Sunday, March 14, 2010

GP Bahrain : Race Day


Kedudukan podium 1 dan 2 untuk Ferrari manakala Hamilton berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ke-3, dihadapan pole sitter Sebastian Vettel yang mengalami masalah mekanikal iaitu pada exhaust, di hujung perlumbaan. Bagaimanapun, kedua-dua Ferrari telah bertindak menukar enjin sebelum perlumbaan setelah mekanik mendapati terdapat sedikit abnormalities pada enjin massa dan Alonso.


 Vettel mendahului pada permulaan race, Alonso berjaya memintas Massa di selekoh pertama

Alonso yang berada di grid ke-3 berjaya memintas Vettel dan Massa untuk kemenangan pertama Ferrari musim ini. Webber pula mengalami sedikit drama sebaik selekoh pertama pada lap pertama bila mana kepulan asap tebal dilihat keluar dari enjin RB6 beliau tetapi berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 dibelakang Schumacher tempat ke-6 dan Button pula di tempat ke-7. 

 Jentera RB6 Mark Webber mengeluarkan kepulan asap tebal di selekoh pertama

 Micheal Schumacher yang kembali berlumba untuk MercedesGP dilihat begitu agresif dan mampu menyaingi rakan sepasukan beliau, Nico Rosberg. Walaupun sekadar berada di tempat ke-6 dari segi race pace Schumacher dilihat lebih konsisten; cuma jentera MercedesW01 perlu dipertingkatkan kuasanya jika Schumacher mahupun Rosberg mahu mencabar dominasi Ferrari dan McLaren.

 Sutil terlibat dalam kemalangan di selekoh pertama
Sutil yang menyerlah di pusingan kelayakan sekadar mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 tetapi rakan sepasukan beliau yang memulakan perlumbaan di petak ke-12 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 dihadapan pemandu Williams Rubens Barrichello; manakala rakan sepasukan Rubens, Nico Hulkenberg menamatkan perlumbaan di tempat ke-14, ketinggalan 1 lap dari pendahulu perlumbaan.

Kubica memulakan langkah cemerlang Renault yang berwajah baru. Dia yang sentiasa konsisten sejak latihan bebas berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 manakala rakan sepasukan Vitaly Petrov gagal menamatkan perlumbaan

Aku sedikit tak puas hati dengan prestasi BMW Sauber di litar Sakhir ni. Sepanjang winter testing pasukan ini menunjukkan pretasi yang bagus tetapi bila masuk race day sebenar semuanya serba tak kena bagi pasukan yang berpangkalan di Hinwill ni.Kobayashi dan De La Rosa gagal menamatkan perlumbaan.

Kedua-dua jentera T127 LotusF1 pula berjaya menamatkan perlumbaan; Trulli di tempat ke-17 ketinggalan 3 lap manakala Kovalainen di tempat ke-15 dengan ketinggalan 2 lap di belakang pendahulu. Virgin Racing dan HTR F1 pula gagal menamatkan perlumbaan.

Secara keseluruhan, beberapa expectation aku tidak kesampaian bila berakhirnya perlumbaan di Sakhir ini, terutamanya ketahanan jentera C29 BMW Sauber. Mungkin faktor litar; majoriti pelumba kurang menggemari litar Sakhir yang sudah diubahsuai. Jenson Button tidak berapa pantas berbanding Hamilton. Permulaan memberangsangkan bagi juara 7 kali Schumacher. Enjin Cosworth agak sederhana dari segi kelajuan dengan hanya pasukan Williams yang memberi sedikit cabaran dikalangan pasukan yang menggunakan enjin Cosworth. Pencapaian yang baik untuk LotusF1; hanya mempunyai masa kurang 6 bulan untuk setup pasukan dan jentera tetapi berjaya menamatkan perlumbaan; aku tetap menunggu sehingga ke perlumbaan di eropah untuk melihat pencapaian sebenar LotusF1 dengan bulk updates yang bakal dilakukan ke atas jentera T127 oleh Mike Gascoyne. 

Massa, Alonso, Stefano Domenicali & Hamilton

Perlumbaan seterusnya di Albert Park Australia pada 26 hingga 28 March. Selesai perlumbaan, Schumacher menyifatkan perlumbaan dengan peraturan baru 2010 telah menyebabkan kurangnya aksi dari pelumba disebabkan masing-masing mahu memastikan jentera mereka selamat menamatkan perlumbaan.

 It's the start - and then after that it's just a case of going at your pace and not doing mistakes, because overtaking is basically impossible unless somebody makes a mistake. Lewis Hamilton made one so Nico was able to get past him, he got back past at the pit stop, and that was it, that's the action we're unfortunately going to have with this kind of environment of race strategy - Micheal Schumacher


Aku setuju dengan pendapat Schumacher sebab menjelang pukul 8:45malam hingga perlumbaan berbaki 14 lap, aku hentam tido; agak bosan jugak dengan tiada aksi di pit stop dan di atas litar. Aku harap suasana mampu berubah menjelang perlumbaan di Albert Park pada 26 hingga 28 March ini.


PaddockBox

No comments: