Jika ketika di pusingan sesi latihan bebas RB6 Red Bull di belenggu dengan masalah driveshaft dan breaks; tetapi di sesi kelayakan Sebastian Vettel berjaya menewskan 2 pelumba Ferrari untuk menduduki pole position bagi perlumbaan pada hari Ahad.
Vettel mencatatkan masa 1minit 54.101 saat untuk catatan pole position. Felipe Massa yang kembali ke perlumbaan kompetatif sejak kemalangan di Hungry pada tahun lepas, mencatatkan masa 1 minit 54.242 saat di hadapan rakan sepasukan Fernando Alonso yang menduduki tempat ke-3. Juara 7 kali Micheal Schumacher sekadar mencatat masa ke-7 terpantas di belakang rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat ke-5 dan Mark Webber di tempat ke-6. Hari yang agak mencabar bagi pasukan McLaren bila mana pelumba mereka sekadar mencatat masa ke-4 terpantas dan juara musim 2009 Jenson Button sekadar mencatat masa ke-8 terpantas. Tetapi bagi aku; Adrian Sutil dari Force India adalah pemandu dari kelompok pertengahan yang menyerlah dengan berada di senarai top 10 pelumba yang berjaya ke Q3 di belakang Robert Kubica dari Renault yang mencatat masa ke-9 terpantas.
Senarai dibawah adalah senarai pelumba yang tersingkir dari Q1 hingga ke top-10 shoo out:
Pelumba yang tersingkir selepas Q1:
18. Jaime Alguersuari – 1′57.071
19. Timo Glock – 1′59.782
20. Jarno Trulli – 1′59.852
21. Heikki Kovalainen – 2′00.313
22. Lucas di Grassi – 2′00.587
23. Bruno Senna – 2′03.240
24. Karun Chandhok – 2′04.904
19. Timo Glock – 1′59.782
20. Jarno Trulli – 1′59.852
21. Heikki Kovalainen – 2′00.313
22. Lucas di Grassi – 2′00.587
23. Bruno Senna – 2′03.240
24. Karun Chandhok – 2′04.904
Ianya diibaratkan sebagai perlumbaan untuk "back markers". Bagi Virgin Racing ianya satu kepuasan dapat memintas ke-dua-dua perlumba LotusF1 melalui pelumba mereka Timo Glock. Dikalangan pasukan kategori pertengahan hanya Jaime Alguersuari dari Torro Roso yang gagal menempatkan diri ke Q2 setelah sekadar mencatat masa ke-18 terpantas.
Pelumba yang tersingkir selepas Q2:
11. Rubens Barrichello – 1′55.330
12. Vitantonio Liuzzi – 1′55.653
13. Nico Hülkenberg – 1′55.857
14. Pedro de la Rosa – 1′56.237
15. Sebastien Buemi – 1′56.265
16. Kamui Kobayashi – 1′56.270
17. Vitaly Petrov – 1′56.619
12. Vitantonio Liuzzi – 1′55.653
13. Nico Hülkenberg – 1′55.857
14. Pedro de la Rosa – 1′56.237
15. Sebastien Buemi – 1′56.265
16. Kamui Kobayashi – 1′56.270
17. Vitaly Petrov – 1′56.619
BMW Sauber yang dilihat sebagai sebuah pasukan yang mempunyai jentera yang "mesra" terhadap penggunaan tayar sekadar mampu berada di Q2. Pedro De la Rosa sekadar mencatat masa ke 14 terpantas di hadapan rakan sepasukan Kamui Kobayashi. Kedua-dua pelumba Williams juga sekadar mampu berada di Q2 dan pelumba pertama dari Rusia yang memandu Renault pula gagal mengikuti rentak Kubica bila sekadar mencatat masa ke-17 terpantas.
Pelumba yang berada dalam senarai top-10 shoot out (Q3)
1. Sebastian Vettel, 1′54.1012. Felipe Massa, 1′54.242
3. Fernando Alonso, 1′54.608
4. Lewis Hamilton, 1′55.217
5. Nico Rosberg, 1′55.241
6. Mark Webber, 1′55.284
7. Michael Schumacher, 1′55.524
8. Jenson Button, 1′55.672
9. Robert Kubica, 1′55.885
10. Adrian Sutil, 1′56.309
Massa, Vettel & Alonso
Pada sidang media selepas sesi kelayakan, Massa dan Alonso setuju bahawa ini adalah permulaan yang baik buat Ferrari sekalipun terlepas pole position kepada Vettel. Highly rated team McLaren dilihat seolah mengalami sedikit masalah pada jentera Button. Micheal Shumacher pula sakadar ke-7 terpantas tetapi rakan sepasukan beliau Nico Rosberg dilihat begitu konsisten sejak sesi latihan bebas semalam.
Untuk perlumbaan esok, tidak diketahui jumlah minyak yang diisi oleh kesemua pasukan yang mencatat masa terpantas ini. Untuk musim ini sekali lagi aku tegaskan penggunaan tayar dan sebanyak mana minyak yang di sumbat dalam jentera semasa Q3 akan mempengaruhi catatan masa kelayakan di Q3 dan perlumbaan itu sendiri. Jika Shumacher mengisi minyak yang banyak dalam Q3 untuk long run pada perlumbaan sebenar esok, maka catatan ke-7 terpantas itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Walaubagaimana pun Adrian Sutil merupakan underdog yang berjaya menyerlah pada sesi kelayakan dengan menewaskan pelumba Williams dan BMW Sauber untuk layak ke Q3. Adakah BMW Sauber mampu menunjukkan keupayaan sebenar jentera C29 esok? Apakah masalah driveshaft dan breaks bakal menghantui jentera RB6 Red Bull esok? dan sejauh mana Schumacher mampu pergi sebelum memasuki pit stop pertama? Bersama kita nantikan perlumbaan esok.
Kedudukan di Grid untuk perlumbaan di Bahrain Pada Ahad 14/3/2009
Klik pada gambo untuk gambo membesau
PaddockBox
No comments:
Post a Comment