Friday, March 19, 2010

Perkembangan Semasa [1]

Sauber berhasrat menggugurkan BMW dari nama pasukan


Bernie Ecclestone tahu mengenai hasrat kami untuk menggugurkan BMW dari nama pasukan - Peter Sauber

Sebelum musim 2010 bermula, sumber memaklumkan bahawa BMW dikekalkan dari nama pasukan Sauber disebabkan Peter Sauber tak mahu kehilangan duit bayaran TV dari keputusan perlumbaan pasukan BMW Sauber untuk musim 2009. Kini Peter Sauber berhasrat menukar nama pasukan dan mengugurkan perkataan BMW. Mungkin dah dapat kot duit bayaran TV tu.. heh.

Sementara itu, BMW Sauber technical Director, Willy Rampf berkata, jentera C29 mampu menunjukkan potensi sebenar semasa perlumbaan di Albert Part nanti. Perlumbaan di Albert Park jugak merupakan perlumbaan terakhir bagi Rampf sebagai technical director pasukan Sauber dan tempatnya akan di ambil alih oleh James Key, bekas technical Director pasukan Force India.

Bernie mahu semua pihak bertenang


Saya berharap litar-litar lain mampu memberikan ruang untuk pelumba saling memintas - Bernie Ecclestone 

F1 Supremo, Bernie Ecclestone meminta kesemua pihak supaya bertenang selepas perlumbaan pembukaan yang membosan di Litar Sakhir hujung minggu lepas. Beliau juga berkata takkan terburu-buru untuk menukar semula peraturan untuk musim 2010. Antara peraturan yang mendapat kritikan hebat dari komuniti F1 ialah larangan mengisi minyak semasa pit stop dalam perlumbaan.

Kepantasan jentera VJM03 adalah diluar jangkaan

kami mampu mengutip mata di setiap perlumbaan musim ini; podium juga mungkin - Vijay Mallya

Vijay Mallya berkata beliau berpuas hati kerana pasukannya mampu mengutip mata di perlumbaan pembukaan musim 2010. Beliau juga dilihat senada dengan Bernie Ecclestone mengenai reaksi umum tentang perlumbaan pembukaan minggu lepas. Beliau berkata, itu adalah baru perlumbaan pertama dan tak sewajarnya semua orang panik dengan meminta peraturan musim 2010 dikaji semula.

Italian GP kekal di litar Monza

Litar Monza yang menjadi gelanggang F1 sejak 60 tahun lepas kini kekal menjadi litar untuk GP Itali sehingga 2016 setelah pegawai Monza Circuit menandatangani persetujuan baru dengan FIA. Perjanjian tersebut sekaligus menutup sebarang desas desus bahawa Rome bakal menggantikan Monza. Bernie Ecclestone sebelum ini membayangkan Rome bakal menganjurkan perlumbaan F1 street race seperti Monaco.

Ross Brawn yakin Mercedes PetronasGP mampu merapatkan jurang


Disebalik keyakinan Ross Brawn bahawa pasukannya mampu mengugat di Melbourne, Boss Mercedes motorsport, Norbert Haug pula berpendapat pasukannya takkan mampu untuk mengugat  dalam tempoh terdekat; tetapi berpendapat mereka  mesti bangkit sebelum terlambat.

PaddockBox

No comments: