Saturday, August 7, 2010

Senarai kemungkinan pemandu dan pasukan untuk musim 2011 [Bahagian 3]

9 - Scuderia Toro Rosso 


Tiada perubahan barisan pemandu Toro Rosso untuk musim 2011. Team principal, Franz Tost mengesahkan Sebastian Beumi dan Jaime Alguersuari  akan terus kekal mengemudi Toro Rosso musim depan. 

I believe our drivers will be well prepared for 2011, which is why they are both confirmed for next year - Franz Tost [Toro Rosso Team Principal]

Jaime Alguersuari menyifatkan keputusan Tost untuk mengekalkan beliau dan Beumi pada tahun depan sebagai pembakar semangat untuk mengharungi baki perlumbaan dalam kalendar F1 2010 ini; walaupun beliau menyifatkan tiada apa yang pasti dalam F1 sehinggalah tiba masanya

I'm happy with the extension and the fact that Tost trusts me for 2011, but next season is still far away. It is not going to influence at all what I do on the track because I am very focused on the present. In F1, things change very quickly, so that the situation now can be different in a few months. I just want to have a better second half of the year and return to the points - Jaime Alguersuari

Sebastian Buemi pula telah menyangkal laporan yang mengaitkan beliau dengan kemungkinan berpindah ke Renault. Buemi menegaskan beliau mahu membuktikan keupayaan beliau di Toro Rosso agar mendapat peluang untuk dipindahkan ke Red Bull Racing. Toro Rosso boleh dianggap sebagai akademi bagi pelumba muda yang mahu menyertai Red Bull Racing.

The team confirmed me for next year so I'm really happy to be part of the family and to continue working together with Toro Rosso for the 2011 season and I'm confident in the future I'll be able to step in the Red Bull which is now the fastest car - Sebastian Buemi

Jaime Alguersuari kini mengutip 3 mata dan berada di kedudukan ke18 pungutan mata kategori pemandu manakala Buemi pula berada di kedudukan  ke-16 dengan 7 mata.

10 -  Lotus Racing 


Lotus Racing dijangka akan terus menggunakan khidmat Heiki Kovalainen dan Jarno Trulli untuk musim 2011. Mike Gascoyne mengesahkan pengurusan Lotus Racing berpuas hati dengan prestasi Heiki dan Trulli setakat ini dan tiada sebab untuk menukar barisan pelumba untuk musim depan walaupun Fairuz Fawzy dilihat sebagai calon sesuai untuk menggantikan Trulli jika perlu.

Lotus Racing mensasarkan kedudukan tempat ke-10 keseluruhan bagi musim 2010 dan sekaligus muncul sebagai pasukan baru terbaik mengatasi HRT Hispania Racing dan Virgin Racing. Memandangkan tiada lagi upgrade untuk T127 pada baki 7 perlumbaan musim 2010 ini, hasrat Lotus Racing itu mungkin sedikit sukar memandang HRT Hispania Racing dan Virgin Racing masih lagi menjalankan program pembangunan jentera 2010 mereka; Lotus Racing pula kini telah mengalihkan tumpuan mereka untuk pembangunan jentera 2011

Of course this year is difficult for me to accept but the outlook for 2011 is better. I do not want to come to terms with being a backmarker. I accepted that because Lotus has a long-term plan - Jarno Trulli 

I think the intention is to stick with the drivers we've got, I think they're doing a great job - Mike Gascoyne [Lotus Technical Chief]

11 - Virgin Racing


Tiada kepastian lagi mengenai barisan pelumba Virgin Racing untuk musm 2011. Timo Glock berkata beliau kini sedang menimbangkan kemungkinan beralih ke pasukan lain untuk musim 2011 dan tidak menolak kemungkinan beliau mungkin beralih ke Renault.

Glock adalah pilihan Renault sebelum musim 2010 bermula tetapi Glock memilih untuk menyertai Virgin Racing dan Renault pula tiada pilihan selain memilih Petrov untuk musim 2010. Kini dengan kedudukan Petrov di Renault untuk musim 2011 menjadi persoalan; ada kemungkinan Glock dan Petrov akan bertukar tempat; Glock mungkin menyertai Renault dan Petrov mungkin akan ke Virgin Racing.

We’ll see. If there is an opportunity at Renault, I don’t know at the moment. I’m not that close talking to them. I have a longer contract at Virgin, but if things are not going as they should, what I said from the beginning on is I will have a look around and I’ll keep my eyes open - Timo Glock

Seorang lagi pelumba Virgin Racing, Lucas Di Grassi mungkin akan kekal memandu untuk Virgin Racing pada musim depan. Di Grasi di laporkan berkata beliau gembira berada di Virgin Racing.

I am pleased with the progress of my career, because I have followed the right path. Being at Virgin means I can also make some mistakes, because we are all in a learning phase. In Formula One it's not always just about talent, There are also politics and some decisions you can do nothing about - Lucas Di Grassi

12 - HRT Hispania Racing


Kedudukan Karun Chandhok dan Bruno Senna untuk musim 2011 masih lagi tiada kepastian. HRT Hispania Racing kini dipercayai sedang dilanda masalah kewangan hingga memaksa sistem pengiliran pemandu dilaksanakan semenjak GP British. Sakon Yamamoto dipercayai telah menyalurkan sejumlah wang tajaan untuk HRT terus bersaing pada baki perlumbaan 2010 ini. Dengan wang yang dibawa masuk Yamamoto bermakna pengurusan HRT tiada pilihan selain melaksanakan pengiliran pemandu pada baki perlumbaan musim 2010.

Yamamoto telah pun diberi peluang untuk menggantikan sama ada Chandhok atau Senna sejak 3 perlumbaan lepas di British, German dan Hungary. Walaupun nasib HRT Hispania Racing sendiri masih tak menentu untuk musim 2011, Bruno Senna berharap beliau mampu kekal dalam F1 sama ada kekal bersama HRT Hispania Racing ataupun melihat kemungkinan beralih ke pasukan lain.

There's nothing guaranteed in life. I hope I'll be racing until the end of the year. It's fixed but nothing is guaranteed in life. You have a job today but you may not have it tomorrow. The important thing for me is that I have a seat for next year. This is what I'm aiming for - Bruno Senna

Setakat ini sahaja pandangan aku mengenai kemungkinan perpindahan pemandu untuk musim 2011. Ketika ini F1 sedang bercuti selama 3 minggu di mana 2 minggu adalah cuti mandatori yang ditetapkan FIA; ini bermakna selama 2 minggu tiada aktiviti F1 dibenarkan sama ada dikilang, office dan semua yang berkait dengan F1 diwajibkan cuti 2 minggu sepanjang August ni. 

Pemandangan Race Bay McLaren ketika ini

Photos Credit :

Senarai kemungkinan pemandu dan pasukan untuk musim 2011 :

PaddockBox

2 comments:

Ismail Noh said...

tentang Lotus yang aku tunggu..thanks

PaddockBox said...

sama-sama.

terima kasih sebab sudi baca :)