Wednesday, June 30, 2010

Pirelli mahu menggunakan Raikkonen untuk sesi ujian tayar F1


Pirelli akan cuba mendapat khidmat Kimi Raikkonen untuk satu sesi ujian tayar F1. Adalah difahamkan bahawa Pirelli akan melakukan ujian sebaik sahaja selesai pusingan akhir F1 2010 di Abu Dhabi dengan membekal setiap pasukan 2 set tayar untuk di uji; tetapi Pirelli juga dikatakan mahu melakukan ujian tayar lebih awal dari bulan November.

 Selepas melakukan ujian tayar F1 pada perlumbaan GP2; Pirelli kini akan cuba melakukan ujian tayar F1 nya dengan menggunakan jentera BMW atau Toyota yang digunakan pada musim 2009. Nick Heidfeld pada awalnya di pilih untuk sesi ujian tayar sebelum November tetapi akibat dari kemungkinan ianya akan memberi kelebihan kepada Mercedes maka pilihan Pirelli kini ialah Raikkonen.

I don't know whether Kimi Raikkonen would be interested - Paul Hembery [Boss Pirelli Racing]  

Currently, Kimi is totally focused on what he is doing. But if Pirelli approaches us, of course we will discuss it. Then, it would depend on whether Kimi is interested in this sort of challenge, and how it would fit into his schedule - Steve Robertson [Pengurus Kimi Raikkonen]
 
PaddockBox

Tuesday, June 29, 2010

Renault akan cuba mendapatkan khidmat Kimi Raikkonen

Raikkonen masih berteka-teki mengenai kemungkinan kembali ke kancah F1

Pemilik pasukan Renault F1, Gerard Lopez, dikhabarkan akan cuba mendapatkan khidmat Kimi Raikkonen untuk musim 2011 bagi menggantikan Petrov yang setakat ini masih lagi tidak menunjukkan prestasi memberansangkan.

Gerard Lopez sedang berusaha mendapatkan Raikkonen untuk memandu bersama pasukan Renault

Sementara itu Team Principal Renault Eric Boullier pula berkata bahawa fokus beliau kini ialah untuk meyakinkan Kubica bahawa pasukan Renault kini mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memberikan cabaran kejuaraan F1 musim depan.

Kontrak Kubica bersama Renault akan tamat hujung musim ini dan memandangkan prestasi pemandu Poland itu yang kini berada pada tahap terbaik; beberapa pasukan telah berkira mahu mendapatkan khidmat Kubica; khabar angin kini bertiup kencang bahawa Ross Brawn diberitakan telah beberapa kali bertemu Kubica dan ramai di komuniti F1 meramalkan jika Kubica memilih untuk ke Mercedes musim depan maka khidmat Schumacher akan ditamatkan. Bagaimanapun Ross Brawn telah menafikan bahawa Mercedes berminat untuk mendapatkan khidmat Kubica dan menegaskan Mercedes mempunyai program 3 tahun bersama Schumacher

We definitely want him and we have spoken and it is up to us to show that we have the ambition and the means to be ambitious. If we do that, then I am sure he will stay. If he doesn't want to stay then he will leave, it is as simple as that - Eric Boullier [Team Principal Renault]

Robert Kubica sebelum ini disebut-sebut bakal berhijrah ke Ferrari. Kimi Raikkonen yang juga merupakan juara dunia 2007 telahpun menegaskan sebelum ini bahawa beliau tidak akan kembali ke F1 jika tidak diberikan jentera yang mampu mencabar kejuaraan dunia.

PaddockBox

Makwe di Grid mesti kental


Salah satu benda yang akan ada sebelum bermulanya sesuatu perlumbaan sukan bermotor ialah makwe grid (grid girl) yang pegang benda alah tiang yang tertera nama pelumba, posisi di grid dan juga bendera negara asal pelumba.

Tapi korang jangan pikir kerja sebagai makwe grid ni setakat dok gedik-gedik, tonggek sana tonggek sini dengan aksi seolah mau ajak suami bersenggama. Tidak! Makwe grid mesti selalu fokus dalam tugas memegang benda alah tiang tu. Mesti kental dan fit selalu fizikal dan mental; jika tidak perkara seperti di bawah akan berlaku...


Kejadian berlaku semasa perlumbaan Porsche GT3. Dan yang bestnye... soalan yang di tanya oleh driver tu  setelah makwe tu di papah keluar dari litar ialah.. "is the car OK?" dan siap boleh suruh member check kot-kot ada kerosakan pada bahagian depan kereta Porsche dia

PaddockBox

Monday, June 28, 2010

Renault, Ferrari dan Mercedes sudah mendekati Pasukan Lotus Racing - Cosworth


Pengarah perniagaan Cosworth, Mark Gallagher  berkata bahawa Pasukan Lotus Racing merancang untuk kekal bersama  enjin Coswoth mestipun pasukan terbabit telah di dekati oleh 3 pengeluar enjin utama  yang lain iaitu Renault, Mercedes dan Ferrari berkaitan dengan membekalkan enjin untuk pasukan Lotus Racing bagi musim 2011

That is the reward for being the best of the new teams. Tony Fernandes  told us that for next season, they are planning to be with us. - Mark Gallagher [Cosworth's business director]
 
Sebelum ini, sebuah majalah permotoran German Auto Motor und Sport melaporkan bahawa pasukan Lotus dan Williams bakal menamatkan kontrak bersama Cosworth di penghujung musim 2010 ekoran tidak berpuas hati dengan prestasi enjin Cosworth.

Mark Gallagher menegaskan bahawa kesemua pasukan baru yang menggunakan enjin Cosworth mempunyai kontrak 3 tahun bersama Cosworth dan beliau berkata mereka semua akan kekal bersama Cosworth begitu juga pasukan Williams.

Photo Credit:

PaddockBox

Sunday, June 27, 2010

Keputusan rasmi GP Europe selepas 9 pelumba di kenakan penalti 5 saat


Stewards perlumbaan telah memutuskan untuk mengenakan penalti 5 saat ke atas 9 pelumba yang melakukan pecutan semasa berada di belakang safety Car. Bagaimanapun denda penalti 5 saat itu tidak mengubah secara drastik keputusan rasmi GP Europe. 2 Pelumba yang mampu tersenyum ekoran keputusan Steward perlumbaan itu ialah Alonso dan Rosberg. Alonso berada di tempat ke-8 dan Buemi diturunkan ke tempat ke-9. Manakala Pedro De La Rosa di turunkan ke tempat ke-12 dan Nico Rosberg berjaya mengutip 1 mata untuk Mercedes selepas dinaikkan ke tempat ke-10 dan Massa pula di tempat ke-11

Keputusan Rasmi GP Europe

Ramai pengkritik telah mengkritik keputusan Steward perlumbaan yang hanya mengenakan penalti 5 saat berbanding 20 hingga 30 saat yang sepatutnya di kenakan seperti yang termaktub dalam peraturan FIA bersabit Perlumbaan Formula 1

Timo Glock dari Virgin Racing dikenakan penalti 20 saat ekoran tindakan beliau tidak mempedulikan bendera biru yang dikibarkan semasa perlumbaan

PaddockBox

GP Europe : Raceday


Satu perlumbaan yang agak sederhana sahaja dan mungkin bosan jika tidak kerana kemalangan membabitkan Mark Webber dan Heiki Kovalainen di samping aksi mantap pelumba Sauber Kamui Kobayashi di penghujung perlumbaan.

Upgrade pada jentera Ferrari, Mercedes dan Renault nampaknya kurang memberi impak terhadap pelumba mereka. Alonso merungut mengenai tindakan Hamilton memintas safety car white line berhampiran pit lane exit. Dan tindakan Race Control dan Steward perlumbaan yang mengambil masa hampir 30 minit untuk memutuskan hukuman drive thru kepada Hamilton telah menyebabkan rasa kurang senang dari pasukan Ferrari dan lebih menambah rasa bengang Alonso ialah bila Hamilton keluar dari drive thru penalty, hamilton masih mengekalkan posisi ke-2 di belakang Vettel dan kedudukan itu kekal hingga tamat perlumbaan.

Alonso yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 ternyata kecewa dan menyifatkan perlumbaan di Valencia ini telah dimanipulasi dan kesemuanya berpihak pada pasukan McLaren ekoran tindakan lambat Steward perlumbaan memutuskan bentuk hukuman terhadapat Hamilton semasa perlumbaan

It's a shame, not for us because this is racing, but for all the fans who came here to watch a manipulated race - Fernando Alonso

GP Europe Live Streaming


 Wokay kepada yang bosan tengok Race F1 menerusi ESPN Star Sport, berikut ialah beberapa live streaming Website.

http://eplsite.com/stream5.html < BBC Commentary [Pilihan aku]

http://www.justin.tv/f1racegod

http://jonny-place.yolasite.com/jonny-tv.php

http://live.f1.f-e-n.net/live.php

Saturday, June 26, 2010

GP Europe : Sesi Kelayakan Masa

Pole position di Valencia buat Vettel

Vettel berjaya menduduki pole position untuk perlumbaan GP Europe di Litar Valencia. Kali terakhir Vettel menduduki pole position ialah di GP China. Mark Webber melengkapkan kedudukan Red Bull di petak 2 untuk perlumbaan esok dan Hamilton di petak ke-3. Alonso terpaksa berpuas hati dengan petak ke-4 dan Massa pula akan berada di petak ke-5

Pasukan Williams membuktikan enjin Cosworth mampu memberi cabaran hingga ke Q3 bila mana kedua-dua pelumba mereka berjaya menempatkan diri ke Q3 untuk top 10 shootout dan di akhir sesi Hulkenberg berada di petak ke-8 dan Barrichello yang juga merupakan pemenang di litar Valencia ini musim lalu akan memulakan perlumbaan di petak ke-9.

Semua serba tak kena buat Mercedes dan Force India. Kedua-dua pasukan ini terkeluar di Q2 dan gagal ke Q3. Schumacher akan memulakan perlumbaan di petak ke-15; catatan masa sesi kelayakan paling buruk buat Schumacher sejak kembali berlumba. Rosberg pula di petak ke-12. Manakala Sutil dan Luizi akan memulakan perlumbaan di petak ke 13 dan 14

 Sesi kelayakan masa terburuk buat Schumacher sejak kembali berlumba

Kobayashi sekali lagi terkeluar di Q1 bersama kesemua pelumba dari pasukan baru dan Burger King melengkapkan kontrak penajaan mereka bersama pasukan Sauber di Valencia.; Burger King hanya menaja pasukan Sauber untuk perlumbaan di Sepanyol iaitu di Litar Catalunya dan Litar Valencia. Lotus yang bakal memulakan perlumbaan ke-500 sepanjang terbabit dalam kancah F1 akan bermula di petak ke-19 buat Trulli dan petak ke-20 buat Kovalainen

 Perlumbaan terakhir buat Burger King bersama pasukan Sauber

Catatan masa rasmi setiap pelumba dalam sesi kelayakan GP Europe

Kedudukan grid untuk perlumbaan GP Europe

Webber, Vettel & Hamilton

PaddockBox

GP Europe : Sesi Latihan Bebas 3

Kubica & vettel

Kubica yang memandu Renault berjaya menghalang dominasi Red Bull Racing pada sesi latihan bebas 3. Vettel mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas 3 dengan catatan masa 1 minit 38.052 saat. Kubica yang memandu Renault mencatatkan masa 1 minit 39.154 saat dan Webber ke-3 terpantas.

Red Bull Racing telah mengesahkan mereka akan menggunakan F-duct untuk perlumbaan esok. Sejauh mana blown diffuser pasukan Ferrari, Mercedes dan Renault mampu menyaingi daya downforce yang dihasilkan oleh pelopor penggunaan blown diffuser iaitu Red Bull Racing akan diketahui sebentar lagi bila sesi kelayakan masa akan berlangsung

Catatan masa rasmi sesi latihan bebas 3

Untuk live streaming sesi kelayakan masa sila klik link dibawah

http://eplsite.com/stream5.html < BBC Commentary

http://www.corridadeformula1.com/tv-espanhola/ < Latin Commentary

PaddockBox

Friday, June 25, 2010

Perlumbaan di Valencia mungkin membosankan - Bridgestone


Bridgestone hari ini awal-awal lagi telah menegaskan kemungkinan perlumbaan di litar Valencia ini bakal membosankan disebabkan tiada masalah tyre graining yang serius yang memungkinkan berulangnya keadaan seperti perlumbaan di Montreal 2 minggu lepas dan tidak menolak kemungkinan berulangnya perlumbaan yang membosankan sama seperti yang berlaku di GP Bahrain.

Walaupun semua pasukan melaporkan masalah tyre degradation yang serius pada sesi latihan bebas 1 tetapi pada sesi latihan bebas 2 masalah tersebut semakin berkurangan dan hampir tiada masalah kurangnya cengkaman tayar pada litar.

 The data so far says that even super soft has no degradation, minus degradation, so unfortunately it will be a not so interesting race - Hirohide Hamashima [Pengarah pembangunan tayar sukan bermotor Bridgestone]

PaddockBox

GP Europe : Sesi Latihan Bebas 2


Sesi latihan bebas 2 yang baru berakhir sebentar tadi menyaksikan pelumba Ferrari Fernando Alonso mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1 minit 39.283 saat. Kedua-dua pelumba Red Bull Racing pula mencatat masa ke-2 dan ke-3 terpantas sementara Rosberg yang pantas pada sesi latihan bebas 1 pada sebelah pagi tadi pula sekadar mencatat masa ke-4 terpantas pada sesi latihan bebas 2 ini.

Sekali lagi bendera merah dikibarkan akibat dari insiden yang membabitkan Massa bila mana beliau berpusing di selekoh 5 hingga memaksa jentera F10 beliau di angkut ke garaj Ferrari untuk membolehkan beliau menyambung sesi latihan bebas 2 ini. Adrian Sutil (Force India) dan Karun Chandock (HRT Hispania Racing) kembali mengemudi jentera lumba masing-masing setelah tempat mereka di gantikan oleh Paul Di resta (Force India) dan Christian Klien (HRT Hispania Racing) pada sesi latihan bebas 1 pada sebelah pagi tadi.

Alonso terpantas pada sesi latihan bebas 2

Keputusan catatan masa latihan bebas 2

Motorhome baru pasukan Force India di Valencia

Motorhome Force India sebelum di naik taraf

Sesi latihan bebas 3 akan berlangsung esok (sabtu) pada sebelah pagi dan sesi kelayakan masa akan berlangsung pada sebelah petang.

Photo Credit:


PaddockBox

GP Europe : Sesi Latihan Bebas 1


Sesi Latihan bebas 1 untuk GP Europe di litar Valencia baru sahaja berakhir. Rosberg mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan bebas 1 ini dengan catatan  1minit 41.175 saat; diikuti oleh Hamilton di tempat ke-2 dan Button ke-3

Bendera merah dikibar pada permulaan sesi setelah serpihan side mirror jentera HRT yang dipandu Senna bertaburan di litar; side mirror terbabit tertanggal lalu di langgar oleh Beumi hingga memaksa bendera merah dikibarkan dan sesi dihentikan seketika bagi membolehkan marshal perlumbaan membersihkan serpihan terbabit.

