Sunday, March 7, 2010

2010 Preview [Bahagian 3]

2010 Previews : Bahagian 3

Bagi musim 2010, William kini dibarisi gandingan pemandu veteran dan baru. Setelah pengambilalihan BrawnGP oleh Mercedes, Rubens Barrichello kini beralih arah dengan menyertai WilliamsF1 dan bergandingan dengan pemandu baru, Nico Hülkenberg.  Nico Hülkenberg merupakan juara GP2 dan satu-satu pemandu rookie selepas Lewis Hamilton yang berjaya mengungguli kejuaraan GP2 pada musim pertama penyertaannya dan untuk 2010, beliau dipilih sebagai pemandu WllliamsF1.

Williams FW32

Wili Webber, pengurus Nico Hulkenberg menyifatkannya sebagai "the next Micheal Schumacher". Harapan yang tinggi diletakkan ke atas Nico Hulkenberg untuk menyerlah dimusim pertama beliau di arena F1 selepas mengungguli GP2.

 
I won't be the next Michael Schumacher or whatever. When I get to Formula One, and I believe I have still a long way to go, if I do get there, I want to be the first Nico Hulkenberg. - Nico Hulkenberg


Renault yang hampir di buang dari F1 akibat skandal race fix pada perlumbaan di singapura, kini dibarisi dengan muka-muka baru, tiada lagi Briatore, pat symonds dan Alonso. Briatore diharamkan sepanjang hayat dari menyertai F1 dan mana-mana acara permotoran anjuran FIA, Pat Symonds dikenakan perintah larangan selama 4 tahun dari menyertai mana-mana sukan permotoran anjuran FIA dan Alonso berpindah ke Ferrari.

Renault R30

Robert Kubica dan dan Vitaly Petrov bakal membawa cabaran baru untuk team Renault. Robert Kubica begitu menyerlah sepanjang memandu untuk BMW Sauber dan pernah terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa semasa perlumbaan di Kanada pada 2008. Vitaly Petrov banyak menimba pengalaman dalam Formula Renault, Euroseries3000 dan GP2; dan kini untuk musim 2010 beliau diserapkan sebagai pemandu Renault; belaiu tidak mempunyai rekod yang menyerlah dan tindakan Renault ini dilhat sebagai satu "gamble" oleh pihak pengurusan baru team Renault.

In my job I spend a lot of time with a lot of action, high speed and noise. By contrast, poker and bowling are quite steady - Robert Kubica

Red Bull F1 yang ditubuhkan pada 2005 kini semakin meningkat naik; musim 2009 boleh dianggap sebagai musim yang penuh sukses dan merupakan pencabar utama BrawnGP pada musim 2009. Untuk musim 2010, jentera RB6 akan sekali lagi dikuasakan dengan enjin custom dari Renault.

 
Jentera RB6 yang bakal digunakan untuk musim 2010 

Sebastian Vettel dan Mark Webber sekali lagi menjadi sandaran team Red Bull untuk musim 2010.

The chequered flag is really just a stupid wooden stick and a piece of cloth. It's a small thing, but it means so much when you cross the line- Sebastian Vettel
Ketika sesi ujian di Jerez 2 minggu lepas; toro rosso F1 telah menunjukkan sinar untuk berada di kelompok pertengahan musim ini. Dengan design  STR5 yang hampir serupa dengan jentera RB5 Red Bull musim 2009 ianya dilihat sedikit sebanyak hasil ilham Adrian Newey, Chief Technical Director untuk Red Bull. Toro Rosso merupakan pasukan yang dimiliki oleh pemilik yang sama di Red Bull iaitu Ahli Perniagaan terkemuka Dietrich Mateschitz yang terkenal dengan empayar minuman tenaga jenama Red Bull.

 
Jentera STR5 yang dikatakan hampir menyerupai jentera RB5 Red Bull 2009

Untuk musim 2010; Sebastien Buemi dan Jaime Alguersuari  bakal menggalas cabaran Toro Rosso. Tiada pencapaian yang memberansangkan oelh kedua pelumba Toro Rosso ini para pemerhati dikatakan sangat teruja dengan jentera kemampuan jentera STR5 untuk memberikan cabaran musim ini berdasar keputusan sesi ujian di Jerez

You have to be realistic. You have to have self-confidence and put yourself in the best possible situation. But you have to keep your feet on the ground and not get depressed if the results don't come immediately - Sebastien Buemi 
 Pada pertengahan Musim 2009, Jentera Force India VJM02 hampir menyamai kelajuan Red Bull. Untuk musim 2010, Force India diibarat Dark Horse yang mampu melakukan kejutan. Adrian Sutil dan Vitantonio Liuzzi merupakan 2 pelumba yang bakal membawa cabaran Force India untuk musim 2010.

 
Jentera VJM03 yang dilihat sebagai dark horse untuk musim 2010; adakah ianya benar-benar mampu mencabar atau sekadar "dark horse" yang kekal di area kegelapan


It is terribly hard to always end up on the back row when you know that you can do much better. You want to prove yourself, but it is hard if the car doesn't allow that - Adrian Sutil
Menjelang perlumbaan pembukaan di Bahrain; kesemua pasukan kini telah pun bersiap sedia dan dalam fasa terakhir persiapan. Amat malang sekali bila mana USF1 tidak dapat menyertai perlumbaan musim 2010 walaupun telah mendapat kelulusan penyertaan pada penghujung 2009. Hasrat StefanGP untuk menggantikan pasukan USF1 jugak tidak diluluskan oleh FIA memandangkan keadaan makin suntuk menjelang perlumbaan pembukaan pada 14 Mac ini.

Apakah pasukan baru seperti HRTF1, Virgin Racing dan LotusF1 mampu mencabar di musim pertama mereka? Apakah Micheal Schumacher masih lagi mempunyai kelajuan untuk muncul juara dunia buat kali ke-8? Adakah LotusF1 mampu menghadirkan rasa lega pihak-pihak di Malaysia? Bersama kita nantikan perlumbaan pembukaan musim 2010 di Bahrain International Circuit pada 12 hingga 14 Mac ini.

PaddockBox

No comments: