Friday, August 13, 2010

Bajet untuk 2010 kami cukup : MercedesGP dan Sauber



Pasukan MercedesGP hari ini menafikan bahawa mereka telah membatalkan program naik taraf jentera W01 berikutan masalah kewangan. Sumber dalaman MercedesGP sebelum ini mendedahkan bahawa MercedesGP telah mengalihkan fokus mereka kepada jentera 2011 disebabkan bajet untuk musim 2010 semakin menipis untuk terus melakukan program menaik taraf jentera W01. Seorang jurucakap Mercedes pula menegaskan bahawa jentera W01 mereka kini sudah lengkap dan perancangan untuk pembangunan jentera 2011 kini berjalan lancar.


Pasukan Sauber pula berkata mereka tidak risau mengenai bajet untuk baki perlumbaan musim 2010 ini kerana semuanya masih terkawal tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai bajet pasukan walaupun pasukan Sauber kini tiada penaja yang mewarnai jentera C29 mereka. Usaha pasukan Sauber untuk menarik penaja utama bagi musim 2011 juga kini berjalan lancar

it was not a concern as the team were fully funded for this season and the team is currently making progress in its sponsorship for next year - Monisha Kaltenborn [Sauber's Managing Director]  

Antara nama yang disebut sebagai kemungkinan menjadi penaja utama Sauber untuk musim depan ialah Billionaire dari Mexico Carlos Slim pemilik syarikat telekomunikasi terkemuka Mexico, Telmex. Peter Sauber dengan yakin berkata jentera Sauber untuk musim 2011 akan mempunyai lebih dari 2 warna.

We're sure we will have more colour on the car next year. I don't know what basic colour, it depends on the sponsor - Peter Sauber  

Khabar angin di paddock mengatakan bahawa pasukan Sauber mampu bertahan disepanjang musim 2010 disebabkan BMW masih menyumbangkan sejumlah dana kepada pasukan Sauber untuk musim 2010 meskipun mereka telah menarik diri dari F1.


PaddockBox

2 comments:

hazman aka species1980 said...

masalah kewangan membuatkan banyak team kena pandai budget perbelanjaan tahunan mereka

PaddockBox said...

sebenarnya selain hispania racing, beberapa pasukan kelompok pertengahan juga poket tengah menipis. Renault bulan lepas cuba meminta FIA supaya wang membabitkan hasil iklan 2010 ni dibayar dahulu tanpa menunggu akhir musim; tetapi beberapa hari selepas berita tu tersebar Renault menafikan mereka mereka ada masalah kewangan.

secara kasarnya musim 2010 ni memang ada penaja yang mengurangkan dana tajaan sebab tu beberapa pasukan tengah pening macam mana mau habiskan musim 2010 tanpa perlu mengurangkan bajet pembangunan jentera 2010