Sunday, March 7, 2010

2010 Preview [Bahagian 1 : Pengenalan Pasukan Baru]

Belumpun bermula musim 2010, sebuah dari 4 pasukan baru yang sebelum ini berjaya memasuki kancah F1 musim 2010 telah pun mengumumkan penarikan diri atas alasan masalah bajet. USF1 team walaubagaimanapun telah memohon agar mereka dibenarkan menyertai perlumbaan musim 2011.

ken Anderson yang merupakan team principal untuk USF1 team berkata, mereka mengalami beberapa masalah untuk meneruskan penyertaan pada musim 2010 terutamanya masalah bajet dan penyediaan jentera.
We have applied to the FIA to hold our entry until 2011- Ken Anderson [USF1 team principal]
Sebuah lagi pasukan baru untuk musim 2010 kini telah bertukar nama kepada HRT FI Team; (Hispania Racing Team) pasukan itu sebelum ini dikenali sebagai Campos META telah diambil alih oleh ahli perniagaan Sepanyol; Jose Ramon Carabante;  2 pelumba sudah pun mengesahkan tempat di Hispania Racing iaitu Bruno Senna dan pelumba berasal dari India Karun Chandhok.


Jentera Hispania Racing untuk musim 2010
 
Trulli inside T127 in action at Jerez Test session
We are very happy with where the car is. We know we need to make it faster, and we are working in the wind tunnel to do that but overall I think we have the pace of a very good Formula 1 car - Mike Gascoyne [LotusF1]
LotusF1 yang kembali ke kancah F1 telahpun dengan jayanya menyertai ujian ketika sesi testing di Jerez minggu lepas. Dalam 4 pasukan baru yang disahkan penyertaan untuk musim 2010 pada september 2009; hanya LotusF1 dan Virgin F1 yang berjaya melengkapkan sesi ujian masing-masing; manakala Campos Meta dan USF1 masih dibelengu masalah hingga gagal melancarkan jentera masing-masing dan membawa kepada perubahan pemilikan pasukan beberapa minggu sebelum msim 2010 bermula.
LotusF1 telahpun mengesahkan Jarno trulli dan Heiki Kovalainen sebagai pemandu utama dan pelumba malaysia, Fairuz sebagai pemandu ujian. Semua sedia maklum LotusF1 adalah hasil usaha beberapa konglomerat dari Malaysia dan disokong oleh kerajaan malaysia dengan menggunakan nama 1MF1. LotusF1 jugak telah mengesah penajaan "jangka panjang" dengan rangkaian berita kabel terkenal CNN
We are very proud to welcome CNN into the Lotus Racing family - Tony Fernandes [Lotus1F Team Principal]
Sebuah lagi pasukan baru, VirginF1 yang dimiliki oleh Sir Richard Bronson kini menaruh harapan untuk menjadi pencabar bagi musim 2010.
 
Sir Richard Branson; Vrigin F1

Timo Glock dan Lucas DiGrassi dipilih sebagai pelumba 1 dan 2 manakala Luiz Razia pula berperanan selaku test driver. Timo Glock sebelum ini pada musim 2009 merupakan pemandu bagi pasukan Toyota bersama Jarno Trulli. Lucas DiGrassi pula merupakan pelumba GP2 pada musim 2009 bersama pasukan Racing Engineering yang berpangkalan di Sepanyol. Luiz Razia merupakan bekas pemandu bagi pasukan A1 Racing Brazil untuk tahun 2006-2007 sebelum berhijrah ke kancah EuroSeries 3000 pada tahun 2008 dan pada tahun 2009 Luiz berlumba untuk pasukan Fisichella Motor Sport di arena perlumbaan GP2 dan kini di ambil selaku test driver untuk Virgin Racing F1 team.

Kesimpulannya, dari 4 pasukan baru yang masuk untuk musim 2010, hanya LotusF1 dan Virgin Racing F1 yang konsisten; dari awal pengumuman kemasukan hingga ke pembangunan jentera lumba dan berjaya memasuki litar untuk sesi test drive pra musim 2010; kini LotusF1 dan Virgin Racing bersedia untuk memberikan cabaran kepada para pesaing di kancah F1.

USF1 kini sah tidak berlumba untuk musim 2010 bagaimanapun mereka telah merayu agar dibenarkan menyertai F1 untuk musim 2011. Campos Meta telah diambil alih oleh ahli perniagaan Sepanyol dan kini dikenali sebagai HRT F1 (Hispania Racing Team) dan mereka sudah pun melancarkan jentera untuk musim 2010 pada 3 hari lepas.

Permohonan Stefan GP bagi menggantikan tempat USF1 team jugak telah ditolak oleh FIA 
Having considered the various options, the FIA confirms that it is not possible for a replacement team to be entered for the championship at this late stage - F.I.A

PaddockBox.

No comments: