Friday, March 12, 2010

GP Bahrain : Free Practice

Musim perlumbaan F1 2010 kini membuka tirai dengan sesi laithan pada Jumaat 12/3/2010.

 barisan pelumba dan jentera setiap pasukan. (gambar ehsan : itv.com)

Seperti dijangka kesemua pelumba dari 3 pasukan baru berdepan masalah menyesuaikan jentera dan litar. Walaubagaimana pun pada sesi latihan pertama pemandu Force India berjaya melakukan catatan masa terpantas sepusingan pada lap ke 18 dengan catatan masa 1 minit 56.583 saat disusuli penadu Ferrari, Fernando Alonso dan Kubica dari pasukan Renault. Manakala Juara dunia 7 kali Micheal Schumacher sekadar mencacat masa ke-10 terpantas pada pusingan ke 16 dengan catatan masa 1 minit 57.662 saat.

Keputusan penuh sesi latihan bebas 1:
Pada sesi latihan bebas ke-2, Nico Rosberg pula menunjukkan keupayaan sebenar Mercedes dengan mencatatkan masa terpantas dengan catatan 1 minit 55.409 saat manakala rakan sepasukan beliau, Micheal Schmacher mencatat masa ke-3 terpantas 1minit 55.903saat di belakang pelumba McLaren Lewis Hamiton yang mencatat masa kedua terpantas dengan catatan 1minit 55.854saat. Adrian Sutil yang mencatat masa pertama terpantas pada sesi latihan bebas 1 hanya mampu sekadar mencatat masa ke-12 terpantas pada sesi latihan bebas ke-2 dengan catatan 1minit 57.361saat bersama jentera VJM03 yang dikuasakan dengan enjin  Custom Mercedes.
Keputusan penuh sesi latihan bebas 2:
Kedua-dua pelumba HRT F1 gagal mencatatkan masa dalam kesemua sesi latihan pada hari jumaat. Sepanjang sesi latihan kesemua pasukan mencari setting tayar yang sesuai dengan keadaan litar yang berpasir dan berdebu

Apa kata mereka selepas sesi latihan bebas berakhir:

Menjelang pusingan kelayakan pada hari sabtu 13/3/2010, Mercedes, Ferrari, McLaren dan Williams kelihatan begitu mantap, manakala pasukan yang dianggap sebagai dark horse untuk musim 2010 iaitu Red Bull Racing kini berhadapan dengan masalah reliability pada jentera Mark Webber.

Sebaik selesai sesi latihan bebas; beberapa pelumba melahirkan rasa kurang selesa dengan keadaan litar yang diubahsuai. Kubica menyifatkannya sebagai litar yang kurang menarik dan section baru litar dan selekoh yang kecik serta bumpy tidak begitu digemari oleh Jenson Button.

Pasukan manakah yang bakal menduduki pole position untuk perlumbaan pertama musim 2010? Pada pendapat aku ianya bakal ditentukan antar Mercedes, Ferrari dan McLaren. Walaubagaimanapun pasukan-pasukan pertengahan seperti Red Bull, Force India, Williams dan BMW Sauber mampu memberikan kejutan. 3 Pasukan yang baru menyertai perlumbaan musim ini, Virgin Racing, LotusF1 dan HRT F1 kelihatan begitu terkial-kial untuk mendapatkan daya pecutan pada jentera masing-masing.

Dengan keadaan litar yang bahang dan berdebu, ianya bakal memberikan tekanan pada tayar; dan dengan peraturan baru tidak membenarkan pengisian semula minyak pada pit stop semasa perlumbaan ianya bakal menyukarkan lagi strategi setiap pasukan; pasukan yang menggunakan tayar super soft pada peringkat awal perlumbaan aku ramalkan akan struggle untuk segera melakukan pit stop pertama mereka; dan pilihan aku dari segi imbangan yang baik antara tyre wear dan fuel ialah pasukan BMW Sauber. Walau apapun, kita nanti bersama sesi kelayakan pada hari Sabtu.

Paddockbox

No comments: