Tuesday, March 30, 2010

Post Race GP Aussie (Cock Pit View) & Menjelang Perlumbaan di Sepang

Buemi tersadai selepas di rempuh Kobayashi
Schumacher mengemudi jentera Mercedes ke Pit untuk tukar sayap depan yang jahanam
Massa start dengan lancar; memintas Alonso, Button dan webber di hadapan
Button berusaha mengelak Alonso dan Schumacher di selekoh pertama

Sunday, March 28, 2010

GP Australia : Race Day [Apa kata mereka]

GP Australia : Race Day


Perlumbaan di Albert Park ni boleh dikatakan perlumbaan yang penuh dengan aksi dan drama berbanding semasa perlumbaan di litar Sakhir 2 minggu lepas.

 Vettel memulakan perlumbaan dengan sempurna, diikuti rapat oleh webber dan pasangan Ferrari sebelum insiden di selekoh pertama

Saturday, March 27, 2010

GP Australia : Sesi Kelayakan [Apa kata mereka]

GP Australia : Sesi Kelayakan


Albert Park sudah menjadi gelanggang perlumbaan untuk GP Australia sejak 1996. Pada tahun tersebut (1996), Jacques Villeneuve melakukan penampilan sulung dikancah F1 dan merupakan pelumba rookie untuk pasukan WilliamF1 dan berjaya menduduki pole position di penampilan sulungnya itu.

Untuk musim 2010 ini beberapa pelumba rookie bakal berlumba buat julung kalinya dalam jentera F1 di litar jalanan (street circuit); antaranya Brunno Senna, Karun Chanduk, Lucas di Grassi, Vitaly Petrov dan Jaime Alguersuari.

Friday, March 26, 2010

GP Australia : Sesi Latihan Bebas [Apa kata mereka]

GP Australia : Sesi Latihan Bebas

GP ke 2 dalam kalendar F1 kini sampai ke Australia. Sebelum ini Albert Park adalah track perlumbaan pembukaan tapi untuk musim 2010, litar Sakhir dipilih sebagai litar untuk perlumbaan pembukaan 2 minggu lepas.

Sesi Latihan bebas 1 :

Robert Kubica dari Renault mengungguli sesi latihan bebas satu dengan catatan masa 1minit 26.927 saat, mengatasi Nico Rosberg dari Mercedes dan Jenson Button dari McLaren. Massa di tempat ke-4, manakala Fernando Alonso mencatat masa ke-6 terpantas di belakang Sebastian Vettel dari Red Bull Racing.
Catatan masa sesi latihan bebas 1

Kedua-dua pelumba Sauber sekali lagi kelihatan mengalami saat sukar menjelang perlumbaan pada hari ahad. Jentera C29 Kobyashi patah sayap depan sebanyak 2 kali manakala jentera Pedro De La Rosa pula mengalami masalah ketahanan yang tak menentu.
Jentera C29 Kobyashi yang mengalami kerosakan sayap depan
Jentera C29 Pedro De La Rosa

Thursday, March 25, 2010

Menjelang perlumbaan di Melbourne

Friday, March 19, 2010

Perkembangan Semasa [1]

Sauber berhasrat menggugurkan BMW dari nama pasukan


Bernie Ecclestone tahu mengenai hasrat kami untuk menggugurkan BMW dari nama pasukan - Peter Sauber

Sebelum musim 2010 bermula, sumber memaklumkan bahawa BMW dikekalkan dari nama pasukan Sauber disebabkan Peter Sauber tak mahu kehilangan duit bayaran TV dari keputusan perlumbaan pasukan BMW Sauber untuk musim 2009. Kini Peter Sauber berhasrat menukar nama pasukan dan mengugurkan perkataan BMW. Mungkin dah dapat kot duit bayaran TV tu.. heh.

Sementara itu, BMW Sauber technical Director, Willy Rampf berkata, jentera C29 mampu menunjukkan potensi sebenar semasa perlumbaan di Albert Part nanti. Perlumbaan di Albert Park jugak merupakan perlumbaan terakhir bagi Rampf sebagai technical director pasukan Sauber dan tempatnya akan di ambil alih oleh James Key, bekas technical Director pasukan Force India.

Bernie mahu semua pihak bertenang


Saya berharap litar-litar lain mampu memberikan ruang untuk pelumba saling memintas - Bernie Ecclestone 

F1 Supremo, Bernie Ecclestone meminta kesemua pihak supaya bertenang selepas perlumbaan pembukaan yang membosan di Litar Sakhir hujung minggu lepas. Beliau juga berkata takkan terburu-buru untuk menukar semula peraturan untuk musim 2010. Antara peraturan yang mendapat kritikan hebat dari komuniti F1 ialah larangan mengisi minyak semasa pit stop dalam perlumbaan.

