Thursday, March 11, 2010

Preview GP Bahrain

Musim 2010 bakal bermula di Bahrain pada  12 hingga 14 Mac ni. Ini merupakan kali ke-7 perlumbaan F1 dilangsungkan di Track Sakhir, Bahrain.

 Untuk musim 2010; litar ini telah pun diubahsuai dan tambahan 900m dari kepanjangan sebelumnya dilakukan.



pengubahsuaian dan penambahan jarak litar ini telah meletakkan litar Sakhir di tempat ke-2 antara litar terpanjang dalam siri perlumbaan F1. Bagaimanapun, pengubahsuaian litar ini tidak digemari oleh pelumba Red Bull, Mark Webber. Webber menyifatkan litar yang telah diubahsuai ini sebagai litar yang membosankan dengan selekoh sempit; manakala rakan sepasukannya Sebastian Vettel pula berkata dia lebih suka jika litar Sakhir mempunyai selekoh laju yang banyak.

Kesemua pasukan jugak dijangka akan membuat beberapa upgrade pada jentera masing-masing menjelang sesi latihan pada hari jumaat; dengan kesemua 24 kereta dijangka berada di litar secara serentak.

Pasukan McLaren jugak telah mendapat lampu hijau untuk menggunakan sayap belakang yang mencetuskan keraguan dari pasukan Red Bull dan Ferrari.

Sharkfin yang bersambung terus ke sayap belakang ini menimbulkan keraguan dari Christian Honner, team principal bagi pasukan Red Bull Racing. Bagaimanapun Charlie Whitting pegawai FIA yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan ke atas keraguan itu berkata, McLaren tidak melanggar mana-mana peraturaan teknikal bersabit rekabentuk kereta dan dengan itu membenarkan McLaren untuk terus menggunakannya; salah sorang pegawai FIA yang lain menyifatkan rekabentuk itu sebagai simple but brilliant trick

Sesi latihan pada Jumaat ini jugak merupakan kali pertama pasukan HRT F1 melakukan ujian ke atas jentera mereka. HRT F1 tidak mengikuti sesi latihan di Jerez disebabkan proses pengambilalihan pasukan CamposGP yang sedang berjalan ketika itu. Ini bermakna HRT F1 akan membawa 2 jentera ke Bahrain yang belum lagi menjalani apa juga bentuk ujian di litar. Karun Chandok berkata hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang sukar bagi HRT F1.

Dengan kemasukan 3 pasukan baru; Vrigin Racing, LotusF1 dan HRT F1, ianya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan beberapa pasukan besar yang menyifatkan kehadiran pasukan baru yang lembab itu akan menjadikan keadaan perlumbaan di litar akan menjadi bahaya.

apa kata mereka mengenai pasukan-pasukan yang baru masuk F1:

Pada pendapat aku; team BMW Sauber bakal melakukan kejutan di GP Sakhir ini. Masalah mereka mungkin dari segi penajaan tetapi dari segi kesesuaian kereta dan pengunaan tayar, team Sauber berada di atas; Persoalaannya ialah mampukah De la Rosa dan Kobayashi menggunakan sepenuhnya kelebihan dari segi tayar itu memandang pada musim ini semua pasukan tidak dibenarkan mengisi minyak pada pit stop dalam perlumbaan.

PaddockBox

No comments: