memberi laluan kepada Alonso untuk memintas beliau.

 Massa bersedia memberi ruang kepada Alonso untuk memintas di Hairpin

selepas membenarkan Alonso memintas beliau di hairpin; Rob Smedley sekali lagi menyampaikan mesej melalui kepada Massa, antara lain beliau menyebut "OK mate, good lad. Stay with him now. Sorry

Vettel yang memandu RB6 menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 setelah beliau dipintas diselekoh pertama oleh pasangan Ferrari di awal perlumbaan dan beliau gagal menandingi kehebatan F10 Ferrari di sepanjang perlumbaan. Lewis Hamilton dan Jenson Button pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dan ke-6. Webber pula sekadar menamatkan perlumban ditempat ke-7. Kubica, Rosberg, Schumacher dan Petrov melengkapkan 10 pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan pungutan mata.

Vettel menamatkan perlumbaan di tempat ke-3

5 pelumba gagal menamatkan perlumbaan GP German ini. Beumi terpaksa berhenti di awal perlumbaan akibat dari perlanggaran di hairpin yang menjahanamkan sayap belakang jentera beliau; beberapa lap selepas itu Truli dilihat memandu dengan perlahan.sebelum terkeluar dari perlumbaan. Sakon Yamamoto, Lucas Di Grasi dan Heiki Kovalainen adalah antara pelumba yang terpaksa berhenti awal. Heiki Kovalainen terkeluar akibat dari dilanggar oleh Pedro De La Rossa

Kedua-dua pelumba Toro Rosso berlanggar sesama sendiri di hairpin menyebabkan Beumi terkeluar di awal perlumbaan

 Keputusan Rasmi GP German

 Massa, Alonso &Vettel

Hamilton masih mendahului kedudukan pungutan mata kategori pelumba dengan 157 mata, diikuti rakan sepasukan Button dengan 143 mata. Webber dan Vettel ditempat ke-3 dan ke-4 dan masing-masing memungut 136 mata. Kemenangan kontroversi di Hockenheim ini meletakkan Alonso di tempat ke-5 dengan 13 mata. McLaren juga masih mendahului pungutan mata kategori pengeluar dengan 300 diikuti Red Bull Racing 272 mata dan Ferrari 208 mata

Pungutan mata kategori pemandu selepas GP German

Pungutan mata kategori pengeluar selepas GP German

Satu lagi kekecewaan pelumba Brazil di Ferrari akibat team order selepas Barrichello merasainya pada 2001 di litar A1 Ring

Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung minggu depan di litar Hungaroring, Hungry pada 30 Julai hingga 1 August.

PaddockBox

28 tahun lepas; Piquet kung fu fighting Salazar di Hockenheim


Pemandu yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 ketika itu ialah Keke Rosberg yang juga merupakan juara dunia 1982. Keke Rosberg merupakan bapa kepada Nico Rosberg yang bakal memulakan perlumbaan GP German di Litar Hockenheim 2010 di petak ke-9.

Saturday, July 24, 2010

GP German : Sesi kelayakan masa


Biarpun diberi tentangan sengit pelumba Ferrari pada Q3, Vettel sekali lagi berjaya menduduki pole position kali ini di litar Hockenheim untuk GP German. Vettel melakukan catatan masa 1minit 13.791saat untuk menduduki petak pertama di grid manakala Alonso mencatat masa 1minit 13.793saat untuk petak ke-2. Felipe Massa melengkapkan hari cemerlang buat Ferrari dalam sesi kelayakan masa dengan catatan 1minit 14.290saat untuk petak ke-3 dihadapan seorang lagi pelumba Red Bull, Mark Webber yang mengalami masalah di penghujung sesi namun berjaya berada di petak ke-4. Button berjaya mengatasi Hamilton untuk petak ke-5. Kubica, Barrichello, Rosberg dan Hulkenberg melengkap senarai pelumba di kedudukan 10 petak hadapan grid.

