Beliau merupakan juara dunia 7 kali. Selepas 4 pusingan perlumbaan musim 2010, Schumacher hanya mampu mengutip 10 mata dan berada di tangga ke-10 kedudukan kejuaraan kategori pemandu; manakala rakan sepasukan beliau Nico Rosberg cemerlang dengan 50 mata dan berada di tangga ke-2 senarai kejuaraan pemandu.
Sebaik sahaja beliau mengumumkan akan kembali ke kancah F1 dan memandu untuk pasukakn MercedesGP pada 23 december 2009, ramai pengkritik melihatnya sebagai satu perjudian oleh Schumacher ke atas reputasinya sebagai Juara dunia 7 kali.
Eddie Jordan menyifatkan tindakan Schumacher kembali ke perlumbaan kompetatif F1 sebagai satu tindakan GILA dan Eddie meramalkan schumacher akan mengalami musim yang sukar. Niki Lauda pula pernah meramalkan Schumacher akan kembali bangkit bila perlumbaan sampai ke Malaysia; tetapi ianya tinggal sekadar ramalan bila mana Nico Rosberg terus membayangi Schumacher dengan kedudukan podium tempat ke-3
Selepas perlumbaan di Sepang, satu khabar angin bertiup kencang dikalangan mereka yang berada di Paddock; mereka mengatakan Schumacher tidak akan meneruskan kontrak di Mercedes ijka beliau masih gagal ke prestasi asal. Walaubagaimana pun spekulasi itu dinafikan oleh Ross Brawn dan dia menegaskan Schumacher akan memandu bersama Mercedes selama 3 tahun seperti yang termetarai dalam kontrak.