GP ke 2 dalam kalendar F1 kini sampai ke Australia. Sebelum ini Albert Park adalah track perlumbaan pembukaan tapi untuk musim 2010, litar Sakhir dipilih sebagai litar untuk perlumbaan pembukaan 2 minggu lepas.
Robert Kubica dari Renault mengungguli sesi latihan bebas satu dengan catatan masa 1minit 26.927 saat, mengatasi Nico Rosberg dari Mercedes dan Jenson Button dari McLaren. Massa di tempat ke-4, manakala Fernando Alonso mencatat masa ke-6 terpantas di belakang Sebastian Vettel dari Red Bull Racing.
Catatan masa sesi latihan bebas 1
Kedua-dua pelumba Sauber sekali lagi kelihatan mengalami saat sukar menjelang perlumbaan pada hari ahad. Jentera C29 Kobyashi patah sayap depan sebanyak 2 kali manakala jentera Pedro De La Rosa pula mengalami masalah ketahanan yang tak menentu.
Jentera C29 Kobyashi yang mengalami kerosakan sayap depan
Jentera C29 Pedro De La Rosa
Sesi Latihan Bebas 2
Lewis Hamilton mengungguli sesi latihan bebas 2 di litar basah dengan catatan masa 1minit 25.801 saat di hadapan rakan sepasukan Jenson Button. Micheal Schumacher berjaya mengatasi Nico Rosberg yang mencatatkan masa ke-10 terpantas; Schumacher melakukan catatan masa ke-4 terpantas di belakang Mark Webber di tempat ke-3.
Pada sesi latihan bebas ini, pasukan Sauber telah mengunakan system F-duct yang mula diperkenalkan oleh McLaren.
F-duct system pasukan McLaren
F-duct system pasukan Sauber
F-duct system ialah satu system dimana pemandu mampu mengawal aliran udara yang melalui sayap belakang. F-duct system mempunyai sambungan terus ke sayap belakang dan pelumba dapat mengawal pembukaan penutup pada F-duct system dengan menggunakan lutut untuk menyentuh butang kawalan. Salah satu kelebihan F-duct system ini ialah ianya mampu memberikan kelajuan tambahan di laluan lurus.
Pasukan Virgin telah diberi kebenaran untuk mengubahsuai tangki minyak setelah mengadu bahawa tangki minyak pada jentera mereka terlalu kecil dan ini sukar bagi mereka menamatkan perlumbaan tanpa mengisi semula minyak. Ini bermakna pasukan Virgin bakal menggunakan Chasis baru yang lebih besar menjelang perlumbaan di eropah jika permohonan mereka diluluskan FIA dan lulus crash test; dengan perkembangan terbaru ini semua pembangunan aerodinamik jentera Virgin bakal dihentikan sehingga Chasis baru mendapat kelulusan FIA.
Sesi kelayakan untuk perlumbaan pada Hari ahad akan berlangsung esok (sabtu). Aku masih berharap Sauber mampu menunjukkan prestasi sebenar mereka dan menggunakan sepenuhnya system F-Duct mereka. Micheal Schumacher kelihatan seolah sudah mendapat rentak di litar Melbourne. Walaubagaimana pun, pasukan Ferrari yang kelihatan agak low profile sepanjang sesi latihan bebas dilihat mempunyai jentera yang mempu bertahan untuk jarak perlumbaan di Albert Park ini. Alonso dilihat menggunakan sayap depan dengan design baru disepanjang sesi latihan bebas.
Hispania Racing melihatkan peningkatan yang ketara berbanding di Bahrain. Williams masih lagi satu-satunya pasukan yang menggunakan enjin Cosworth yang dilihat mampu melepasi sesi kelayakan Q1 dan jika prestasi di sesi latihan bebas 2 berjaya dikekalkan, aku yakin Barrichello mampu berada di Q3 untuk top ten grid shoot out. Force India agak kuat jugak dilitar Albert Park ini dimana catatan masa mereka masih berada dalam lingkungan top 10.
mampukah Webber melakukan kejutan ditempat sendiri?
Paddockbox
No comments:
Post a Comment