Masalah tyre graining terus menghantui para pelumba pada sesi latihan bebas 1 ini. Beberapa pelumba seperti Schumacher, Kobayashi, Alonso, Massa dan De La Rosa nyaris melanggar tembok penghadang akibat dari kurangnya cengkaman di bahagian tayar belakang seperti yang di laporkan oleh Mike Gascoyne melalui twitter beliau. Trulli di lihat masih tercari-cari rentak meskipun telah dibekalkan dengan Chasis baru (T127-04)

Paul Di Resta diberi peluang mengantikan Sutil untuk melakukan catatan masa pada sesi latihan bebas 1 ini untuk pasukan Force India, manakala Christian Klien pula menggantikan Chandhock untuk sesi latihan bebas 1 buat pasukan HRT Hispania Racing. Kedua-dua Sutil dan Chandock akan kembali pada sesi latihan bebas 2

 Paul Di Resta yang disebut-sebut bakal menggantikan Luizi musim depan
 
Jentera F10 Ferrari menjadi tumpuan para pesaing yang mahu melihat sejauh mana low mounted exhaust system yang di tiru dari Red Bull Racing mampu menaikkan semula posisi Ferrari yang kini agak tercicir di belakang Red Bull Racing, McLaren dan Mercedes. Kedua-dua pelumba ferrari memanfaatkan sesi latihan bebas 1 ini untuk menguji upgrade yang dilakukan ke atas F10. Selain Ferrari, Mercedes dan Renault juga dilaporkan menggunakan low mounted exhaust system yang menyalurkan udara panas ke diffuser dan sekaligus menghasilkan downforce dan lebih dikenali sebagai blown diffuser dan system ini dipelopori oleh Red Bull Racing

Low mounted exhaust system F10 Ferrari

Keputusan catatan masa sesi latihan bebas 1

 Nico Rosberg terpantas pada sesi latihan bebas 1

GP ke 500 buat Lotus Racing di Valencia

Sesi latihan bebas 2 akan berlangsung sejam lebih sahaja dari sekarang.

PaddockBox

Wednesday, June 23, 2010

Penerangan lanjut oleh FIA mengenai peraturan F1


FIA hari ini telah mengeluarkan kenyataan media bersabit penerangan dan beberapa peraturan baru dalam sukan permotoran F1. Kenyataan media berkenaan di keluarkan selepas mesyuarat FIA di Geneva pada 23.6.2010.

Antara yang ditekankan oleh FIA ialah keputusan pembekal tayar musim 2011, Sayap belakang boleh laras yang bakal mengantikan F-Duct musim depan dan juga menguatkuasakan semula peraturan catatan masa minimum 107% dalam sesi kelayakan masa bermula musim depan setelah dimansuhkan pada 2002

Tyres
Pirelli has been selected as the single tyre supplier for the FIA Formula One World Championship for a period of three years, commencing in 2011. The sole supplier will undertake to strictly respect the sporting and technical regulations implemented by the FIA.

"Competitor's staff" FIA Licence
A proposal relating to specific licences for members of staff of competitors entered in the FIA World Championships has been submitted to the Formula One Commission. This is under consideration for implementation in the FIA Formula One World Championship from the start of 2011, with a view to inclusion in other FIA World Championships in the future.

Safety car
With immediate effect, no car may overtake until it has passed the first safety car line for the first time when the safety car is returning to the pits. However, if the safety car is still deployed at the beginning of the last lap, or is deployed during the last lap, it will enter the pit lane at the end of the lap and the cars will take the chequered flag as normal without overtaking.

General safety
With immediate effect, any car being driven unnecessarily slowly, erratically, or which is deemed potentially dangerous to other drivers, will be reported to the stewards. This will apply whether any such car is being driven on the track, the pit entry or the pit lane.

In order to ensure cars are not driven unnecessarily slowly on in-laps during qualifying or reconnaissance laps when the pit exit is opened for the race, drivers must stay below the maximum time set by the FIA between the safety car line after the pit exit and safety car line before the pit entry. The maximum time will be determined by the race director at each event prior to the first day of practice, but may be amended during the event if necessary.

The grid
From 2011, any driver whose best qualifying lap exceeds 107 per cent of the fastest Q1 qualifying time will not be allowed to take part in the race. Under exceptional circumstances, however, which may include setting a suitable lap time in a free practice session, the stewards may permit the car to start the race. Should there be more than one driver accepted in this manner, the grid order will be determined by the stewards.

Driver adjustable bodywork
From 2011, adjustable bodywork may be activated by the driver at any time prior to the start of the race and, for the sole purpose of improving overtaking opportunities during the race, after the driver has completed two laps.

The driver may only activate the adjustable bodywork in the race when he has been notified via the control electronics that it is enabled. It will only be enabled if the driver is less than one second behind another at any of the pre-determined positions around each circuit. The system will be disabled the first time the driver uses the brakes after the system has been activated.

The FIA may, after consulting all the competitors, adjust the time proximity in order to ensure the purpose of the adjustable bodywork is met.

Aerodynamic influence
With the exception of the parts necessary for the driver adjustable bodywork, any car system, device or procedure which uses driver movement as a means of altering the aerodynamic characteristics of the car is prohibited from 2011.

Weight
From 2011, the minimum weight of the car must not be less than 640 kg at all times during the event.

Fuel draining
With immediate effect, if a sample of fuel is required after a practice session the car concerned must have first been driven back to the pits under its own power.

Licences
Based on his career resume and comparative F1 testing times, the World Council has approved the granting of a four-race probationary super license to Chinese driver Ho-Pin Tung.

Keterangan lanjut boleh di baca di laman rasmi FIA

GP Europe : Preview


Tahun in merupakan tahun ke-3 Litar jalanan Valencia menjadi tuan rumah kepada European GP. European GP pertama kali berlangsung pada 1923 di litar Monza dan sebelum ini Litar Nürburgring adalah venue lazim buat GP Europe. Pada 2008 Valencia mendapat hak untuk menganjurkan European GP dan pada 2009 pihak berkuasa litar Valencia telah menandatangani perjanjia dengan FIA untuk hak penganjuran European GP sehingga 2014.

Untuk mengetahui serba sedikit sejarah European GP, sila baca di sini

Felipe Massa merupakan juara pertama di litar Valencia ini pada 2008 manakala Barrichello yang memandu untuk BrawnGP telah muncul juara pada 2009. Bagaimanapun litar Valencia ini bukanlah litar yang menjadi pilihan dan kegemaran para pelumba disebabkan karekter litar Valencia yang disifatkan terlalu mudah untuk dikuasai dan kurangnya cabaran.

Pemenang musim 2009

Beberapa lagi upgrade akan dilakukan oleh setiap pasukan tetapi ramai begitu teruja mahu melihat upgrade terbaru F10 Ferrari dengan low mounted exhaust system yang di tiru dari Red Bull Racing dan Alonso telah melakukan pandu uji untuk beberapa pusingan di litar Fiorano beberapa hari lepas semasa pengambaran promosi pasukan Ferrari.

 Pirelli dipilih sebagai pembekal tayar tunggal buat F1 bermula 2011

Badan sukan permotoran FIA hari ini telah mengesahkan bahawa Pirelli telah dipilih sebagai pembekal tayar tunggal bermula musim 2011 untuk tempoh 3 tahun mengantikan Bridgestone yang bakal menarik diri dari kancah F1 pada akhir musim 2010 ini. Michelin yang dilihat menjadi pilihan beberapa pasukan utama mengatakan bahawa mereka hanya bersedia menjadi pembekal jika FIA membenarkan tyre war dengan 2 syarikat pembekal. Kali terakhir Pirelli membekalkan tayar dalam perlumbaan F1 ialah pada 1991

Untuk perlumbaan European GP di litar Valencia ini, Heinz-Harald Frentzen telah di pilih untuk membantu 3 lagi stewards perlumbaan memantau perjalanan perlumbaan di Valencia ini. Frentzen yang bersara pada 2003 pernah berlumba untuk pasukan sauber, Williams, Prost, Jordan dan Arrows. 3 lagi steward perlumbaan ialah Gerd Enser (Ahli lembaga kelab sukan bermotor German; ADAC), Radovan Novak ( Ahli FIA World Motor Sports Council) dan Vidal Perucho (Pengarah Jarama circuit dan ahli FIA commissions for cross country rallying and truck racing).  

