Albert Park sudah menjadi gelanggang perlumbaan untuk GP Australia sejak 1996. Pada tahun tersebut (1996), Jacques Villeneuve melakukan penampilan sulung dikancah F1 dan merupakan pelumba rookie untuk pasukan WilliamF1 dan berjaya menduduki pole position di penampilan sulungnya itu.
Untuk musim 2010 ini beberapa pelumba rookie bakal berlumba buat julung kalinya dalam jentera F1 di litar jalanan (street circuit); antaranya Brunno Senna, Karun Chanduk, Lucas di Grassi, Vitaly Petrov dan Jaime Alguersuari.
Sesi kelayakan:
Q1:
Vitaly Petrov dari pasukan Renault gagal menyerlah dan terkeluar dari saingan untuk ke Q2. Ada cakap-cakap dikalangan komuniti F1 bahawa Petrov hanyalah sekadar paid driver yang membawa masuk penaja bagi pasukan Renault dan beliau bukanlah pelumba yang mempunyai kualiti sebagai pelumba di kancah F1. Lotus sekali lagi mendahului pasukan-pasukan baru untuk musim 2010 dan Heiki Kovalainen berjaya mengatasi rakan sepasukan untuk slot ke-19 manakala Trulli di slot ke-20.
Q2:
Lewis Hamilton buat pertama kalinya gagal melepasi Q2, beliau sekadar mencatat masa 1 minit 25.184 saat. Catatan masa yang dilakukan Hamilton itu adalah terlalu "perlahan" bagi jentera MP4-25. dan Hamilton berkata beliau terperangkap di belakang pemandu yang perlahan seperti Lucas Di Grassi. Walaubagaimanapun Hamilton dilihat mempunyai kelebihan untuk memilih jenis tayar yang mahu digunakan semasa perlumbaan esok. Kedua-dua pelumba Sauber masih gagal melepasi peringkat Q2; tetapi Pedro De La Rosa berada di hadapan Nico Hulkenberg dari WilliamsF1.
Q3:
Vettel sekali lagi menduduki pole position untuk perlumbaan pada hari ahad manakala rakan sepasukanny,a Mark Webber berjaya berada di petak ke-2. Kedudukan yang selesa bagi Red Bull Racing untuk memulakan perlumbaan pada hari ahad. Fernando Alondo berada di petak ke-3 manakala Jenson Button dipetak ke-4. Micheal Schumacher sekali lagi berada dipetak ke-7 untuk perlumbaan pada hari ahad. Adrian Sutil sekali lagi berjaya berada dalam kelompok top-10. Ruben Barrichello membuktikan bahawa enjin Cosworth mampu memberikan cabaran kepada kelompok hadapan; beliau akan memulakan perlumbaan di petak ke-8 dihadapan Robert Kubica dari Renault.
Webber , Vettel & Alonso
Starting Grid
Kelebihan dilihat berpihak pada Lewis Hamilton yang bakal memulakan perlumbaan di petak ke-11 kerana para pelumba yang berada diluar kedudukan top 10 dibenarkan untuk memilih jenis tayar yang sesuai untuk memulakan perlumbaan berbanding pelumba di kelompok top-10 yang mesti menggunakan tayar yang mereka guna sesi kelayakan ini.
Walaubagaimanapun, Lewis Hamilton pasti akan melalui starting yang penuh cabaran sebab beliau bakal diberi tentangan oleh pelumba dikelompok pertengahan. Martin Whitmarsh berkata, jika sekiranya perlumbaan di Albert Park ini masih ditahap serupa ketika di Bahrain, maka satu perubahan yang radikal terhadap peraturan F1 akan dibincangkan semasa di GP Malaysia hujung minggu depan; dan sebarang perubahan peraturan di pertengahan musim 2010 mesti mendapat persetujuan kesemua pasukan.
Apakah nasib Lewis Hamilton pada perlumbaan hari ahad? mampukah Ferrari mengulangi kejayaan podium 1-2 seperti di Bahrain? Apakah Red Bull Racing yang dianggap sebagai Dark Horse untuk musim 2010 mampu mendominasi perlumbaan esok? Adakah Mark Webber mampu menjadi rakyat Australia pertama memenangi perlumbaan di tempat sendiri? Kesemua persoalan bakal terjawap esok. Harapan aku masih mahu melihat prestasi sebenar C29 Sauber; adakah jentera C29 hanya sesuai untuk litar di eropah seperti yang ditunjukkan pada sesi ujian pra-musim dan winter testing yang lepas?
John Travolta turut berada di Albert Park
Penyokong Ferrari yang masih tak puas hati dengan tindakan Schumacher menyertai MercedesGP
PaddockBox
3 comments:
jom
Michael Schumacher dah lumba blk...
pa crita erk..kata dah bersara ari tue..
@ Mr Kamikaze : biasa lah beb jiwa nak membara untuk terus berlumba.. mungkin berlumba sampai mati.. hehe.
Apa pun, setakat ni taring Schumacher belum lagi kelihatan
@M.J.Rosli : jom la beb
Post a Comment