Sesi Q1 terhenti seketika ketika berbaki 14minit ekoran dari kemalangan yang menimpa pemandu Force India, Luizi yang terbabas di selekoh akhir menuju ke Pit straight dan sekaligus menjahanamkan jentera lumbanya dan Luizi terkeluar di Q1 bersama 6 pelumba dari pasukan baru.

Jentera VJM03 yang dipandu Luizi mengalami kerosakan agak serius

Micheal Schumacher yang dilihat mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang sesi latihan bebas  bagaimanpun terkeluar di Q2 setelah diberi tentang hebat dari 2 pelumba Williams untuk perebutan ke Q3; dan Rosberg berjaya memintas Hulkenberg dan pada saat akhir Hulkenberg berjaya menyingkirkan Schumacher untuk ke Q3.

Schumacher sekali lagi tersingkir di Q2

3 pelumba dikenakan penalti 5 petak di grid untuk perlumbaan esok apabila mereka memilih untuk menukar gearbox pada jentera lumba masing-masing. 3 pelumba berkenaan ialah Timo Glock dan Lucas Di Grasi dari Virgin Racing dan juga Adrian Sutil dari Force India.


Keputusan sesi kelayakan masa terbaik buat Ferrari apabila 2 pelumba mereka berjaya memisahkan 2 pelumba Red Bull. Sebastian Vettel semalam berkata beliau agak gusar dengan kepantasan jentera F10 Ferrari di Hockenheim ini berbanding dengan McLaren.

Catatan masa rasmi sesi kelayakan masa GP German

Kedudukan Grid untuk perlumbaan GP German

Massa, Vettel & Alonso

Perlumbaan esok pasti sengit dengan Ferrari dilihat mahu membuang badi nasib malang di 2 perlumbaan lepas; manakala Vettel pasti menghadapi saat sukar untuk mempertahankan posisi beliau pada selekoh pertama apabila perlumbaan dimulakan esok, selain 2 pelumba Ferrari beliau juga bakal diberi tentangan hebat dari Webber yang berada di petak ke-4; Webber gagal memintas 2 pelumba Ferrari apabila beliau terbabas sedikit di selekoh pertama ketika melakukan hot lap di saat akhir sesi Q3.

Aku akan post URL live streaming website untuk perlumbaan GP German esok sebelum perlumbaan bermula.

PaddockBox

GP German : Sesi kelayakan masa [LIVE Streaming]


Wokay macam biasa aku senaraikan disini beberapa website LIVE streaming untuk sesi kelayakan masa GP German; dan macam biasa live feed dari BBC Sport adalah pilihan aku


http://eplsite.com/stream3.html

http://sportstream24.com/f1/watch_online_2 <<< BBC Sport
  
http://eplsite.com/stream1.html

http://garthy-tv.webs.com/jonnytv.htm

http://atdhe.net/21421/watch-formula-1-german-grand-pix-practice-session-3  

more web streaming will be posted when available..

GP German : Sesi Latihan Bebas 3


Sesi latihan bebas 3 yang baru berakhir menyaksikan Vettel berjaya mencatat masa terpantas. Catatan masa beliau 1minit 15.103 untuk masa terpantas di depan pemandu Ferrari, Alonso yang mencatatkan masa 1minit 15.387 saat. Mark Webber pula ke-3 terpantas dan Massa ke-4.

Hujan dan litar basah pada awal sesi menyebabkan setiap pasukan mengambil langkah berhati-hati supaya pemandu mereka tidak melakukan kesilapan; 20 minit memasuki sesi latihan bebas 3, keadaan litar mula mengering dan Beumi yang paling awal menggunakan tayar slick berjaya melakukan catatan masa terpantas sebelum dipintas pelumba lain apabila keadaan litar semakin kering dan semua pelumba utama mengambil kesempatan menggunakan slick tyre.

Adrian sutil yang menyerlah dalam 2 sesi latihan bebas semalam, sekadar mampu melakukan 2 pusingan pada sesi latihan bebas 3 ini akibat dari masalah drive shaft.

Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 3

Pasukan Sauber meraikan 40 tahun dalam sukan permotoran

Sesi kelayakan masa akan berlangsung dalam pukul 8 malam waktu malaysia