Sesi latihan bebas 1 & 2 akan berlangsung pada Jumaat ini.

PaddockBox

Monday, June 21, 2010

Button tuntut Chasis BGP001 dari Ross Brawn


Button telah secara rasminya memfailkan satu tuntutan terhadap Ross Brawn agar mengotakan janji beliau untuk memberikan Chasis BGP001 kepada Button jika beliau memenangi kejuaraan dunia pada 2009.

Pada 2009, Button bersetuju menyertai BrawnGP dengan gajinya dipotong tetapi terdapat clause dalam kontrak yang menyatakan bahawa Button berhak menyimpan Chasis BGP001 sekiranya beliau memenangi kejuaraan dunia pada 2009. Kini hampir 8 bulan berlalu, Button masih belum menerima Chasis berkenaan. 

MercedesGP yang mengambil alih BrawnGP di laporkan bersedia membina replika BGP001 tetapi button menolak dan menegaskan beliau mahu Chasis BGP001 yang asal yang beliau pandu sehingga muncul juara dunia pada 2009

Dalam perkembangan terkini berhubung kes ini; jurucakap Button dilaporkan berkata  bahawa Ross Brawn  sudah pun mencapai persetujuan dengan Button dan akan memberi Button Chasis BGP001 seperti yang dijanjikan dalam kontrak sebelum ini

PaddockBox

Jentera F10 yang diubahsuai di pandu uji di Fiorano

Fernando Alonso di laporkan telah melakukan uji pandu Jentera F10 yang sudah di upgrade sepenuhnya di litar persendirian milik Ferrari dalam satu sesi pengambaran promosi pasukan Ferrari di Fiorano

Ferrari telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung uji pandu itu

"You have to make the most of any opportunity in this era of the testing ban!"



Antara ubah suai ketara yang dilakukan ke atas jentera F10 ferrari ialah system exhaust mirip kepada system exhaust pasukan Red Bull Racing telah diguna pakai. Beberapa pasukan lagi termasuk McLaren dan Mercedes dilaporkan bakal meniru system exhaust pasukan Red Bull Racing yang dilihat mampu menghasilkan downforce dengan lebih berkesan

Chasis Baru Untuk Trulli

Chasis Number 4

Pasukan Lotus Racing telah mengesahkan bahawa chasis baru yang bakal dibawa ke GP Europe minggu depan akan diberikan kepada Trulli walaupun pada awalnya Trulli agak keberatan menerimanya. Chasis baru tersebut pada awalnya adalah untuk Kovalianen bagaimanapun setelah berbincang, Heiki bersetuju memberikan chasis baru tersebut kepada Trulli bagi mengatasi masalah mekanikal yang sering menimpa Trulli.

Chasis baru tersebut telah dipertonton kepada umum buat kali pertama pada Classic team Lotus Festival di Snetterton pada Ahad lepas.

Tweetphoto Credit:

PaddockBox

Friday, June 18, 2010

GP Canada : Cockpit View

Aku baru balik dari bercuti dan terlepas buat entri perlumbaan GP Canada tempoh hari. Jadi Hari ni aku ringkaskan aje sebab semua dah tau keputusan. 

Pemandangan dari cockpit..

Vettel di petak ke-2 bersedia memulakan perlumbaan

Webber diberi penalti 5 petak grid akibat menukar gearbox

Luizi dan Massa berlanggar di selekoh pertama 

Alonso & Hamilton berlumba di laluan pit

Massa mengejar 2 pelumba Force India di depan

Hamilton cuba memintas Webber untuk mendahului perlumbaan

Beumi mengejar Schumacher untuk kedudukan ke-8
 
 Vettel memintas Schumacher

Hamilton menjuarai GP Canada. Kemenangan ke-2 berturut-turut selepas GP Turkey

The Celebration



PaddockBox