Monday, March 15, 2010

GP Bahrain : Bore-Rain GP

Membosankan. Itulah yang dikata rata-rata peminat F1 dan jugak mereka-mereka yang terlibat dengan F1.


Today was not the best show, we know that and we have all got to work together to improve it. - Martin Whitmarsh 


The FIA and teams must look at the problem urgently and see what can be tweaked. The sport is in danger of missing out on its greatest bonanza. There are four champions on the grid, all in competitive cars. The racing should be sparkling rather than as dry as the desert. - Akhbar The Sun dan Daily Mail (bukan keluaran Malaysia)

"unanimous" that Bahrain "was deadly dull" - France's L'Equipe

Next time I will take with me something to read. - Adrian Sutil's father Jorge

We have so much more downforce. You could follow cars in front then. You could slide up the inside. You could race. It's very different now. - Jenson Button

Masuk jam 8:40malam waktu Malaysia, aku terus tido, aku sedar jek race tinggal 14 lap lagi. - PaddockBox

Sunday, March 14, 2010

GP Bahrain : Race Day


Kedudukan podium 1 dan 2 untuk Ferrari manakala Hamilton berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ke-3, dihadapan pole sitter Sebastian Vettel yang mengalami masalah mekanikal iaitu pada exhaust, di hujung perlumbaan. Bagaimanapun, kedua-dua Ferrari telah bertindak menukar enjin sebelum perlumbaan setelah mekanik mendapati terdapat sedikit abnormalities pada enjin massa dan Alonso.

Saturday, March 13, 2010

GP Bahrain : Pusingan kelayakan

Jika ketika di pusingan sesi latihan bebas RB6 Red Bull di belenggu dengan masalah driveshaft dan breaks; tetapi di sesi kelayakan Sebastian Vettel berjaya menewskan 2 pelumba Ferrari untuk menduduki pole position bagi perlumbaan pada hari Ahad.

Vettel mencatatkan masa 1minit 54.101 saat untuk catatan pole position. Felipe Massa yang kembali ke perlumbaan kompetatif sejak kemalangan di Hungry pada tahun lepas, mencatatkan masa 1 minit 54.242 saat di hadapan rakan sepasukan Fernando Alonso yang menduduki tempat ke-3.  Juara 7 kali  Micheal Schumacher sekadar mencatat masa ke-7 terpantas di belakang rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat ke-5 dan Mark Webber di tempat ke-6. Hari yang agak mencabar bagi pasukan McLaren bila mana pelumba mereka sekadar mencatat masa ke-4 terpantas dan juara musim 2009 Jenson Button sekadar mencatat masa ke-8 terpantas. Tetapi bagi aku; Adrian Sutil dari Force India adalah pemandu dari kelompok pertengahan yang menyerlah dengan berada di senarai top 10 pelumba yang berjaya ke Q3 di belakang Robert Kubica dari Renault yang mencatat masa ke-9 terpantas.

Friday, March 12, 2010

GP Bahrain : Free Practice

Musim perlumbaan F1 2010 kini membuka tirai dengan sesi laithan pada Jumaat 12/3/2010.

 barisan pelumba dan jentera setiap pasukan. (gambar ehsan : itv.com)

Seperti dijangka kesemua pelumba dari 3 pasukan baru berdepan masalah menyesuaikan jentera dan litar. Walaubagaimana pun pada sesi latihan pertama pemandu Force India berjaya melakukan catatan masa terpantas sepusingan pada lap ke 18 dengan catatan masa 1 minit 56.583 saat disusuli penadu Ferrari, Fernando Alonso dan Kubica dari pasukan Renault. Manakala Juara dunia 7 kali Micheal Schumacher sekadar mencacat masa ke-10 terpantas pada pusingan ke 16 dengan catatan masa 1 minit 57.662 saat.

Thursday, March 11, 2010

Preview GP Bahrain

Musim 2010 bakal bermula di Bahrain pada  12 hingga 14 Mac ni. Ini merupakan kali ke-7 perlumbaan F1 dilangsungkan di Track Sakhir, Bahrain.

 Untuk musim 2010; litar ini telah pun diubahsuai dan tambahan 900m dari kepanjangan sebelumnya dilakukan.



Wednesday, March 10, 2010

Senarai Rasmi Pelumba dan Pasukan untuk musim 2010