Sunday, May 9, 2010

F1 dan Twitter

Twitter kini diguna dengan meluas oleh setiap pasukan dan pemandu dalam F1. Kebanyakkan mereka menggunakan Twitter untuk mengupdate perkembangan semasa setiap pelumba dan pasukan.

Bagi pelumba yang menggunakan twitter, mereka akan selalu update tentang akviti semasa mereka sama ada ketika minggu perlumbaan mahupun ketika sedang bersantai. Bagi pasukan pula, mereka akan update mengenai perkembangan semasa pasukan. Jika di minggu perlumbaan mereka akan memberitahu follower mereka tayar jenis apa yag diguna oleh setiap pelumba, keadaan cuaca dilitar dan beberapa lagi aspek teknikal yang tidak dianggap sebagai rahsia pasukan akan didedahkan melalui twitter kepada semua follower mereka sepanjang minggu perlumbaan, ketika sesi kelayakan, latihan bebas mahupun ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Berikut ialah beberapa alamat Twitter pelumba dan Pasukan F1 yang aku follow; aku sedang mencari beberapa lagi alamat twitter rasmi beberapa pelumba dan pasukan.

Pelumba :

Twitter Heiki Kovalainen. Antara pelumba yang aktif mengupdate twitter. Melalui twitter, baru aku tau selain berlumba, sukan kegemaran beliau yang lain ialah Hoki ais.

http://twitter.com/AussieGrit
Mark Webber. Tak seaktif Kovalainen dalam mengupdate twitter.

Rubens Barrichello. Lebih gemar mengupdate twitter menggunakan bahasa latin. Apa yang menarik mengenai twitter Barrichello ni ialah dia akan selalu memaparkan gambar-gambar terbaru dan juga gambar-gambar lama beliau. Contohnya seperti gambar berikut yang memaparkan Barrichello ketika kanak-kanak bersama bapanya yang mengajar beliau memandu kart



http://twitter.com/karunchandhok
Karun Chandhok. Pada aku dia ni paling aktif update twitter selepas Kovalainen. Baru memasuki kancah F1 dan memandu untuk pasukan Hispania Racing.

Brunno Senna. Rakan sepasukan Chandhok dan anak sedara kepada lagenda F1 Aryton Senna. Seperti Barrichello, beliau selalu update twitter guna bahasa latin.

Jaime Alguasuari. Pemandu Toro Rosso.

Nico Hulkenberg. Rakan sepasukan Barrichello

Timo Glock. Pemandu utama pasukan Virgin. Selalu jugak update Twitter dan post gambar beliau melalui twitpic

Motorhome Virgin Racing. antara gambar terbaru dalam twitpic Glock

Lucas Di Grassi. Rakan sepasukan Timo Glock. antara pelumba yang selalu menggunakan bahasa latin dalam twitter.

Jensen Button. Pelumba McLaren. Jarang update twitter beliau.

Nico Rosberg. Pemandu pasukan MercedesGP dan rakan sepasukan Micheal Schumacher

Nick Heidfeld. Pemandu simpanan dan ujian pasukan MercedesGP.

Pasukan :
Claire Williams. Individu yang bertanggungjawap untuk twitter pasukan Williams F1. Beliau merupakan pegawai komunikasi pasukan Williams.

The Fifth Driver merupakan individu yang bertanggung untuk twitter rasmi pasukan McLaren. Siapakah Fifth Driver? Ada kemungkinan beliau merupakan race engineer pasukan McLaren.

RenaultF1 team. Twitter rasmi pasukan Renault.

Force India. Twitter rasmi pasukan Force India

Scuderia Ferrari Marlboro. Twitter rasmi pasukan Ferrari
Virgin Racing official twitter page

LotusF1 Official twitter page

http://twitter.com/OfficialMGP
Official Twitter page pasukan MercedesGP Petronas

Lain-Lain twitter komuniti F1:

Team Principal pasukan LotusF1. Selain update mengenai pasukan Lotus beliau jugak akan update mengenai perkembangan syarikat yang beliau terajui.

Pengasas pasukan Virgin Racing tetapi jarang update mengenai Virgin Racing... hehe

Technical Officer LotusF1 Racing. Selalu jugak update terutama ketika minggu perlumbaan

Team Principal dan pemilik pasukan Force India. Baru beli sebuah Yatch mewah dan bakal digunakan untuk membawa pemandu Force India ke Monaco sebaik selesai perlumbaan di Bercelona ini

Yacht mewah yang baru dibeli inchik Vijay

Kesemua update twitter di atas boleh dibaca melalui widget di sidebar sebelah kanan blog ini.  Walaubagaimanapun hanya twitter dari pelumba, pasukan dan team principal aje yang aku akan paparkan. Aku masih lagi mencari beberapa lagi twitter rasmi pelumba, pasukan dan team principal F1.

Perlumbaan GP Spanish di Litar Catalunya Barcelona ni akan berlangsung pada pukul 7:45 waktu Malaysia.


PaddockBox

1 comment:

Hasrol Nizam said...

semart.. thanks bro