Friday, August 13, 2010

F10 Ferrari paling tahan lasak setakat ini


Selepas 12 perlumbaan, dari Bahrain hingga ke Hungary, Ferrari telah membuktikan mereka adalah pasukan yang mempunyai jentera paling tahan lasak. Hanya 2 kegagalan enjin yang menjadi punca pelumba mereka gagal menamatkan perlumbaan setakat ini. Walaupun begitu, Ferrari hanya menduduki tempat ketiga dalam pungutan mata kategori pengeluar di belakang Red Bull Racing dan McLaren. F10 Ferrari juga setakat 12 perlumbaan lepas telah melakukan 1471 pusingan.
 
Rekod pasukan yang berjaya menamatkan perlumbaan setakat ini:
1. Ferrari 99.8%
2. Red Bull 93.1%
3. Mercedes 92.7%
4. McLaren 91.4%
5. Renault 86.4%
6 Williams 86.1%
7. Force India 85.5%
8. Toro Rosso 80%
9. Lotus 71.1%
10. Hispania 70.7%
11. Virgin 65.2%
12 Sauber 57.9%

Pasukan yang mempunyai masalah reliability jentera yang teruk ialah Virgin Racing dengan 11 masalah berkaitan teknikal dan Sauber pula 10 masalah teknikal yang menyebabkan pelumba mereka gagal menamat perlumbaan.

Dikalangan 3 pasukan baru; HRT Hispania Racing adalah pasukan yang paling kurang mempunyai masalah reliability pada jentera mereka dengan hanya 8 masalah teknikal; manakala Lotus pula mengalami sebanyak 9 masalah teknikal pada jentera T127 yang menjadi punca sama ada Heiki atau Trulli gagal menamatkan perlumbaan

Jadual dibawah menunjukkan secara terperinci mengenai masalah reliability setiap pasukan

Click the picture for enlarge

Chart Credit :



PaddockBox

2 comments:

Mookies said...

sedyh tgk mercedes....huuu....malu gk shumi skrg xpeform...

PaddockBox said...

apa yang schumacher perlu lakukan dalam baki 7 perlumbaan ni ialah dia mesti buktikan kepada pengurusan Mercedes beliau masih mampu berlumba dan memberikan result yang memuaskan.

Walaupun setakat ni kedudukan Scumacher untuk 2011 agak terjamin, siapa tahu kan hujung musim ni schumacher kena tendang dari Mercedes

hehe