Perlumbaan di Albert Park ni boleh dikatakan perlumbaan yang penuh dengan aksi dan drama berbanding semasa perlumbaan di litar Sakhir 2 minggu lepas.
Vettel memulakan perlumbaan dengan sempurna, diikuti rapat oleh webber dan pasangan Ferrari sebelum insiden di selekoh pertama
Vettel yang memulakan perlumbaan di petak pertama sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan apabila dia dipercayai mengalami masalah jentera RB6 di pusingan ke 25. Perlumbaan bermula dengan litar yang agak basah.
Tindakan defensive Alonso yang mencetuskan insiden di selekoh pertama
Jenson Button, Alonso dan Schumacher terlibat dalam insiden di selekoh pertama; rakaman semasa perlumbaan menunjukkan Button cuba memintas Alonso tetapi Alonso dilihat cuba untuk mempertahankan kedudukannya dan bila sampai ke selekoh pertama, sisi tepi F10 Alonso telah berlaga dengan tayar depan Button dan itu menyebab jentera F10 Alonso berpusing dan telah menyebabkan Schumacher terlibat sama.
Button & Hamilton cuba mengelak Alonso yang berpusing di selekoh pertama
Alonso sekadar mampu melihat dan menunggu kereta lain memintas beliau
Kamui Kobayashi, Hulkenberg dan Beumi pula terlibat dalam kemalangan di selekoh ke-3. Kemalangan berpunca dari kegagalan sayap depan Kobayashi yang menyebabkan jentera C29 Kobayashi hilang kawalan dan terus merempuh side pod jentera Hulkenberg dan belakang jentera STR5 Toro Rosso, Beumi. Kegagalan sayap depan jentera C29 Kobayashi telah berlaku sejak dari sesi latihan bebas.
Safety Car keluar sejurus kemalangan Kobayashi, Hulkenberg dan Beumi
Button nyaris melanggar tembok diselekoh ke-3 selepas keluar dari pit di pusingan ke-6. Button menggunakan slick tyre ketika litar masih lagi basah
Button nyaris melanggar tembok diselekoh ke-3 selepas keluar dari pit di pusingan ke-6. Button menggunakan slick tyre ketika litar masih lagi basah
Robert Kubica dari Renault pula menunjukkan prestasi yang jitu dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua; Manakala Massa dari Ferrari berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-3. Alonso berjaya bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-4, diikuti oleh Nico Rosberg ditempat ke-5
Lewis Hamilton pula bertekak melalui radio dengan race strategy McLaren bila mana dia di-arah untuk masuk ke pit pada pusingan ke-35 dan ketika ini dia berada dikedudukan ke-3; arahan dari pit wall itu telah menyebabkan Hamilton berada di belakang Alonso dan Massa. Ketika sedang bersungguh untuk memintas pasangan Ferrari, Hamilton telah di sondol oleh Webber di selekoh ke-15 dan sekaligus menlenyapkan harapan Hamilton untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat ke-3 andainya dia dapat memintas Alonso dan Massa; dan berdasarkan catatan sepusingan Hamilton dengan kelebihan kelajuan 1.5 saat sepusingan berbanding pasangan Ferrari, adalah tidak mustahil beliau mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-3.
Micheal Schumacher menamatkan perlumbaan di tempat ke-10. Antonio Luizi sekali lagi cemerlang untuk pasukan Force India ditempat ke-7; manakala Barrichello di tempat ke-8. Pedro De La Rosa dari Sauber menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Heiki Kovalainen pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 untuk pasukan LotusF1.
Kubica, Button & Massa
Secara keseluruhannya, perlumbaan di Albert Park ini sangat menarik dan penuh aksi. Litar basah dan cuaca tidak menentu sejak sesi latihan bebas banyak menyumbang kepada aksi-aksi di litar. Lewis Hamilton yang pasti kecewa dan bengang dengan strategi pit stop McLaren. Vettel sekali lagi dikecewakan dengan ketidaktentuan jentera RB6; mendahului di peringkat awal tetapi RB6 sekali gagal bertahan sehingga kepenghujung perlumbaan. Schumacher pula masih mencari rentak; adakah Schumacher bakal bangkit di Sepang sebagaimana ramalan Niki Lauda?
Dengan segala aksi dan dan drama yang dihidangkan di Albert Park ini; adakah komuniti F1 akan terus membidas peraturan perlumbaan F1 untuk musim 2010 ini?
Dengan segala aksi dan dan drama yang dihidangkan di Albert Park ini; adakah komuniti F1 akan terus membidas peraturan perlumbaan F1 untuk musim 2010 ini?
Keputusan Penuh GP Australia
Perlumbaan pusingan ke-3 akan berlangsung di Litar Sepang pada 2 - 4 April.
Paddockbox
Paddockbox
No comments:
Post a Comment